Tak Suka Blog Tak Ada Update Terkini
Ya, update terkini setiap hari! Itu perkara paling asas dan saya fikir paling mudah untuk blog mendapat pembacanya sendiri. Saya sendiri tak suka blog tak ada update terkini - terutama blog-blog saya sendiri. Saya berasa agak kejam pada diri apabila sudah ada blog, sudah ada pengunjung tetapi blog dibiarkan bersawang tanpa cerita, tanpa perkongsian, tanpa perkara yang boleh boleh dicoretkan.Ramai Selebriti Dapat Pengikut Ramai Kerana Kerap Update Status
Agak malang terutama bagi blogger baru tidak ambil kesempatan untuk mendapatkan pembaca sendiri menerusi update-update terkini. Sebagai fakta dan info, ada salah seorang pengguna Twitter berjaya mendapatkan lebih dari sejuta follower hanya kerana update status Twitter setiap seminit! Dan jangan tak percaya, antara ramai selebriti Malaysia, jika dia seorang selebriti yang paling suka kongsikan perkara-perkara yang dia lakukan di dunia maya - samada Facebook, Twitter atau Instagram, maka merekalah yang paling ramai punyai peminat dan pengikut.Contoh: Lisa Surihani, Nora Danish, Faizal Ismail dan beberapa nama lagi yang tak dapat nak disebutkan.
Blogger Kerap Update Disukai Ramai
Maka, begitulah juga dengan blog. Lihat bagaimana blogger seperti Ben Ashaari, Lyssa Faizureen mahupun Mat Gebu. Mereka antara blogger yang kerap update blog. Dan saya boleh senaraikan ramai lagi blogger lain seperti Mialiana, Hanif Idrus, Anarm .... yang juga kerap update blog mereka. Tengok pencapaian blog mereka dari sehari ke sehari.Serius, jika anda singgah di blog pada satu hari dan lihat ada sehingga 3-4 entri yang diterbitkan pada sela masa dalam sehari itu, pasti anda ingin tahu dan baca yang lainnya. Apatah lagi jika entri itu saling berkait. Bukan sahaja dapat pembaca, tetapi juga meningkatkan pageviews blog anda juga.
Tak percaya? Cubalah anda terbitkan dalam sehari paling minima 3 entri dan lihat kesannya dalam masa seminggu. Ya, buat 3 entri minima sehari dalam masa seminggu ... bermakna ada lebih kurang 21 entri seminggu. Boleh? Cuba dululah ...
Ramai tak suka blog tak ada update terkini, apatah lagi andai blog itu sudahpun punyai pengikutnya sendiri.
Info menarik kawan. Kunjungan pertama... Salam kenal saya blogger Indonesia
ReplyDeleteSalam kenal Dedi .. :)
Deletemeanrik....
ReplyDeletebila sibuk dengan kehidupan seharian, blog memang akan dibiarkan begitu saja. saya akan utamakan apa yang lebih utama. untuk maintain trafik blog walaupun takde entri terkini - pastikan ada beberapa entri yang top & memang sentiasa dicari oleh pembaca..
ReplyDeleteAkan dipraktikkan!!! ThanksHH.
ReplyDeletebetul tu. saya akan cuba update sekerap yang boleh....tq for the info.sgt berguna utk saya yg masih baru ni...tq sgt2..semoga blog tuan lg bertambah gempak dan top..
ReplyDeleteBetul tu HH. Saya akan cuba petua tu.. in shaa Allah..
ReplyDeletewow menarik juga petua nie..cabaran nak cari bahan untuk entri je..
ReplyDeletegreat info
ReplyDeletesinggah isnin
Terima kasih atas perkongsian :) pecah otak nak cari idea neh
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Setakat ni blog ter update setiap hari.. :)
ReplyDeleteaku skang ni dpt maintain satu entri je sehari..itu dh kira okey la
ReplyDeletegood idea....
ReplyDeletebtuil tu bro HH..
ReplyDeletekene slalu rajin.
orang rajin murah rezeki:)
Assalamualaikum Bang Hasrul. Usul saya sebaiknya dibahas juga tentang beragam virus di internet,karena beberapa waktu yang lalu blog saya telah di-blok oleh google,karena dianggap mengandung virus malware.
ReplyDeleteSilah dibaca >> https://perahucadik.wordpress.com/category/malware/
ReplyDeleteBlog utama saya sebelumnya yaitu (http://suaramirza.blogspot.com),halamannya kini sudah di-blok oleh google,kini blog utama saya adalah https://perahucadik.wordpress.com
ReplyDeleteSekurang-kurangnya dapat satu entri sehari pun sudah cukup bagus. Bukan mudah menerbitkan entri jika tidak sebagai blogger sepenuh masa.
ReplyDeleteagak sukar nak publish more than one entry per day..tapi memang betul apa yang HH cakap. Setiap entry ada pembacanya..So automatically jika banyak entry yang dipublish banyak pembacanya. Tapi nak pilih entry yang disukai sememangnya agak sukar..
ReplyDeletekena sahut cabaran macam ni. 3 entry 1 hari. hehe
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiannya
ReplyDeletenk dpt trafik kena cari tajuk yg sesuai...pengunjung akan maintain...
ReplyDeleteupdate sehari 1 entri pon okay...asalkan entri tu berkualiti
Cuba update blog sekerap mungkin
ReplyDeleteBetul, kena update setiap hari kan en. hasrul? deno pun sekarang update setiap hari blog, sekarang ni maintain 3 entri setiap hari^^
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.