Saya tengah dalam proses perah idea untuk melengkapkan nota ringkas Tips Panduan SEO Blogspot ini. Dalam sibuk mencari nota-nota dan kumpulkan entri-entri berkaitan SEO Blogspot ini, saya terfikir ..... perlukah saya kenakan caj tertentu untuk sesiapa yang mahu memilikinya?

Nota Ringkas Tips Panduan SEO Blogspot - Berikan Percuma?

Saya tahu bukan semua orang berduit nak beli ebook dan panduan-panduan hebat yang ada dalam pasaran maya ini. Tetapi, bagaimana pula nak tampung kos saya buat ebook atau nota tersebut? Mana saya nak cekau gantirugi masa dan tenaga serta software yang saya beli untuk hasilkan ebook dan panduan tu?

Serba salah sebenarnya. Saya ni macam tak sampai hati nak suruh anda bayar sesuatu yang boleh anda godek sendiri di blog ini. Tapi kata seorang pakar pemasaran, "Kalau hang tak letak harga, nanti mereka yang ambik tu akan kurang appreciate. Bila kena bayar, baru derang akan ambil serius sedikit"

Tu kata kawan saya. Memang otak geliga buat duit. Adakah anda setuju dengan kata-katanya? Ilmu itu perlu dinilaikan dengan harga RM supaya orang akan lebih menghargai. Bila bagi percuma, orang akan tidak ambil peduli sangat, lalu akan terus-terusan bertanya benda yang sama, walhal benda tu sudah terhidang di depan mata.

Apa kata anda? Nota tersebut memang sedang disediakan dalam perancangan untuk diedarkan secara percuma ... tetapi apabila mengenangkan kata kawan saya tadi tu, buat saya terfikir. Saya fikirkan bagaimana satu kerja seperti seorang doktor itu dibayar sangat mahal akan gajinya kerana kepakaran yang ada, walhal kalau semua orang belajar tekun dan berusaha lebih seperti doktor itu ... mungkin semua orang boleh jadi doktor dan hospital di Malaysia ini takkan ada masalah kekurangan doktor.

:) Jadi macamana ya? Bagi percuma atau perlu bayar?


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada betulnya juga tu bro...mungkin dgn bayaran yg agak berpatutan...kadang2 dapat benda free ni orang tak hargai.

    ReplyDelete
  2. Assalam.. Secara ikhlas, x salah klu berbayar.. penat tu nk buat & sekurang2nya hasil usaha itu boleh juga dibuat sbg penghargaan buat keluarga yg selama ini sentiasa menyokong kerjaya HH sbg blogger yg dihormati. Mungkin boleh share 1 & 2 tips tp klu nak sepenuhnya kenalah beli :D. Harganya pun jngn lah mahal sgt ye HH, asal menguntungkan & mampu dibeli ramai oklah hehee :D.

    ReplyDelete
  3. Ok aje kalau nak suruh bayar HH..Harap-harap harganya tak mahallah kan..Kalau nak kongsi secara percuma pun Ok coz itu dikira sebagai ilmu yang di sedekahkan dan di kongsi dengan ramai pembaca. Ianya bakal menjadi saham di akhirat kelak..In Shaa Allah

    ReplyDelete
  4. Tepuk dada tanya selera. Anda mahukan bayarannya cash di dunia atau sebagai saham di akhirat... Fikirlah sebaik-baiknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat kerja terima cash tapi niat kerana-Nya, dapat gak saham akhirat, insya Allah.. macam ustaz pegi mengajar, diorang pun amik jugak sumbangan :)

      Delete
    2. Kedua2 mendapat ganjaran sama ada mahukan yang berterusan atau sekali sahaja. :)

      Delete
  5. kalau kita dah berduit, kita kongsi benda elok dan org guna kan satu kebaikan juga. Kadang-kadang tidak semua perkara perlu buat duit...jika ianya sudah expose..seo blogspot dah ramai yg explore dan mungkin jika hasilkan sebuah nota, ditakuti juga tiada pembeli sebab seo ni ramai yg dah pandai main..sekadar pendapat

    ReplyDelete
  6. Tanya kepada diri sendiri:

    Kenapa saya buat eBook Panduan SEO Blogspot?

    Dapat jawapannya, habis cerita. ;)

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum.. HH,

    masing-masing mempunyai pandangan tersendiri... pape pun terserah pada yg empunya e-book tu. Nak bayar boleh , free pun boleh..

    mselim3

    ReplyDelete
  8. tak salah kenakan cas. biasalah, memang ilmu tu boleh dicari. ibarat orang berniaga. boleh je diorang nak buat sendiri contoh macam pisang goreng ke hapa, tapi diorang pilih beli sebab nak mudah tak perlu goreng sendiri. ayat titan masa jual SEO merah jambu, ilmu tu memang boleh dicari tapi pengalaman dalam dunia alam maya ni makan masa kalau nak kaji sendiri. dan aku merepek ape dah ni. hoho

    ReplyDelete
  9. dah baca komen2 kat atas ni, ada pro ada con.. saya, terpulang pada pemilik kerana tuan yg berhak keatasnya. Tapi pendek kata dalam merentasi dunia skg ---> tak ada benda free dalam dunia skg ni. Senyum je yg tak perlu bayar apa2.

    Orang yang berjaya adalah orang yang menambah nilai kepada hidup org lain (tak semestinya melalui cara percuma, kalau dia bayar utk something yg good dan dia dapat manfaat darinya ia tetap jugak menambah nilai hidup seseorang tu kan..)

    *nak jadi salah seorang yang dapat manfaat dari panduan yg bakal tuan HH salurkan nanti. terima kasih,

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua atas komen dan pencerahan serta pendapat yang telah diberikan. :) Saya amat hargainya dan sekarang punyai asas untuk membuat keputusan lebih baik.

    Sekali lagi terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Kalau tak pasti, boleh jugak HH bagi percuma 10% dari kandungan. Selebihnya kena bayar.

    ReplyDelete
  12. Assalam Tuan HH. Saya menunggu keputusannya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement