Pernah atau tidak anda singgah di sebuah blog yang mempunyai beberapa sistem komen di dalamnya? Apa pendapat anda mengenai sistem komen berbilang ini? Atau adakah anda senang pada blog yang punyai hanya satu sistem komen? Ini persoalan yang nampak remeh tetapi sebenarnya agak penting juga - sistem komen tunggal atau berbilang?

Bagi saya, sebelum ini pernah juga mencuba untuk memasang sistem komen berbilang ini, iaitu ada tab pilihan sistem komen di setiap entri. Ada sistem komen biasa (blogspot), ada sistem komen Facebook, dan ada sistem komen Google+. Percubaan saya itu hanya seketika sahaja, apabila saya dapati ia membuatkan ruang utama bahagian entri nampak sendat dan terlalu padat.

Sistem tab komen yang dimaksudkan adalah seperti ini:
Cara untuk komen lebih efisien dalam blog

Malah, saya pernah singgah di blog yang punyai sistem komen yang di atas guna IntenseDebate, manakala di bawah ada sistem komen biasa. Dan banyak juga blog yang buat sistem komen pelbagai platform ini. Paling biasa macam di atas itulah, Facebook dan sistem komen biasa blogspot.

Jika komen berbilang yang ada tab macam contoh saya berikan tu, ia nampak kemas, dan tatacara untuk komen pun nampak mudah. Lagipun ia jimat ruang. Ada blogger yang letak komen berbilang tanpa tab, yang seperti kata saya tadi, atas lain, bawah lain.

Jadi persoalannya, adakah perlu letak sistem komen berbilang seperti ini dalam blog?

Jika ikut pengalaman sayalah, bila letak sistem komen berbilang begini, akan timbul masalah dengan kadar loading blog kita. Ia akan jadi kritikal apabila salah satu sistem itu bermasalah, terutama sistem komen Facebook. Sistem komen luar, seperti Disqus, IntenseDebate mahupun Facebook... blog akan ambil masa untuk capai kod-kod luaran ini.

Cuba baca entri rakan blogger saya ini - Dilemma Kotak Komen Blog Ieta

Dan cuba baca juga sebagai tambahan ilmu mengenai ruang kotak komen di sini - 6 Panduan Untuk Blogspot Masalah Komen

Secara amnya, saya boleh katakan ialah ...

Biar blog dengan hanya satu pilihan sistem komen, tak perlu nak banyak kerana ia akan menyulitkan anda untuk menjadi mesra pengunjung. Dari aspek lain, memang pengunjung akan diberikan lebih kelebihan untuk komen di platform mana yang mereka inginkan, tetapi ia akan jejaskan konsep mesra antara pengunjung dengan pemilik blog.

Macamnilah .... bayangkan anda pergi kenduri kawin, ada ramai kawan yang datang. Dan kenduri kahwin tu ada banyak meja. Satu meja kawan anda yang lain, dan anda pula duduk di satu meja yang ada beberapa kawan yang lain. Pasti yang akan diberikan tumpuan nak sembang-sembang ialah meja yang anda duduk sekali .... dan meja lain tu akan sesekali je anda tegur-tegur atau sembang. Nampak tak apa yang saya cuba nak sampaikan nih?

Pilih. Mana yang terbaik, sistem komen tunggal atau berbilang? Nak lepak semeja atau bermeja-meja?




18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. suka guna satu je tab komen yang mudah untuk mereka datang dan komen tanpa masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya itu lebih baik, tetapi ada je blogger yang guna komen berbilang ini, dan mereka ada sebab kenapa mereka guna.

      Delete
  2. Assalam Tuan HH.
    Bagi saya , sistem komen berbilang sesuai dan perlu untuk blogger terkenal.
    ..Intraksi yang banyak memerlukan ruang komen pelbagai sudut. Kerana blogger yang menjadi tumpuan ramai akan lebih mudah mesra dengan peminat-peminatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pandangan ini, tetapi kalau kita tumpukan pada satu, bukankah kita memberi lebih daripada ada banyak yang mana tumpuan kita jadi berbelah bagi?

      Delete
  3. Emmm nice info, saya just guna blogspot ko,en he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu nak pening2 dah bila semuanya dah tersedia, ye tak?

      Delete
  4. cx tk berape nk gemau. kalo boleh biau satu style je gune. if diorang ltk byk2 platform, cx akan plh blogger widget komen pnye shj. :) hihih

    ReplyDelete
  5. saya lebih suka komen asal blog,
    mmg ada ramai buat atas dan bawah,
    tapi mcm bro HH cakap ler.
    loading akan amik masa nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagipun ada aspek luaran seperti ... bagaimana blog dan entri kita ini kelihatan di gajet2 canggih ... sukar atau mudah nak komen kalau blog dilayari guna gajet macam tu.

      Delete
  6. kadang2 baut kita pening nak komen tang man ni..hu3

    ReplyDelete
  7. Terfikir jgk nak guna hanya komen google plus punya.. bila komen terus post di google plus, ada kekurangan tak rasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh baca entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/04/kebaikan-dan-kekurangan-komen-google.html

      Delete
  8. saya guna komen disqus...ada kebaikannya seperti yg HH perkatakan dalam blog, tapi ramai komen nak masuk tab komen disqus kat blog saya agak slow dan berpusing-pusing...kenapa yea....?

    ReplyDelete
  9. betul tu bro..tapi tak semua orang ade account yang membolehkan mereka utk comment..kadang2 orang baca tapi tak nak comment sbb malas nak sign in account google..sy bercakap dari perspektif kalau blog itu memainkan isu semasa atau blog terkenal..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...HH,

    mselim3 ada masalah dengan kotak komen yang x ada kotak reply komen.... macam cara mselim3 nak setting.. buat3 x jadi2... harap boleh membantu mselim3.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba baca entri ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/07/cara-bolehkan-reply-pada-sistem-komen.html

      Kalau tak boleh gak, bagitahu saya.

      Delete
  11. bagaimana ye cara nak buat komen berbilang yang ada tab macam kat atas tu ?? pening dah nak fikir cara..harap boleh membantu saya ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement