Ramai yang sudah tahu untuk mencari keunikan sendiri dalam blog. Unik itu bukan sekadar cara dan apa yang anda tulis, tetapi boleh diketengahkan juga soal warna, soal header, soal logo, soal tagline dan juga soal motto. Semua itu boleh digunakan untuk membantu dalam menjenamakan blog anda.

Ciri-Ciri Penting Untuk Menjenamakan Blog

Ciri-Ciri Penting Untuk Menjenamakan Blog

Jenamakan blog anda supaya ia boleh dikenali dengan mudah. Jenama penting supaya boleh berkembang dan maju setiap hari. Kekal dengan sesuatu perkara yang unik dalam blog, in Sha Allah, ia akan berikan kelebihan kepada blog anda.

Contoh mudah, anda lihat blog popular Redmummy.com; warna merah menjadi sandaran. Bab cerita dalam blog pun banyak perkatakan soal merah. Merah juga ada dalam URL blog. Merah juga jadi hiasan dalam blog. Lalu, bila sebut soal blogger yang banyak cerita mengenai merah, nama Redmummy pasti akan terkeluar menerusi lidah.

Apa yang akan ada sebut bila saya sebut Qhalif? Ya, tentu akan terus ingatkan blog Ben Ashaari. Itu satu jenama yang kian berkembang dan popular dalam dunia blog Malaysia.

Bagaimana pula kalau disebut Hidupkan Untuk Memberi atau Hidup Biar Sedap? Boleh tangkap siapa blogger di sebalik tagline atau motto tersebut?

Penjenamaan blog boleh dilakukan dari pelbagai sudut. Anda boleh cari ... dan boleh jadikan sesuatu itu sebagai bentuk jenama untuk blog anda. Ciri-ciri penting untuk menjenamakan blog itu termasuklah ianya perlu mudah, perlu konsisten, mesti seronok, ada elemen segar, ada makna tersendiri dan menonjol.

Dengan jenama ini, senang bagi kita nak promosikan blog. Mudah untuk kita perkenalkan blog kita. Sebut sahaja satu perkara, topik, motto atau perlihatkan satu logo, ohh orang dah tahu ... tak perlu pun nak sebut URL blog atau nama blog.

Cari sesuatu yang boleh bawa blog anda ke satu peringkat atau tahap lebih baik. Kadangkala ia dah pun tersedia di depan mata, cuma anda sahaja yang tidak perasan akan bendanya ... :)


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ada jenama tersendiri, hope bro hasrul dapat banyak lagi sumbangkan tips berguna, terbaiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, dari semasa ke semasa akan saya kongsikan sekadar pengetahuan dan pengalaman yang ada.

      Delete
  2. Mahu tahu juga...Bila sebut blog saya, apa yg HH terus nampak atau tangkap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. fikir soal hijau, soal damai, soal aman, soal air terjun ... :) rileks rileks minda gitu .. :)

      Delete
  3. aku pun ada cita-cita nk dikenali mcm mereka yg hebat tu

    ReplyDelete
  4. T kasih diatas perkongsian ini HH.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement