Sedia maklum saya selalu syorkan kepada anda untuk menghasilkan entri yang menarik, original, asli serta ada ciri-ciri entri yang evergreen. Sekarang, menjadi persoalan pada rakan-rakan blogger, tidak pentingkah rekabentuk sesebuah blog?

Tidak Pentingkah Rekabentuk Sesebuah Blog?

Metafora Kepentingan Rekabentuk Blog

Ok. Mudah je. Cuba anda bayangkan sebuah rumah. Di dalam rumah ini ada banyak barang bernilai. Andaikata rumah tersebut merupakan rumah usang yang sudah diboleh panggil penyiasat paranormal untuk pergi siasat, maka anda sebagai orang yang lalu lalang depan rumah tersebut, nak jenguk tak apa yang ada di dalam rumah tersebut?
Rekabentuk blog diibaratkan sebagai sebuah istana

Oppss .. satu metafora yang sangat tidak kena. Ok, kita cuba sekali lagi.

Bayangkan sebuah istana yang gah dan indah di depan mata anda. Hanya dengan melihat istana tersebut dari luar, tidak teringinkah anda nak masuk ke dalam istana? Saya percaya, andaikata pihak pengurusan istana itu mengenakan bayaran sebanyak RM10 pun, anda pasti akan teruja nak melihat apa yang ada di dalam istana.

Nah. Kalau blog anda rekabentuknya tidak memikat, bagaimana anda nak undang orang untuk jenguk isi kandungan blog?

Rekabentuk - First Impression Pengunjung

Rekabentuk yang menarik bukan sahaja perlu untuk first impression, tetapi meletakkan blog kita dalam kategorinya tersendiri.
Rekabentuk blog menarik perlu ada SEO dan pikat pengunjung di mata

Apa Itu Rekabentuk yang Menarik?

Rekabentuk blog yang menarik itu macamana?

Ada dua perkara perlu anda lihat - menarik di mata pengunjung pertama blog anda, dan 'menarik' pada enjin carian untuk gelintar isi kandungan blog anda. Anda perlu menghasilkan sebuah rekabentuk blog yang bukan sahaja boleh memikat pengunjung (manusia) untuk baca entri-entri anda, tetapi juga memastikan bahawa blog anda dikunjungi robot enjin carian (dengan menggunakan konsep serta asas SEO).

Dalam asas dua tadi, ia sebenarnya diadun bersama, anda boleh dapatkan banyak template yang punyai dua-dua keperluan yang saya sebutkan. Hanya aplikasikan untuk blog anda, dan buat beberapa perubahan kecil untuk menjadikan ia sebuah blog yang punyai rekabentuk cukup menarik dan mantap.

Maka, terjawablah sudah akan kemushkilan - pentingkah rekabentuk sesebuah blog.


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih HH atas perkongsiannya..

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...bro HH,

    Bagi mselim3 reka bentuk blog sangat penting.. reka bentuk adalah first impression apabila pelawat visit blog. Reka bentuk ini macam muka seseoranglah..kalau cantik.. mesti hari2 kita tenung kan..hehehe..

    mselim3

    pls: jangan mare bro HH, ini pandangan aje tak semestinyer betul...

    BalasPadam
  3. Setuju HH...kita teringin nak tukar rekabentuk template, tapi susah coz editing selalu fail...at the end of the day..stay aje dengan apa yang ada.

    BalasPadam
  4. Tuan tanya dan tuan dah jawab...
    Memang pentinglah rekabentuk blog...siapa yg tak mahu nak masuk istana...hehe

    BalasPadam
  5. Kalau arkitek pentingkan rekabentuk bangunan, kalau blogger pentingkan rekabentuk blog tapi kedua-duanya matlamat sama iaitu menarik perhatian orang. hehe

    BalasPadam
  6. owh begitu pulak ye...terima kasih abg hasrul (^_^)

    BalasPadam
  7. setuju tu bro..fitrah manusia kan suka pada yg cantik

    BalasPadam
  8. rekabentuk yang menarik perlu agar pengunjung senantiasa dan suka datang ke blog kita.....

    BalasPadam
  9. saya suka rekebentuk yang simple dan tak serabut mata memandang.. Lepas ni, saya nak tukar 'baju' blog hehehe.. dah 2 tahun tak tukar.. :)

    BalasPadam
  10. Suka dengan ruangan komen yang terdapat di blog ini.. Simple dah menarik... buat gua tertarik untuk meninggalkan komen

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  11. betul tu. susunan widget pun penting macam susun perabot dalam bilik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement