Program Affiliate Penipu!
Oh, ada wujud ke program affiliate penipu ini? Hmm .. memang ada. Tapi yang wujud itu bukanlah program affiliate sebenar. Ia hanya menggunakan perkataan affiliate untuk kaburi pandangan dan memerangkap ramai yang mencari cara buat duit online sahaja.
Affiliate - Cara Buat Duit Online Terbukti
Affiliate adalah merupakan antara cara paling popular buat duit online, terutama menerusi blog. Malah, program ini antara yang paling lama berada di dunia maya untuk mereka yang bersungguh mencari pendapatan sampingan menerusi internet. Awalnya dulu, program affiliate menggunakan pendekatan laman web dan juga list email. Dalam affiliate, siapa yang ada list .. maka merekalah yang akan dapat jana pendapatan lumayan menerusi affiliate.Namun, akhir-akhir ini banyak sungguh program affiliate menipu. Mana tidaknya, ia sebenarnya program mencari ahli semata-mata. Ahli daftar, masukkan duit ... dan duit itu pula digunakan untuk bayar ahli lain. Lebih kurang macam kutu tapi ini kutu haram, yang jadi kaya raya adalah pengendali kutu tersebut yang makan komisen atas usaha orang lain.
Beza Affiliate Sebenar dengan Affiliate Penipu
Jadi, bagaimana nak bezakan antara sebuah program affiliate yang sebenar dengan yang menipu ini?Mudah sahaja. Program affiliate adalah percuma!
Seandainya mana-mana program buat duit online yang dakwa itu adalah sebuah program affiliate, maka pastikan anda tidak perlu membayar apa-apa untuk sertai program tersebut. Jika anda pelru bayar apa-apa kos untuk sertai program affiliate tersebut, maka sah .... ia merupakan program affiliate penipu!
Jadi, awas ... jangan sampai anda menjadi mangsa kepada program affiliate penipu ini.
Bro, tahu tak program affiliate mudah yang boleh gua sertai? - andai ada yang bertanya.
Hmm .. paling terbaru adalah program affiliate IklanSticky. Ia program percuma, anda tidak perlu bayar. Hanya daftar dan anda boleh join program affiliate PPC (Pay-Per-Click). Jarang ada program affiliate PPC ini. Selalunya affiliate ada dua program iaitu PPS (Pay-Per-Sale) dan PPL (Pay-Per-Lead). Tak pasti apa itu affiliate? Baca di sini - Apa Itu Program Affiliate?
Jadi IklanSticky, merupakan satu program yang menguntungkan kerana dengan setiap klik yang terhasil menerusi link (selalunya banner iklan), akan diberikan bayaran sehingga RM0.15 bagi setiap klik. Terbaharu ... ia kini bernilai setiap klik RM0.019.
Jika anda belum daftar, boleh daftar percuma sekarang di sini - http://iklansticky.com/hop.php?ref=xpromo
Ingat ehh, jangan sampai tergoda dengan ciptaan hasil daripada program affiliate penipu ini. Affiliate cukup mudah, banyak usaha ... ada jualan, maka adalah hasilnya.
Assalamualaikum.....
ReplyDeleteMasalah penipuan pada sistem affiliate ini kemungkinan besar adalah sekumpulan individu yang sama, yang sebelum ini telah pernah menipu orang ramai dengan pelbagai skim. Mungkin juga mereka ini saki baki "geng skim cepat kaya".
Penyakit ini juga berlaku pada sistem MLM. Perbuatan sebegini akan merosakkan sedikit demi sedikit nama baik sistem yang pada asalnya dibina dengan penuh ketelusan.
Apa yang saya perhatikan sepanjang pengalaman saya, ada sistem perniagaan sudah baik dan lengkap tetapi dirosakkan oleh orang tengah atau ejen yang tamak... Maka contoh terbaik.., ada sebilangan masyarakat yang sudah memandang negatif pada model perniagaan MLM....
Artikel Berkaitan :
Petua memilih perniagaan berbilang aras (MLM)
Satu pencerahan yang baik, moga dapat dihadam oleh ramai orang untuk faham situasi berkaitan affiliate yang menipu ..
DeletePernah tanya Bro HH pasal ni..hehe
ReplyDeleteIklan Sticky tu bukan RM0.15 dah sekarang brooo .
ReplyDeleteRM0.025 sen dah.
ssh nk percaya mn yg betul..yg pasti klu boleh jgn kuar modal sendiri..hehe
ReplyDeletedh selalu sangat dah...bosan
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteMenakutkan jer
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAffiliate percuma ...tu sahaja, apabila kena bayar ... sah2 nipu tu
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteIni pertama kali saya memberi komen dalam blog ini. Saya sedang mengkaji program affiliate dan cuba menjerumuskan diri dalam dunia internet marketing ini. Jadi saya nk tanya, program affiliate memang percuma tp bagaimana pula produk affiliate itu. Kita memasarkan produk yang akan menipu orang lain. Adakah kita perlu bertanggungjawab jika orang lain membeli produk itu atas program affiliate yang kita buat yang mana affiliate itu tidak menipu tp produk affiliate itu yang menipu. Mohon penjelasan.
Salah satu cara untuk menjadi seorang IM yang bagus - bagi memasarkan satu-satu produk affiliate ialah dengan MEMBELI produk itu terlebih dahulu. Bila dah beli, barulah tahu samada ia produk yang bagus atau tidak.
DeleteJadi tanggungjawab seorang IM yang pasarkan produk affiliate ialah memastikan produk itu benar bagus dan bukan satu produk yang menipu. Saya sendiri pernah membeli satu produk affiliate ini dengan harga yang cukup mahal, tapi bila dah beli, saya dapati banyak produk dalam pakej tersebut tak boleh guna pun ...
Hanya jual sistem pemasaran sahaja ... :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.