Minima Tapi Banyak dan Berkesan
Cuba tengok widget perkongsian seperti di bawah ini.Banyak tu ... memanjang je ke bawah. Sebenarnya cara ini kurang berkesan, walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan lebih banyak pilihan untuk pengunjung berkongsi entri kita, maka adalah lebih baik. Tapi, dengan memberikan terlalu banyak pilihan, akan menyebabkan pilihan tersebut tidak dapat dibuat oleh pembaca entri blog kita.
Ala, macam pergi kedai yang jual murah-murah la, dah semua benda murah ... sampai kita tak tahu nak beli, lalu akhirnya keputusan tak dapat dibuat, langsung tak beli apa-apa. Yang rugi siapa? Tentulah kedai yang dok promosi jual murah.
Sama juga seperti dalam situasi di mana satu kedai tu buat jualan murah dalam banyak jenama. Kalau sesuatu jenama mahu mendapatkan paling banyak jualan, jangan jual murah ketika jualan murah, tetapi buat jualan murah ketika barangan lain mahal. Kan kan?
Kata lain, kita tidak memberikan pilihan terlalu banyak. Sempitkan dan hadkan pilihan tersebut. Apabila sudah kurang pilihan, nak tak nak .... mereka yang merasakan entri itu berbaloi dikongsi akan kongsikan menerusi platform yang telah sedia ada.
Dan bagi saya, di mana pembaca dan pengunjung blog ini kebanyakkan ada Facebook dan Twitter, maka dua platform ini menjadi keutamaan sebagai salah satu widget perkongsian sosial untuk entri-entri dalam blog.
Cuba lihat keberkesanan cara ini seperti yang ditunjukkan di bawah ini.
Inilah yang saya katakan minima tetapi banyak dan berkesan. Minima dengan kurang pilihan perkongsian, banyak kerana ramai yang kongsi entri tersebut di ruang sosial milik mereka ... dan berkesan kerana trafik semua entri yang dikongsi ini memang menakjubkan.
Kemungkinan ia akan lebih berkesan jika dan seandainya saya hadkan kepada Facebook dan Google+ sahaja.
Jadi, cuba hadkan pilihan.
gua pun guna 3 ni je
BalasPadambetul tu.. less is more
BalasPadamlebih baik fokus kepada golongan sasar sahaja!
BalasPadamPerkongsian yang pintar. Thanks.
BalasPadambenda tu dah cukup tak payah banyak2x...:)
BalasPadammacam mana ye nak letak fb,twitter ,semua tu???
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.