Dalam dunia blog Malaysia, saya nampak dua jenis blog ini sangat disukai. Disukai dalam erti kata, ramai blogger yang buat blog jenis sebegini. Ia dua cabang besar genre blog yang ada di Malaysia. Tetapi tak ramai yang ambil peduli mengenai perbezaan yang ada pada keduanya, dan in Sha Allah, dalam entri ini saya ingin kongsikan pendapat saya mengenai dua jenis blog ini.

Beza Blog Informasi dengan Blog Peribadi

Blog informasi ada banyak kategorinya, ada mengenai informasi politik, gajet, pelancongan, masakan dan sebagainya. Berbeza dengan blog peribadi, ia lebih kepada pernyataan pendirian, pendapat, luahan rasa dan penceritaan pengalaman serta perkongsian perjalanan kehidupan seharian.

Dan jangan pelik apabila saya katakan, ada juga blog yang berciri informasi tetapi ada sentuhan peribadi, contohnya macam blog Dapur Tanpa Sempadan. Ia sebuah blog informasi masakan, tetapi ada sentuhan peribadi di mana masakan, menu, resepi adalah daripada pengalaman peribadi pemilik blog.

Begitu juga dengan blog politik, yang rata-rata adalah blog yang bercerita soal politik tetapi lebih kepada pernyataan, komen dan pendapat mengenai suasasa serta isu politik semasa.
Beza blog informasi dengan blog peribadi

Blog Dibezakan Dengan Header

Tetapi yang jelas pada saya ialah dua-dua jenis blog ini boleh dibezakan dengan header. Selalunya header yang ada gambar dan wajah pemilik blog selalunya blog berkonsep peribadi. Banyak cerita dalam blog menjurus kepada kehidupan seharian, pengalaman peribadi, pendapat personal dan tidak terlalu banyak tersimpang daripada realiti kehidupan hakiki sebenar pemilik blog.

Manakala blog berkonsepkan informasi, lebih suka menggunakan header umum, atau header blog yang ada nama blog, logo, tagline atau seumpamanya. Jarang ada blog informasi yang letak wajah pemilik blog sebagai header.

Dan antara dua blog yang saya sebutkan ini, blog yang punyai sentuhan peribadi lebih disukai oleh pengiklan yang mahukan penulisan advertorial. Dan agak jarang blog informasi diberikan jenis pengiklanan seperti ini, kecuali blog tersebut benar-benar sebuah blog yang punyai niche tersendiri yang unik dan menepati kriteria pengiklan.

Blog informasi ada kekuatannya tersendiri. Ia lebih mudah untuk mendapat peluang berada di enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing. Ini adalah kerana konsepnya sebagai sebuah blog penyebaran informasi, jadi banyak kata kunci yang menjadi carian akan meledakkan entri di blog-blog tersebut.

Dan kerana kekuatan inilah, blog informasi boleh menjana pendapatan yang agak baik menerusi perletakkan iklan am seperti banner mahupun iklan teks. Ramai pengiklan yang mahu promosikan produk dan servis mengiklan di blog seperti ini untuk mendedahkan jenama mereka.

Itulah antara perbezaan yang boleh saya katakan mengenai dua jenis blog ini - blog informasi dan blog peribadi. Dua-dua ada kedudukannya dalam dunia blog Malaysia.


15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pemilik blog informasi kene bijak bila hasilkan entri.. gambar atau video tak senonoh perlu dielakkan, termasuk yang nampak aurat walaupun hnya lengan wanita shja

    BalasPadam
  2. Terima kasih! Maklumat yang menarik

    jemput singgah dan beri komen tuan..

    http://vitamin4healthylife.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Yang pasti, jika saya nak blogwalking, blog sifu yg pertama sekali saya terjah. hehe... Saya menimba ilmu di sini lagi...

    BalasPadam
  4. T/kasih atas perkongsian info...perkara ni yg brmain d fikiran sya sblm nk blogging...maknanya blog yg byk info brguna tu lg femes...sya msh mnimba ilmu ni...Thanks again

    BalasPadam
  5. betul laa.. bila blogwalking selalu perasan kalau blog peribadi mesti ada gambar owner kat header.. hihii

    BalasPadam
  6. hehe blog saya kompom kompom dlm kategori peribadi dan header saya pon haa segedabak penuh muka saya hehehe

    BalasPadam
  7. satu kupasan yang bermanfaat..terima kasih.

    BalasPadam
  8. Kupasan info yang bagus. Blog info kat Malaysia ni jarang-jarang yang penulisnya mendapatkan sumber tersendiri, banyak daripadanya yang copy paste dari sumber-sumber lain.

    BalasPadam
  9. Info yang menarik!
    Terima kasih diatas perkongsian ini... :)

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. :) terima kasih, moga terus lagi singgah baca tips blogging yang saya kongsikan. Sama-sama boleh dapat manfaat. In Sha Allah.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement