Tapi entri tersebut menunjukkan trafik sekitar awal tahun 2012, yang mana kecenderungan blog ini adalah berlainan. Jadi bagaimana pula dengan tahun 2013? Adakah blog ini berjaya capai seperti mana terdahulu?
Dengan berkongsikan pelbagai panduan untuk blogger Malaysia, alhamdulillah, jumlah pageviews blog ini masih lagi boleh mencapai tahap 100,000 sebulan, walau tidak setiap bulan seperti tahun sebelumnya.
Saya selidiki apakah yang menyebabkan trafik masih lagi boleh capai tahap sebegitu? Maka, saya kongsikan kepada anda penemuan saya untuk mencapai pageviews 100K sebulan - tetapi bukan setiap bulan ehhh ....:P
Tips Pageviews 100K Sebulan
Tips pageviews 100 ribu sebulan melibatkan apa yang terkandung dalam blog anda. Jika entrinya saling kait dan terhubung, in Sha Allah, ia boleh tercapai, tak mudah tapi tidak mustahil. Jadi, pastikan entri-entri anda saling terkait dengan kata kunci tertentu bagi membolehkan impian capai 100K ini direalisasikan.Blog Ada Fungsi Readmore
Ada blogger tak suka dengan widget readmore ini, tetapi ini merupakan salah satu cara berkesan untuk blog menambah angka pageviews. Untuk merealisasikan tips ini, apabila anda berkongsi entri, pastikan bukan URL entri yang anda kongsikan, tetapi URL blog anda - iaitu paparan utama blog.Cara buat readmore mudah dalam blogspot - Klik Sini
Letak Widget LinkWithin, Nrelate atau Outbrain
Widget yang menghubungkan entri terkait satu sama lain. Letakkan ia di bawah entri. Jangan letak di atas entri kerana ia akan membuatkan blog anda kehilangan kelebihan daripada segi SEO.Cara pasang dan guna nRelate - Klik Sini
Buat Pautan Dalaman Pada Entri
Kadangkala widget seperti di atas tidak menarik perhatian pengunjung atau gagal memberikan entri terkait yang anda mahukan, maka anda boleh buat pautan secara manual kepada entri berkaitan di dalam entri anda. Hanya highlight perkataan atau ayat tertentu dalam entri tersebut dan buat pautan menerusi klik Link dalam editor post blog anda.Cara buat autolink mudah dalam blogspot - Klik Sini
Pasang Widget Komentator di Sidebar
Komen pembaca boleh pengaruhi pengunjung lain untuk klik dan baca entri yang dikomen. Tak perlu papar banyak komen pembaca, cukup sekitar 5-7 komen. Ini adalah kerana untuk menghadkan jumlah pautan dalam blog bagi tujuan SEO (100 pautan disyorkan).Pasang Widget Popular Post di Sidebar
Popular post ada 3 kategori, iaitu mingguan, bulanan dan juga sepanjang tahun. Anda boleh gunakan ketiga-tiga ataupun salah satu. Ia terpulang. Jika anda dapati terdapat perbezaan nyata, maka letakkan ... jika entri yang popular itu adalah sama sahaja dalam mana-mana 3 kategori, maka pilih hanya satu.Pasang Widget Entri Terbaru
Jika blog anda tidak ada fungsi readmore di paparan utama, pastikan anda letak widget papar entri terkini di sidebar. Cara ini merupakan teknik gantian untuk readmore.Cara letak entri terkini dengan mudah guna Script - Klik Sini
Pasang Widget Entri Banyak Komen
Widget ini bagi mempengaruhi mereka yang suka tinggalkan komen dan pendapat. Ada pengunjung yang ada rasa ingin tahu amat tinggi akan klik dan baca entri-entri tersebut. Ia seolah menampakkan ia sebuah entri 'kontroversi' yang melibatkan ramai untuk bersuara.Sticky Post atau Featured Post
Paparkan atau beri kelebihan pada entri yang paling hangat dalam blog anda menerusi sticky post atau featured post. Selalunya diletakkan di bahagian atas entri anda. Pendekatan readmore diperlukan untuk papar featured post ini. Ramai yang letakkan entri kontest, giveaway dan juga entri segmen menerusi kaedah ini. Ini secara langsung buat pengunjung baru akan klik pada entri berkenaan dan menambahkan pageviews secara tidak langsung, walaupun tujuan asal mereka adalah untuk baca entri terkini atau disebabkan oleh carian di internet.Selamat mencuba.
camtu rupanyer..
BalasPadamada separuh widget dh pasang dh..
nk pasang suma amik masa jugak.
thanx bro HH sudi share.
thanks bro, insya Allah aan dipraktikkan semua :))
BalasPadamThanks utk tips ni..
BalasPadamtips yang menarik.....
BalasPadamada ilmu baru dan ada yg sudah aku buat dkt blog aku ni...
BalasPadamTips yang menarik ni bro..
BalasPadamthanks abang hasrul hassan atas perkongsian ini...
BalasPadamAssalammualaikum...bro HH,
BalasPadamTerima kasih bebanyak atas tips yang diberikan nie... bagus sangat2..
mselim3
Masih tengah belajar..tq share info :)
BalasPadamTerbaiklah, fuhh hebat.. akan dimanfaatkan perlahan2 insyaallah.
BalasPadamSalam tuan. Terima kasih banyak2 kerana mengutarakan perkara-perkara yang jarang blogger baru tahu.
BalasPadamTq atas perkongsian ni
BalasPadamboleh share tutorial mcm mne nk buat reply comment?
BalasPadamSaya dah buat entrinya sebelum ini .... baca di sini - http://www.hasrulhassan.com/2013/07/cara-bolehkan-reply-pada-sistem-komen.html
PadamYa, lihat pada kesesuaian, saya sendiri kadangkala akan buang .. dan kemudian masuk balik atas keperluan.
BalasPadamliknwithin... hmmm, sy dah buat dulu dan buang, nak pasang semulalah. Thanks sifu :)
BalasPadamAssalamualaikum! Tips yang sangat baik dan berguna untuk saya. Terima kasih.
BalasPadamTerima kasih atas tip-tip yang dikongsi sifu.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.