Namun, bukan semua orang mampu memilikinya, apatah lagi apabila melihat aspek harga rumah yang saban tahun semakin meningkat. Dah la tu, wujud pula kes tipu pembeli rumah yang berhasrat ingin ada rumah sendiri. Pemaju lari, bank mencari, pembeli gigit jari!
Beli Rumah Tapi Kena Tipu - Lapor Pada Tribunal Pembeli Rumah
Isu pembeli kena tipu pemaju bukan perkara baru. Ia sering berlaku, terutama apabila kawasan yang dibina kediaman itu tidak strategik dan kurang mendapat sambutan.Saya melihat kebanyakkan perkara ini kerap berlaku apabila keadaan ekonomi yang tiba-tiba jadi tidak menentu, dan kawasan perumahan yang asalnya diunjurkan memberi keuntungan tiba-tiba tidak boleh menampung kos pembinaan. Dan selalunya kes ini berlaku kepada pembangunan perumahan yang pemajunya kurang kental dengan situasi dan keadaan ekonomi yang merudum.
Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan telah mewujudkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Menerusi tribunal ini, hak pembeli rumah dapat diberikan kepada yang layak. Objektifnya adalah bagi mendengar dan mengadili tuntutan pembeli rumah dengan cara mudah, murah dan cepat.
Bidang Kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)
Walaupun begitu, ada kekangan yang perlu dilihat, iaitu dari segi bidang kuasa. Bidang kuasa TTPR terhad kepada tuntutan berdasarkan kausa tindakan yang berbangkit daripada perjanjian jual beli yang dibuat antara pembeli rumah dan pemaju perumahan berlesen yang difailkan oleh pembeli rumah tidak lewat 12 bulan ...- Daritarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan (CCC);
- Tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli;
- Tarikh penamatan perjanjian jual beli oleh mana-mana pihak sebelum tarikh pengeluaran CCC, yang mana terkemudian.
Begitu juga dengan had tuntutan yang difailkan di TTPR' ia hendaklah tidak melebihi RM50,000 melainkan pihak- pihak telah bersetuju secara bertulis bahawa TTPR mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan tersebut.
Cara Buat Aduan/Prosedur Pemfailan
Ok, dah ada tribunal, bagaimana cara nak buat aduan? Bagaimana nak dapatkan pembelaan? Berikut adalah prosedur yang perlu anda buat dan lakukan untuk mendapatkan hak anda daripada pemaju.- Pembeli rumah hendaklah memfailkan 4 salinan Pernyataan Tuntutan (Borang 1) di Pejabat Pendaftaran TTPR bersama dengan fi yang ditetapkan sebanyak RM10.
- Pembeli rumah hendaklah menyatakan butir-butir tuntutan dan amaun dalam Borang 1 yang ditandatangani atau dicap ibu jari oleh pembeli rumah.
- Dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan dengan Borang 1:
- satu salinan perjanjian jual beli-Tuntutan Teknikal/Bukan Teknikal
- satu salinan surat penyerahan milikan kosong-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
- satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal
- sebut harga pembaikan oleh kontraktor-Tuntutan Teknikal
- gambar kerosakan atau kecacatan-Tuntutan Teknikal
- Satu salinan Borang 1 hendaklah diserahkan kepada pemaju dan hendaklah mendapatkan akuan penerimaan daripada pemaju sebagai bukti penyerahan.
- Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
- Pemaju hendaklah memfailkan pembelaan dalam 4 salinan Borang 2, berserta fi yang ditetapkan sebanyak RM10 dalam tempoh 14 hari selepas Borang 1 diserahkan kepadanya dan 1 salinan hendaklah diserahkan kepada pembeli rumah.
Perghh ... nampak banyak bebenor prosedur yang perlu kena ikut. Tapi, nak dapatkan hak perlukan bukti kukuh, yelah, kadangkala ada juga pembeli yang cuba menaguk di air keroh .... :)
Namun, kalau anda seorang pembeli rumah yang dirasakan kena tipu oleh pemaju, gunakan saluran TTPR ini untuk menuntut hak anda.
Buat Aduan Menerusi SMS
Anda juga boleh buat pertanyaan dan aduan menerusi SMS.Sila hantarkan SMS untuk sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan TTPR ke 36828
Malah, anda juga boleh hubungi pihak berkenaan untuk bantuan.
Alamat, Nombor Telefon dan Emel TTPR
SetiausahaTribunal Tuntutan Pembeli Rumah
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 3,
No.51,Presint 4,
Persiaran Perdana,
62100 , Putrajaya.
Tel No. : 03-8891 4758 / 4746 / 4774 (Hotline)
Fax No : 03-8891 4755
Emel : tribunal@kpkt.gov.my
Sumber: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
great info
ReplyDeleteassalamualaikum HH....info yg menarik ni...:)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.