Tapi, macam kita-kita ni yang tak berapa cekap dengan dunia maya, rasanya dah memadai kalau ia jadi sumber pendapatan sampingan tatkala terdesak, ye tak? Al maklumlah, sekarang semua barang dah naik harga, nak tak nak kena terima hakikat. Cara terbaik nak handle perkara yang tidak boleh nak elak ini adalah dengan mencari sumber pendapatan yang lain.
Blog, salah satu cara untuk bekerja dari rumah dan jana pendapatan. Ia boleh dikatakan satu kerja untuk mereka yang ada kelapangan dan masa melakukannya ... secara sambilan! Bagaimana kalau tiada blog?
Bekerja Dari Rumah Jana Pendapatan Sampingan
Sebenarnya terdapat banyak pekerjaan yang boleh didapati melalui internet. Secara amnya, kelayakan minimum untuk mendapatkan pekerjaan ini adalah pengetahuan asas komputer dan akses internet. Keupayaan untuk mengikuti arahan adalah penting untuk melakukan kerja yang tepat dan cepat.
Bekerja dari rumah jana pendapatan sampingan sesuai untuk ibu-ibu, malah bapa-bapa seperti saya yang perlu meluangkan masa untuk anak-anak mereka, orang-orang yang telah bersara, orang kurang upaya, pelajar kolej dan orang-orang yang tidak mahu tekanan politik pejabat. Oleh kerana pekerjaan ini tidak memerlukan kemahiran dan pengalaman khas, mana-mana orang yang mempunyai kelayakan pendidikan minimum boleh memohon. Juga tiada had umur untuk pekerjaan ini.
Pekerjaan di rumah juga menyediakan pilihan yang fleksibel seperti separuh masa atau sepenuh masa. Oleh kerana kerja ini secara amnya tidak mempunyai apa-apa obligasi, pekerja di rumah
boleh menikmati persekitaran kerja yang bebas tekanan dan boleh mendapatkan wang untuk meningkatkan kedudukan kewangan.
ada usaha adalah hasilnya
ReplyDeletebetul2! mcm deno lepas belajar nak kerja tp sbb buat CAPD, susah nak dpt kerja.. pastu selalu sakit sbb SLE, jadi, kerja kat rumah je ... huhu :)
ReplyDeletememang best bekerja dari rumah sebab kita boleh kawal sendiri masa, masa kita lebih fleksibel
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.