Terpanggil sebenarnya apabila melihat perkongsian status blogger yang tidak asing lagi, Tuan Hj Amir Hassan (Denaihati.com) mengenai laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Oh ya, untuk makluman rakan blogger semuan, Jabatan Audit Negara telah pun mengeluarkan laporan audit untuk tahun ini dan banyak perkara menarik boleh dijumpai dalam laporan tersebut, termasuklah apa yang telah Denaihati dedahkan di Facebook. Adakah ini nilai seorang blogger Malaysia? "Terlalu rendah martabat Blogger di mata Ketua Audit Negara" - Denaihati Ilhamku.

Rendahnya Martabat Seorang Blogger - Denaihati



Bagaimana? Adakah anda setuju apa yang diperkatakan oleh Denaihati?

Berapakah Harga Blogger Malaysia?

Bagi blogger biasa-biasa macam saya dan mungkin anda, melihatkan bayaran RM1000 serta elaun harian sebanyak RM500 ... tu dah kira agak baik juga. Tetapi, bagi blogger yang ada pengaruh besar seperti Denaihati, Ben Ashaari, Fatin Liyana, Kak Kujie dan beberapa nama lain, ia mungkin satu yang kurang berbaloi (bukan tidak, tetapi kurang).

Impak blogger yang boleh diberikan kepada masyarakat umum tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu, mungkin suara blogger boleh diperlekehkan, tetapi tidak di masa ini. Tidak percaya? Lihat sahaja sekarang apabila blogger dah sering muncul di kaca tv untuk mempromosikan sesuatu, lebih-lebih lagi mengenai event-event besar, contohnya Tahun Melawat Malaysia 2014.

Bukan itu sahaja, masyarakat secara umumnya lebih mempercayai blogger dari mempercayai apa yang dikatakan di dalam media arus perdana. Malah, ramai usahawan di luar sana, suka bekerjasama dengan blogger yang boleh berikan review ikhlas dan promosi menarik mengenai produk mereka jika dibandingkan dengan media massa semasa.

Sebagai blogger, kita perlu martabatkan komuniti blogger di Malaysia ini. Jadikan blogger ini satu kerjaya lumayan, dan membawa blogger ke satu tahap di mana orang akan pandang tinggi dan bukan lagi disuka-suka hatikan oleh mereka yang mungkin tidak percaya akan impak sebuah entri dari seorang blogger yang tak berapa kacak dan cun ...

Pendapat anda?

Update:  
KBS bayar 50 blogger RM1,000 setiap seorang untuk cover Hari Belia Negara 2012. Ada dua round campaign. Jadi blogger terpilih dapat RM2,000 untuk tulis tentang event tu. Lumayan. - AriffShah


 
p.s: Ada blogger senang-senang boleh dapat RM1000-RM3000 hanya dengan satu dua post entri advertorial sahaja!



17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ramai yang masih belum sedar akan kuasa yg dimainkan media blogging nie...orang sekrang ramai yang celik IT..dan sentiasa mencari maklumat selain dari arus media perdana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab itulah walaupun blog bersuka-sukaan, jika ada matlamat jelas, tak mustahil blog menjadi sumber sebaran ilmu dan pengetahuan selain bonus buat duit secara online.

      Delete
  2. Assalamualaikum HH, betul.. kesiannya para blogger kan.. setahu sheila, nak promosikan apa2 barang skrg banyak pakai blogger. kalau takda media ni,susah nak masuk pasaran dan dikenali ramai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagipun blogger sebenarnya lebih friendly, orang akan berurusan terus dengan blogger dan bukan menerusi PA atau pegawai yang tak faham mengenai blog.

      Delete
  3. kadang-kadang terpikir juga, kat kita boleh bagi sikit tp ahli parlimen bagi elaun belambak sangat tak ditanya pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia .. tunggu blogger mai event pakai kot dengan kereta cap bintang gamaknya.

      Delete
  4. Pihak audit blom ada maklumat ttg impak blogger ini.
    Menjadi persoalan adakah blogger betul dibayar dgn jumlah tersebut? Jika ya mmg cukup baik juga tu :)

    ReplyDelete
  5. Bimbang keadaan lain yang akan berlaku..

    ReplyDelete
  6. Betul tu HH sebenarnya blogger ada nilai yang tersendiri mengikut kelas masing2. Bagi blogger biasa2 je mungkin Rm1k tu bayaran yg sangat banyak tapi bagi blogger yang kuat pengaruhnya rasa macam tak berbaloi. Mungkin org2 kat Jabatan Audit Negara kena buat analisa sikit pasai blogger kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  7. terasa impaknya seandainya betul apa yang diperkatakan oleh Ketua Audit Negara......

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...bro HH,

    dunia blog dah berubah x macam dulu lagi... ada juga blogger yg mewah dengan adventorial mereka .. so jgn blogger "sebelah mata" silap besar tu. Ini kerana blogger pun ada pengaruh dan boleh mempengaruhi pembaca....

    mselim3

    ReplyDelete
  9. ini sekadar taktik yg digunakan pihak tertentu untuk memberikan input yang telah dimanipulasikan kepada rakyat umum.

    meskipun, ada juga sesetengah blogger yg membuat provokasi, disebabkan itulah, martabat blogger masih dianggap rendah.

    jadi persepsi masyarakat kita sekarang adalah, jika semuanya baik, maka baiklah semuanya, jika ada cacat cela/keburukan, maka akan buruk la semuanya.

    ReplyDelete
  10. Assalam. Tampilkan blogger role model di dunia realiti sebagai ahli politik. Insyaallah di ambil perhatian nanti.

    ReplyDelete
  11. Pergh. Banyak tu. Tak sampai tahap macam tu lagi. Moga-moga boleh sampai.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Pihak kementerian hubungi tuan ke utk cover event tu?

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement