Ramai yang buat blog, ramai yang terbitkan entri. Ada yang secara berkala, ada yang main semborono. Ada yang tulis kerana SEO (Search Engine Optimiation), ada yang tulis sekadar kongsi cerita suka-suka. Tapi, tidak ramai di antara kita menulis entri yang punyai nilai. Apakah nilai yang saya maksudkan ini?

Berikan Nilai Dalam Setiap Entri

Dalam entri ini, anda akan dapat tahu serba sedikit mengenai cara untuk menulis sebuah entri blog yang mempunyai nilai. Nilai yang saya maksudkan bukanlah berkaitan dengan matawang, mahupun trafik. Ia berkaitan sesuatu yang boleh anda berikan kepada dunia, kepada masyarakat, kepada pengunjung serta pembaca blog anda.

Entri Cendol Kosong

Ramai antara blogger Malaysia yang menulis entri kosong tanpa ada apa-apa impak. Contohnya, anda cerita pasal makan cendol di tengahari di Banting. Dalam entri tersebut, anda hanya cerita betapa sedapnya cendol, apa yang ada dalam cendol yang anda makan ... dan kemudian letak gambar cendol itu dari pelbagai sudut - ada gambar sudut sisi, ada sudut atas, ada gambar cendol sebelum dimakan, dan gambar cendol lepas anda kenyangkan perut. Mana nilai entri seperti ini?
Berikan Nilai Dalam Setiap Entri

Apa yang dicadangkan ialah anda tulis satu entri yang punyai nilai untuk pembaca. Contoh paling mudah ialah entri-entri berkaitan pelancongan, seperti rakan-rakan blogger yang dah tulis mengenai #VMY2014. Dalam entri tersebut, ada informasi mengenai tempat mereka lawati, apa yang ada di tempat mereka kunjungi, kemudian ada info mengenai bagaimana untuk hubungi serta alamat tempat menarik yang mereka ceritakan.

Bagaimana Buat Entri Cendol Ada Nilai?

Berbalik mengenai entri cendol tadi, ia boleh menjadi sebuah entri yang ada nilai, jika ....
  • Anda nyatakan lokasi anda makan cendol tersebut, berikan alamat, kalau ada koordinat, sertakan koordinat.
  • Anda beritahu 'rasa' cendol itu, apa yang terkandung dalam cendol - ada kacang, ada jagung, susu, ais krim.
  • Anda beritahu mengenai harga cendol.
  • Anda beritahu akan kelebihan lain yang ada pada cendol itu berbanding cendol lain yang pernah anda makan.

Inilah yang saya katakan mengenai nilai dalam sesebuah entri. Ada sesuatu yang boleh anda berikan lebih dari sebuah cerita kosong.

Blogwalking ke Blog Niche

Kalau anda sering blogwalking ke blog-blog yang ada niche tersendiri seperti blog pelancongan, blog gajet, blog tutorial, blog kekeluargaan; anda boleh nampak entri-entri ini ditulis dengan sebegitu baik sekali.

Dek kerana itulah, blog-blog ini semakin mendapat perhatian, kerana ada sesuatu yang boleh anda dapat menerusinya. Ada nilai yang boleh anda ambil.

Maka, segera perbetulkan cara anda menerbitkan entri. Berikan nilai untuk entri anda, agar ada sesuatu yang boleh diberikan. Tak susah mana, dengan sedikit kajian, atau titipan pengalaman sebenar, anda mampu hasilkan sebuah entri menarik, yang original, bermutu dan punyai nilai tersendiri.

Kredit Foto: Aroma Cookery


20 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ya saya sentiasa terfikirkan nilai untuk entri yang saya hasilkan..

    ReplyDelete
  2. setiap entri perlu ada nilai kualiti....good info

    ReplyDelete
  3. Apabila kita memberi nilai kepada entri kita, bermakna juga kita meninggalkan sesuatu ilmu yang akan disebar luas ke serata alam. Ilmu ini adalah saham kita di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas info.. Insya Allah akan cuba memberikan nilai yang terbaik kepada pembaca..

    www.momsavenue.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Assalam Tuan HH
    Terima kasih atas panduan yang diberikan.

    ReplyDelete
  6. fuh.. entri ni memang buat teman berfikir sebentar.. betul2.. hasilkan entri yang bernilai, bermakna dan ramai orang mahu baca.. hemm .. thanx atas perkongsian ini HH

    ReplyDelete
  7. Dalam apa jua yang di lakukan mestilah lakukan yang terbaik, lengkap dan bersungguh-sungguh. Pasti orang lain menghargainya.

    ReplyDelete
  8. ....Entri yang sungguh bagus untuk dikongsi bersama... Tahniah HH, memang patut blog anda layak berada di kedudukan sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog tiffinbiru sudah berada di dalam kategori tersendiri, saya ni gak yang dok berusaha keras kekalkan momento blog ini. Apapun terima kasih atas pujian yang diberikan.

      Delete
  9. terima kasih diatas info yang bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  10. menarik perkongian ini. moga terus berjaya dalam penulisan

    ReplyDelete
  11. Tulisan di blog sangat menarik pengunjung, jangan sampai judul menarik tapi isinya kurang menarik, terima kasih postingan sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  12. Sifu, saya sentiasa terfikir entri saya dalam blog saya tu, bernilaikah dan bermanfaatkah untuk di SANA nanti? Saya cuba buat yang terbaik ya sifu. Terima kasih atas nasihat

    ReplyDelete
  13. semoga boleh dikongsi bersama...nichie yang baik amat penting untuk kunjungan readers....

    ReplyDelete
  14. info yang bagus untuk new blogger seperti saya..terima kasih

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...salam perkenalan. Banyak info dan tips yang saya pelajari dari blog saudara ni. Terima kasih dan saya akan cuba memperbaiki entri saya dengan meletakkan nilai didalamnya supaya ia memberi manfaat pada pembaca :)

    ReplyDelete
  16. terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat ni, dpt membantu blogger newbie mcm saya utk menulis

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement