Kadangkala ada blogger yang tersentap dengan komen-komen yang ditinggalkan. Biasa, saya sendiri banyak kali tersentap dengan komen-komen yang ditinggalkan di blog ini. Tapi dalam sentap-sentap tu, saya rasional juga. Fikir mengapa komen sebegitu ditulis. Mesti ada salah dan silap mana-mana, ye kan?

Jangan salahkan mereka yang sudi tinggalkan komen. Itu pendapat ikhlas mereka, berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang mereka anda. Mungkin mereka betul, mungkin tidak. Hormati pendapat yang mereka berikan.

Ada blogger yang adakala kurang senang dengan komen ditinggalkan, lalu padam komen tersebut. Ehemm .. saya sendiri pun pernah buat, tak tahan dengan ayat pedaslah katakan (tapi cakap terror makan kari ..). Tapi, lambat laun akan terfikir juga, kalau tanpa komen sebegitu, kita sendiri akan hanyut dengan bayang-bayang sendiri. Teguran ini perlu dan baik untuk perkembangan diri, apatah lagi untuk blog.

Bukan semua entri kita tulis dalam blog itu akan buat pembaca suka. Ada yang tak berapa berkenan. Jadi komen dijadikan tempat untuk menegur dan meninggalkan apa yang dirasa, dan apa yang difikirkan. Terima mana yang baik, dan yang tak berapa nak baik itu dijadikan peringatan.

Agak-agak tak mahu orang komen, maka jangan buka ruang komen. Mudah. Tak perlu fikir. Tak perlu kusut.

Erkk .. oh ya, boleh salahkan tukang komen yang komen ntah apa-apa semata-mata nak tinggalkan URL spam blog mereka. Haaa .. yang itu patut kena tegur, bukan apa; nanti akan bawak masalah .. bukan masalah pada blog tersebut sahaja, malah pada kredibiliti si tukang komen. Bila dah kena spam, nanti kena blocked, lepas tu akan kehilangan blog. Susah tu. Sapa yang nak bertanggungjawab ye tak?

Tukang komen - sila komen dengan betul .. :)
Pemilik blog - jangan sentap dengan komen-komen diberikan.


28 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup.sebab tukang komen cume berkongsi apa yang mereka rasa kan :)

    BalasPadam
  2. hu3.. saya punya entri pasal soalan bocor spm tu, tukang komen siap riuh rendah bergaduh kat sana... hmmm

    BalasPadam
  3. ok faham dah Tuan HH, saya bila komen kat blog orang mmg senang 'ter'emosi tapi bila baca org komen kat blog sendiri setakat ni takde lah lagi tersentap lebih ke apa. dulu adalah bila dia kata 'kau tak layak la nak digelar blogger' masa tu i'm too young utk faham benda ni.. tapi la ni alah bisa tegal biasa

    BalasPadam
  4. betullah HH...kadang2 ada komen tu amat menyentuh sensitiviti...panas gak ...sbb tu apap2 komen kena tapi dulu..:)

    BalasPadam
  5. Yang penting tak kira sama ada tukang komen ataupun pemilik blog, hati mesti ikhlas dan jangan bersikap hasad dengki sudahlah.

    BalasPadam
  6. > komen Pedas <

    Ada rasa pedas x? he...23x

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  7. kadang-kadang takut nak beri komen sebab ada kang yang kecil hati....

    BalasPadam
  8. Sy punya post baru-2 ni ada yang orang tak puas hati . bergaduh dekat ruang komen . nak senang citer saya draft balik je post sy tu haha

    BalasPadam
  9. Assalam
    "Bagi mengelak dari dikritik, jangan bercakap apa-apa, jangan lakukan apa-apa, jangan jadi apa-apa" - kata Elbert Hubbar

    BalasPadam
  10. ada juga saya delete satu komen yang saya rasa tak sesuai akan kewujudannya...sbb komen tu berkaitan tentang ketidapuashatian dia terhadap satu pihak...

    BalasPadam
  11. kadang2 nk komen kat blog orang kene fikir dulu.. takot ada hati yang tersentap :)

    BalasPadam
  12. Ada blogger jenis memalukan blogger lain di dalam entrinya sendiri than linkkan entrinya tu ke entri blogger yang dikomen melalui entrinya tanpa pengetahuan blogger tu. Blogger yg camni, memang terus kena delete la komen2nya... sebab melibatkan banyak pihak. Dahla tak tanya dan tak usul periksa, terus serbu tak pakai helmet. So, better beware ngan komen atau entri nak dibuat kan sifu? mcm2 dunia blog ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena hati2 dalam dunia blog ... bukan semua benda indah belaka...

      Padam
  13. singgah sini abng hasrul, minta jasa baik untuk join segmen yang tak seberapa yang saya anjurkan.. :)
    http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-aku-blogger-malaysia.html

    BalasPadam
  14. selalu jugak nak komen kat blog orang. bila taip je, padam balik. takut tak sesuai. huhu

    BalasPadam
  15. Kalau komen dengan jujur tak ada masalah..yang masalahnya bila komen menggunakan anonymous, then bahasa juga kurang enak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sbb saya tak benarkan annon tinggalkan komen, banyak yang spam nanti.

      Padam
  16. err.. setakat ni belum pernah delete komen orang yang pedas-pedas (sebab tak banyak pengomen kat blog), tapi kalau delete komen di atas sebab-sebab yg lain selalu laa.. (flood, spam etc..)

    BalasPadam
  17. Komen tegur-tegur manja, tak kan lah sentap kut ? Tak stailo la kan ?

    BalasPadam
  18. Hmm...bila ada orang komen tu tandanya ada yang bagi perhatian dgn kita punya post. Rasanya tak perlulah nak tersentap tak kira komen tu kita suka atau tak.

    BalasPadam
  19. Kritikan merupakan suatu benda yang baik. Sekurang2nya kita dapat fikir mana silap kita dan betulkan semula.

    Tapi, kalau si pengomen suka kutuk2 saja nak memburukkan si blogger, buat2 tak nampak je komen tu...

    BalasPadam
  20. Kadang-kadang bila selalu dapat komen2 yang membina tu yang buat makin semangat untuk berblog. Tapi kalau komen2 kritikan tu bagus juga sebab bila kita balas kritikan tu dengan baik, pengunjung secara tak langsung pun nampak kredibiliti blog kita. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai-pandailah menilai komen yang ditinggalkan dalam entri2 blog. Berlapang dada, dan terima dengan baik, namun jika ada komen yang boleh mencetuskan sengketa, baik padam ..... itu lebih baik dari menyemarakkan kebencian.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement