Ok, sebelum anda berikan komen dan maklum balas; cuba baca pendapat dan kupasan saya selengkapnya dalam entri ini, baca sampai habis ... dan jangan ambil kesimpulan mudah.
Blogger Informasi Adalah Blogger Copy Paste
Saya sendiri akui, saya antara ramai blogger yang kerap buat copy-paste, jika tidak sekarang; awal-awal dalam dunia blog memang saya jenis blogger seperti ini. Tak pandai nak garap ayat sendiri, main cedok bulat-bulat. Bila main cedok bulat-bulat ini, akan jadi blogger copy-paste yang kantoi.Apa yang saya buat, ialah mendapatkan bahan-bahan berfakta daripada laporan akhbar, artikel di forum, artikel di komuniti maya, artikel menerusi majalah online dan sebagainya, termasuklah daripada blog-blog dan laman web luar negara.
Mengapa saya ambil bulat-bulat? Sebab saya tidak mahu terkeluar daripada fakta. Saya tidak mahu menerbitkan entri yang tiada berpaksi dan bersumber sesuatu, sebab saya tahu di mana tahap pengetahuan dan ilmu saya. Jadi, saya copy-paste bagi memastikan apa yang disampaikan itu benar-benar disampaikan seperti mana telah dilaporkan.
Jadi Blogger Copy-Paste Putar Belit
Ada blogger yang suka copy-paste, tetapi memutar-belitkan cerita. Salin semua tapi tampalnya separuh. Makanya, wujudlah interprestasi yang salah terhadap apa yang disampaikan. Informasi patut disebarkan dengan baik tanpa diolah terlalu ketara sehingga tersimpang dari maksud penyampaian.Tapi, alhamdulillah, ilham dari Allah S.W.T sentiasa ada. Entri salin tampal kini boleh saya olah dengan gaya saya sendiri. Walaupun hanya cebisan informasi tetapi saya cuba garap daripada pelbagai sumber lain sebagai fakta sampingan.
Blogger Copy-Paste Gaya Sendiri
Blogger informasi memang perlu menjadi seorang blogger copy-paste, tetapi perlu menjadi blogger yang ada olahan sendiri, gaya sendiri dan paling penting tahu untuk bertanggungjawab dengan informasi yang disebarkan. Jangan sekadar sebar kemudian dibiarkan ... apabila ada yang bertanya ... buat diam seribu bahasa.Backlink Dalam Entri Copy-Paste
Paling penting andai menjadi blogger yang suka cedok sana sini atau ambil fakta berkaitan ialah memastikan diberikan sumber atau backlink kepada artikel asal. Ia bagi mengelakkan sesuatu yang tidak elok berlaku, dan bagi memudahkan orang lain terutama pengunjung merujuk sumber asal dan ketahui kebenaran sebenar. Malah, dengan cara ini juga, akan elakkan blogger yang sebarkan satu-satu informasi menerima surat saman daripada pihak-pihak yang mungkin tertempias daripada informasi yang anda sebarkan.Kesimpulan ....
Tidak Salah Menjadi Blogger Copy-Paste Asalkan ....
- Tidak salah menjadi blogger copy-paste, asalkan tahu bertanggungjawab dengan entri tersebut, dan memberikan sumber asal serta backlink yang sepatutnya.
- Tidak salah menjadi blogger copy-paste andai anda tahu cara menyampaikan mengikut gaya anda sendiri.
- Tidak salah menyebarkan informasi asalkan apa yang disalin dan ditampal itu merupakan satu fakta dan bukannya satu cerita rekaan atau fitnah. Apatah lagi ia yang boleh mengaibkan.
Secara amnya, saya boleh katakan kebanyakkan blogger informasi memang ramai yang menjadi blogger copy-paste; ia jalan mudah dan pantas tanpa perlu susah payah nak cari bahan dan selidik sendiri.
Tapi kalau mahu jadi seorang blogger informasi yang disegani, diyakini, dihormati dan mendapat tempat dan ruang secukupnya di dunia blog mahupun dunia nyata, jadilah blogger informasi yang kurang bab copy-paste ini.
Tak caya? Lihat sahaja Paultan.org, Amanz.my, ArenaKereta.com, Infofotografi, Sokernet dan banyak lagi ....
Mahu jadi terbaik, jadi blogger copy-paste yang ada niche tertentu, in Sha Allah, dengan masa ... sedikit sedikit anda akan tahu untuk membuat entri sendiri dan kurangkan bab salin tampal yang banyak blogger informasi am lakukan.
Sekarang, apa pula kata anda?
p.s: Pengalaman akan hanya diperolehi jika kita tak gusar mencuba .... silap dan salah itulah yang akan mematangkan cara kita menulis sesebuah entri ...
Setuju sgt
BalasPadamRasanya yang paling ramai copy paste adalah dikalangan blogger berita atau maklumat politik
BalasPadamYa, jenis informasi
PadamAssalammualaikum...bro HH,
BalasPadamcopy paste secara berhemah dengan memberikan kredit itu x salah rasa nyer... kita menyampaikan sesuatu yg betul.. yg x berhemah ialah dahlah copy paste lepas tu x kasi kredit sumber asal...
mselim3
salam blogger. adeq setuju dengan pendapat abang.
PadamSaya setuju dengan tuan blogger. Budaya 'copy & paste' ini tiada masalah, asalkan menjaga adab-adabnya. Bila 'copy & paste' sebutkan sumbernya, jangan ambil kemudian buat seperti diri sendiri yang buat. Perbincangan yang bagus, tuan. :)
BalasPadamYang penting mesti ada kredit dan backlink. Jangan fitnah sebarangan,nanti dibakar dek api neraka...Manusia suka fitnah...
BalasPadambagi saya copy-paste ni tak salah.
BalasPadamtapi bgi saya sebelum copy-paste. alangkah baiknya jika kaji selidik dahulu informasi tu sebelum copy dan paste didalam blog.
dan tambah sedikit pendapat atau olahan. :)
copy paste bagi aku memang salah walau apa juga kata-kata yang membuatkan ianya betul.Berbalik kepada search engine..Google memang tak suka..
BalasPadamArtikel yang unik amat digemari oleh search engine, copy paste dari segi quote, atau petikan kata-kata mungkin lebih baik. Kalau keseluruhan artikel, elok rasanya tak payah nak jadi blogger.Sebab blogger, kerjanya menulis..bukan copy dan paste sahaja..
Blogger copy paste,memang takkan lama dan kemana..blog demi blog akan dibuat.Etika entah kemana...jadi hala tujunya? Menjadi sebuah blog yang dikenali dengan entri tulisan orang lain? Adakah bernilai blogger tersebut?Lebih baik buat satu artikel direktori, income generate dari situ lagi banyak..Tapi mcam biasa..blogger biasa-biasa takmau kerja susah..so copy paste jalan mudah..hasil penat lelah orang..:D
Memang Google kata mereka tak suka, tapi ada blog yang copy bulat-bulat berada di atas sumber blog yang asal ... saya sendiri pernah merasai ...
PadamDan sebab-sebab inilah ramai blogger yang letih buat entri, tersentak apabila ada blog lain yang 'curi' entri berada di atas enjin carian, dan dapat hits lebih baik daripada sumber original. Nak lagi tak sedap rasa, apabila blog copy paste ini berjaya buat duit dengan entri kepunyaan kita ...
Betul tak?
Benda ni saya pernah rasa. Saya pernah buat entri tentang IT yang berdasarkan assignment study saya, then entah macam mana 6 bulan kemudian saya terjumpa kembali entri yang saya tulis dulu di blog orang lain.
PadamDuduk kat PageRank First pulak tu. Copy bulat-bulat sebijik sama macam apa yang saya tulis. Dah tu blog tu langsung tak bagi link ke entri asal yang dibuat saya.
Nak copy tu saya takda la nak anti terus, cuma terkilan la sikit, at least bagi la kredit kepada tuan punya entri asal tu.
google memang tak suka, tapi tetap index.. :) sebab tu lah pentingnye backlink bagi yang copy paste.. supaya sumber yang asal berada di first page google..
PadamBlog copy paste memang salah. Sama la macam cetak rompak. Nak fikir ko penat buat idea kat blog orang senang2 ciplak. Itu nasib baik idea je cuba bayangkan kalau idea tu ko buat guna duit pastu orang ciplak. Kalau rasa idea tak nak kena ciplak tak payah jadi blogger...
BalasPadamsetuju dengan pendapat blogger copy paste tak akan "tahan" lama dalam dunia penulisan blog..tu je.:)
BalasPadamyeah dulu - dulu suka copy paste dari hizbut tahrir , sekarang kongsi terus dekat facebook
BalasPadamAssalam
BalasPadam'Blogger copy-paste takkan kemana' - nampaknya ia memang realiti - terjadi pada saya yang lama tidak menulis entri ni :(
setuju.. semua info ade sumber.. sumber itu bukti dan fakta, hasil ujikaji.. yang penting bagu tahu sumber dari mane atau backlink :)
BalasPadam*bagi
PadamHmmm....baru faham...tp x salah kalau copy-paste sikit2 information yg berfakta tu kan...yg selebihnya kita ulas le dgn gaya bahasa kita sendiri...betul tak sifu??? :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.