Udah jadi macam trend pula bilamana ada blogger baru yang kejar populariti. Dalam bab populariti ini, saya mahu tekankan beberapa perkara - popular sebab ramai pengikut, popular sebab ramai kenal, popular sebab blog ada trafik tinggi. Ini kategori popular yang ramai blogger Malaysia mahukan.

Ok. Nak popular tak salah. Tapi sejauh mana kepopularitian itu akan membawa anda? Apakah pengakhiran yang ingin anda terima? Mahu jadi pelakon? Mahu masuk majalah? Mahu jadi sifu blogger? Mahu jadi antara blogger yang dapat income lumayan dengan blog?

Populariti Blogger Bukan Jaminan

Hari ini popular tak jamin esok lusa akan turut popular dan berjaya. Seorang blogger yang berjaya tak semestinya popular. Itu dah banyak dibuktikan. Ada blogger yang cukup dikenali suatu masa dahulu, tapi kini senyap sunyi. Sebab? Ada banyak sebab ... tapi itu biarlah lain kali saya cerita.

Popular bukan jaminan akan kebahagian. Popular bukan jaminan berjaya. Popular hanya satu entiti dalam perjalanan hidup manusia yang akhirnya akan dilupakan.
Populariti Bukan Jaminan

Tak perlu nak tengok dan pandang jauh. Ada yang satu masa dahulu cukup popular, nama disebut-sebut, diangkat dijulang, diberikan pengiktirafan pelbagai ... tapi apabila masa semakin berlalu, populariti itu hilang ... dan apa yang tinggal? Hanya kenangan dan trofi serta anugerah berhabuk di atas rak yang usang. Dalam dunia blog .... popular .. keluar majalah ... dan majalah itu akhirnya jadi lunyai dan menjadi dambaan tokey surat khabar lama.

Hari ini esok lusa bolehlah nama dalam dunia blog diperkatakan ramai. Blogger itu manusia, akan sampai masa jari pun dah tak boleh nak angkat, apatah lagi menekan papan kekunci. Masa tu, populariti takkan berikan apa-apa dah.
Populariti Bukan Jaminan

Nak popular biarlah yang berikan sesuatu kepada dunia. Bukan kerana ada ramai pengikut, bukan kerana blog ada trafik tinggi, bukan kerana blog anda cantik menawan. Popular sebab anda berikan sesuatu kepada dunia blog, kepada pengunjung, kepada pembaca ... dan kepada agama, bangsa dan negara (perghh patriotik la pulak!).

Mahu jadi blogger popular, maka jadilah manusia yang berikan manfaat. Tak dapat berikan banyak, berikan sedikit. Semulia manusia itu adalah manusia yang boleh berikan kebaikan kepada orang lain. Dan blogger Malaysia seperti anda yang sedang membaca entri ini juga adalah manusia - yang asalnya terjadi dari tanah dan akhirnya nanti akan ke tanah.


p.s: Setiap hari saya menulis blog, dan setiap kali menerbitkan entri .. akan ada persoalan .."berbaloikah apa yang saya tulis ini?"


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya... apa yang anda katakan sangat benar. Sesuatu yang bermanfaat akan selalu berimbas positif pada kita selamanya...

    ReplyDelete
  2. selalu terfikir -- >"entry aku ni boleh bagi pahala tak?"
    beringat untuk hari kemudian :)
    cukuplah untuk kepuasan diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah terfikir pun nak kejar populariti dalam blogging ni abang HH... saya blogging kerana "passion" bukan kerana nak kejar populariti... tapi memang tak dinafikan memang ada sesetengan blogger yang memang mengejar populariti... kita boleh nampak dengan jelas....

    ReplyDelete
  4. takut juga..apa yg ayu tulis tu bawa saham dosa. huhu

    ReplyDelete
  5. tulis blog pun sekadar suka-suka.. =)

    ReplyDelete
  6. sangat berbaloi entri tuan hari ini.. ramai yang berfikir sejenak..!!

    ReplyDelete
  7. ikhlas dari hati penulisan HH ni

    ReplyDelete
  8. Saya menulis kerana passion dan kerana saham di akhirat...saya nak kumpul saham sebelum kembali kepada Allah. Takut saham tak cukup karang....

    ReplyDelete
  9. Setuju sangat,,,pada pendapat che mat, biar dalam keadaan sederhana, dan berusaha bukan untuk jadi popular, tapi berusaha agar nama kita tetap dikenang atas sebab2 perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk orang lain....

    ReplyDelete
  10. abang hasrulhassan . saya sangat suka dengan entri ini..buka mata and minda

    ReplyDelete
  11. Sy menulis sbb ingin menulis.. perkongsian utk kebaikan dunia & akhirat, in shaa Allah.. T kasih HH.. :)

    ReplyDelete
  12. Pesanan terakhir tu yg menarik perhatian saya.. fikir2 kan

    ReplyDelete
  13. setakat ini aiza tak pernah terfikir untuk mengejar populariti.. pernah juga terfikir, adakah penulisan hari ini memberi saham di akhirat kelak?

    ReplyDelete
  14. Popular pun biar dgn cara yg betul, bukannya dgn memijak org lain

    ReplyDelete
  15. kalau entri tu bermanfaat dapat bantu orng lain..gua ras aia berbaloi..dan kebanyak entri bro adalah yg bermanfaat..tak sia-sia bor menulis

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement