Mari lihat 2 entri #VMY2014 - Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 yang telah dikongsikan oleh blogger Malaysia. Apa pilihan dan cadangan mereka?
Destinasi Pelancongan Visit Malaysia Pilihan Blogger Malaysia
Desa Cattle Dairy Fairy Farm
Jika anda ke sini, anda seolah berada di ladang tenusu New Zealand. Udara segar dan nyaman akan menyelimuti diri, dan melihat pemandangan mengasyikkan. Ia merupakan ladang tenusu di kaki Gunung Kinabalu yang indah dan gah.Bukan sahaja mengenai tenusu, tapi ada yang lebih .... :)
Melaka - Destinasi Sejarah
Tak perlu diulas panjang, semua orang tahu akan keistimewaan negeri kepahlawanan Melayu ini. Sejarah mencoretkan bagaimana Melaka, sebuah kerajaan yang cukup terkenal, malah antara kerajaan Melayu terkuat satu masa dahulu. Di Melaka, anda boleh melihat kesan-kesan peninggalan sejarah berabad lamanya.Mari lihat pengalaman blogger ini semasa bercuti di Melaka - Percutian Gila-Gila di Melaka
Semoga entri ini boleh dijadikan panduan buat semua dan menggalakkan pelancongan di dalam Malaysia.