Kalau sebut blogger kacak dan lawa, anda tentu sudah ada senarai nama sendiri kan? Saya, zaman remaja dah berlalu maka nama-nama blogger cantik kacak pun yang ada dalam ingatan semua dah jadi bini dan mak orang dah. Tapi, itu bukan persoalan yang ingin saya bincang dan kongsi dengan anda semua, tapi mengenai isi kandungan blog blogger yang kacak dan cantik ini. Berbaloikah baca blog mereka? Adakah dek kerana kecantikan dan kekacakkan yang ada buat anda mahu singgah di blog mereka?

Blogger Wajah Cantik Tapi Blog .....

Siapa yang tak suka cantik? Saya sendiri menyukai akan perihal kecantikkan. Pemandangan cantik, persekitaran mempesona, wajah cun jelita, mata ayu memikat, makanan yang dekorasinya menawan. Cantik ada tarikannya. Buat yang punyai kelebihan ini, ia boleh dianggap satu bonus, terutama buat blogger Malaysia.

Blogger Malaysia yang cantik jelita, kacak menambat jiwa memang ada, ramai juga ...jika rajin blogwalking pasti akan terjumpa. Ramai blogger baru ada kelebihan dan bonus ini. Tapi ... agak malang, blog tidaklah secantik tuan punya.

Cantik blog bukan bererti kena berhias sakan dengan salji atau bunga sakura berguguran. Ohh bukan begitu, apa yang saya maksudkan ialah berkenaan isi kandungan. Apa yang dikongsi dan disampaikan. Apa yang dicerita dan apa yang dikarang, itu yang ingin ditonjolkan.

Menulis perlu dengan ikhlas, perlu dengan ilmu, perlu ada isi, perlu sesuatu yang ada nilai untuk pengunjung dan pembaca. Cerita kosong sahaja takkan bawa blog ke mana. Biarlah blog menjadi wadah anda.

Blogger wajah cantik kacak ada kelebihan. Maka, gunakan kelebihan itu dengan cara terbaik. Jangan sia-siakan akan bonus yang Tuhan berikan. Ada sebab ia dianugerahkan pada diri. Sebaik guna, gunakanlah untuk tujuan yang akan membawa anda ke arah kebaikan dunia akhirat. In Sha Allah.


25 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas teguran dan perkongsian/tips2 berguna. Mohon saudara komen blog saya yg baru belajar bertatih ni..

    BalasPadam
  2. Guna kelebihan dengan sebaik yang mungkin.. Terima Kasih bro HH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, gunakan kelebihan yang ada. Terima kasih kembali.

      Padam
  3. hehe, ramai blogger cantik/kacak akan letak muka sendiri kat header...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh saya kacaklah juga ehhh? Hehehehe... terima kasih terima kasih ...

      Padam
  4. hehe. cantik tu bonus. tapi biar isi blog selari cantik. ye kan?

    BalasPadam
  5. muka cantik, isi blog cantik, kelebihan. :)

    BalasPadam
  6. gua blogger biasa2 je... xtayang muka, tapi tayang perut... ramai yang nampak perut dulu berbanding muka walaupun telah cuba dicover...

    nak tengok perut empunya blog boleh?

    www.broframestone.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... tunggulah six pax tu muncul, sedang usaha keras ni .. :P

      Padam
  7. Semua perlu diisi dengan kelebihan dan kesenian alam. Paling penting beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi.

    BalasPadam
  8. ..che mat blogger cikai aje...takde apa2 yang nak dibanggakan, syukur Alhamdulillah dengan apa yang telah diberi...biarlah tiffinbiru menjadi 'simbol' mat gebu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogger cikai apanya cik mat ... popular tu .... popular dengan hasil kreativiti sendiri .. itu lebih bermakna che mat

      Padam
  9. yg ni dh macam blogger retis kan..sbb ensem ada org follow...hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... blogger retis ehhh? Hmm ada je blogger yang tak nampak batang hidung, ramai je follow ...

      Padam
  10. Terima kasih bro Hasrul atas teguran yang di beri, hope bro dapat jengah blog saya untuk berikan pandangan dan tips berguna

    Entry Terbaru Juara Dunia Termuda Dalam Sejarah

    BalasPadam
    Balasan
    1. :) Bagus blog pasal motor je, teruskan dengan niche tersebut.

      Padam
  11. lagi penting isi blog tu cantik. tgh belajar cemana nak buat isi cantik. Minta tunjuk ajar ye.

    BalasPadam
  12. tu sebab segala entry yang dikarang sendiri perlu ada fakta dan maklumat untuk pembaca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Cerita sendiri pun boleh ada berfakta.

      Padam
  13. Balasan
    1. Oh, entri ini tidak merujuk pada mana-mana individu, ia hanya satu penulisan biasa ntuk pedoman am buat semua blogger Malaysia.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement