Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan Copywriter? Salah satu kriteria penting untuk membolehkan blog anda menjual sesuatu dan menjana pendapatan menerusi penjualan adalah dengan memastikan anda seorang Copywriter yang handal! Tapi sebelum saya bercerita mengenai Copywriting, adalah lebih baik kita sama-sama faham apa itu Copywriter.

Blogger Perlu Jadi Seorang Copywriter Handal

Copywriter, kalau saya nak cari dalam bahasa Malaysia .. mungkin akan jadi Penulis Salinan. Tapi macam tak kena je kan ... maka, kita lihat apa maksud ia dalam bahasa Inggeris. Saya ambil terjemahan daripada Wikipedia.

Copywriting is writing copy (text) for the purpose of advertising or marketing. The copy is meant to persuade someone to buy a product, or influence their beliefs.

Copywriters are used to help create direct mail pieces, taglines, jingle lyrics, web page content (although if the purpose is not ultimately promotional, its author might prefer to be called a content writer), online ads, e-mail and other Internet content, television or radio commercial scripts, press releases, white papers, catalogs, billboards, brochures, postcards, sales letters, and other marketing communications media pages. Copy can also appear in social media content including blog posts, tweets, and social-networking site posts.

Ok. Itu dalam bahasa Inggeris, dalam bahasa dan perkataan saya pula; ia merupakan Penulis Iklan. Mudah nak faham. Seorang penulis kategori ini akan menulis bentuk penulisan yang akan meransang seseorang yang membaca apa yang ditulis untuk membuat tindakan - samada belian, jadi ahli, mendaftar dan sebagainya.

Dan sebagai blogger seperti yang saya sebut di awal tadi, jika mahu menjadikan blog anda lubuk income anda, samada secara sambilan mahupun penuh masa; anda perlu mendalami cara dan kaedah untuk menjadi seorang Copywriter yang handal.

Dengan cara ini, anda boleh menulis apa sahaja, dan menjual apa sahaja dalam masa yang sama.

Salah satu cara seorang blogger untuk menjadi seorang Copywriter ialah menulis advertorial. Saya sendiri sedang belajar teknik dan kaedah terbaik untuk menjadi seorang Copywriter. Setakat ini, alhamdulillah, ada hasil yang baik.

Dan untuk menulis satu entri Copywriting yang bagus, anda perlu berlatih. Tips saya ialah dengan membuat review, advertorial yang 'percuma' dan melihat sejauh mana entri itu dapat mempengaruhi pengunjung dan pembaca blog untuk melakukan tindakan - klik, beli, baca, buat belian, daftar dan sebagainya.

Harapnya dengan sedikit informasi ini, anda bolehlah cuba untuk mantapkan penulisan berbentuk Copywriting ini. Saya menggunakannya untuk pengiklanan ChurpChurp, 8Share, program affiliate termasuklah juga advertorial.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks HH sedang belajar ni...kadang-kadang ok..kadang-kadang tak ok...

    BalasPadam
  2. Assalam
    Terima kasih Tuan HH atas info dan panduan yang di berikan.

    BalasPadam
  3. banyak yang nak kena belajar ini......

    BalasPadam
  4. Hebat penjelasan yang diberikan...untuk menjadi seorang copywriter yang handal...adalah dengan membuat byk advertorial free...selepas itu baru boleh jana wang dengan letak sedikit harga utk entry advertorial sebagai percubaan...bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, semoga bermanfaat dengan entri ini .

      Padam
  5. "Saya menggunakannya untuk pengiklanan ChurpChurp, 8Share, program affiliate termasuklah juga advertorial."

    Join program affiliate selain Nuffnang akan menyebabkan status Gliterati hilang tak?

    BalasPadam
  6. lagi tinggi ilmu copywriting tu, lagi tinggi potential income boleh dapat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement