Tambah Follower Blog - Paksa Rela atau Suka Rela
Saya hargai mereka yang sanggup klik untuk join this site dan seterusnya jadi follower blog ini, tanpa paksa, dan dengan seribu seratus peratus kerelaan.Tapi saya juga tidak mencemuh mereka yang tidak follow. Itu hak mereka. Kalau blog ini cukup bagus untuk diikuti, maka ikutlah; kalau difikirkan tidak, maka larilah jauh-jauh... saya takkan kejar anda.
Suka Rela Tanda Ikhlas dan Kejujuran
Tambah follower baik blogger baru dan blogger lama, kalau boleh biarlah dengan suka rela. Bukan apa, kita nak semua orang berbuat sesuatu dengan ikhlas dan jujur. Lebih kita imarahkan akan konsep kejujuran dan ikhlas itu, maka in Sha Allah, dunia blog Malaysia akan lebih harmoni. Jangan sampai ada yang keluar isu Tikam Dari Belakang ... ohh tanaklah begitu.Paksa Rela - Lebih Kepada Kepentingan Diri Sendiri
Paksa rela, bukan tidak boleh. Saya tiada halangan pun, malah saya pun pernah melakukannya sebagai syarat untuk sertai segmen dan kontes. Namun, elakkan melakukannya secara berlebihan. Cuba berpada-pada. Lakukan dengan cara yang nampak bahawa keikhlasan dan kerelaan mereka yang diperlukan, dan bukan syarat kekal tanpa kompromi.Hari ini jadi follower, esok lusa tak ada dah - itu biasa berlaku. Blog ini beberapa kali sudah dapat tindakan penuh ikhlas itu. Saya hormati keputusan mereka. Mereka tahu apa yang mereka buat, dan ada sebab kenapa mereka buat.
Paksa rela atau suka rela .....
Jika anda, adakah anda suka dipaksa? Atau anda lebih suka menjadi seorang yang melakukan dengan ikhlas penuh sukarela.
Psstt .. saya tahu ada je individu yang bertubi-tubi cucuk dengan jarum peniti kat belakang blogger lain tapi pada masa yang sama hegeh-hegeh join segmen serta kontes hadiah lumayan anjuran blogger tersebut - nyata selama ni dok klik join this site hanyalah satu kepentingan jangka pendek dan untuk kepentingan sendiri.
Saya harap saya bukan blogger itu, dan saya harap kawan-kawan saya yang lain juga tidak begitu. In Sha Allah.
minta dijauhkan la dari tabiat mencucuk jarum peniti tu
ReplyDeletesuka atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri, kita tak boleh paksa orang suka blog kita, sama juga dengan CN, dah jumpa banyak orang yang follow kita then esok2 dah takde, its hokay..tak boleh pksa kan..;)
ReplyDeleteTiada paksaan utk follow...suka rela bukan suka paksa. Tapi bab cucuk2 tu memang sakit, jarum peniti tu tajamm!
ReplyDeleteYelah, ikhlas lebih baik drpd dipaksa... Bab tikam menikam ni... Minta dijauhkan lah... Tak baik pun...sepakat kan bawa berkat :-)
ReplyDeletehttp://bondashmiza.blogspot.com
saya akui mmg teringin ramai followers tapi saya tak terlalu kejarkan angka tu
ReplyDeleteBiarlah rela.. bab cucuk mencucuk ni mmg x baik lebih2 sesama islam..
ReplyDeleteInsyaallah. .
ReplyDeleteSelalu jugaklah ada org post2 dekat facebook mintak saya tolong follow blog dia apa semua. Saya tak kisah tapi ayat tuh biarlah bersesuaian. Jangan terlalu memaksa sebab saya tak selesa. Bila nak follow pun dah jadi tak ikhlas kerana saya rasa macam benda tu tugas serta arahan yg perlu dilaksanakan dan bukannya lahir dari hati sendiri nak follow
ReplyDeleteTak kisah sebenarnya itu hak pembaca nak follow ke tak
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.