Ramai usahawan kini sudah mengetahui dan sedar akan kepentingan mempunyai blog. Jadi, jangan hairan dari hari ke sehari, ada sahaja blog bisnes diwujudkan. Usahawan kini sedar bahawa blog boleh menjadi medium yang sangat efektif memperkenalkan bisnes mereka secara dalam talian. Namun, ramai yang buat blog untuk tujuan bisnes tidak mencapai apa yang mereka mahukan - iaitu jualan.

Tips Perkenalkan Bisnes Dengan Blog

Jadi, apakah tips yang boleh digunakan untuk membolehkan produk yang diceritakan di blog itu terjual? Bagaimana blog boleh bantu usahawan untuk memajukan bisnes mereka?

Pertama sekali, sebagai usahawan anda perlu tahu, blog asalnya diwujudkan untuk sampaikan sebuah penceritaan. Jadi, jangan lari dari konsep asal ini. Usahawan perlu gunakan platform blog untuk perkenalkan produk dengan cerita, bukan terus menjual secara hard sale. Lakukan soft sale iaitu dengan memikat pengunjung untuk mengetahui mengenai produk dan seterusnya melakukan pembelian.

Gunakan blog untuk dua perkara ini.
  • Menceritakan pengalaman menggunakan produk, samada dari diri sendiri (lebih baik) atau dari pengalaman rakan lain. Lebih menarik, jika anda dapatkan rakan blogger lain yang sudah menceritakan mengenai kebaikan produk tersebut menerusi blog mereka. Cara ini membolehkan tahap kepercayaan terhadap produk meningkat.
  • Menjenamakan blog bisnes anda. Anda perlu perkukuhkan jenama blog bisnes anda supaya dipercayai. Untuk melakukannya, cuba promosi blog anda terlebih dahulu, bukan produk yang anda jual. Apabila blog bisnes anda sudah punyai pengikut, pengaruh, dan pembaca ... barulah anda lakukan tindakan memperkenalkan produk yang ada dengan lebih baik, lebih efektif.

Setelah punyai cerita, anda bukan sahaja akan menarik minta pengunjung mengenai produk tersebut, malah jika pendekatan SEO Blogspot diguna-pakai, mudah-mudah je anda akan dapat trafik dari enjin carian, yang secara logiknya adalah mereka yang mahu masalah mereka diselesaikan - iaitu menerusi produk yang anda jual di blog.

Satu lagi tips, guna gambar anda sendiri, dan bukan gambar daripada syarikat yang membekal. Selalunya jika anda guna gambar sendiri untuk perkenalkan produk, terutama berkaitan pakaian, berkaitan makanan, ia lebih menyakinkan, dan memberikan takrifan bahawa anda 'memiliki' produk tersebut.

Harapnya dengan sedikit tips ini bolehlah anda perkenalkan blog bisnes anda dengan lebih baik, dan kemudian membuat jualan yang diinginkan.


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalam
    Terima kasih atas panduan ini ya Tuan HH.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih Zaza ... :) moga ramai usahawan ada blog sendiri

      Delete
  3. Bila ada blog komunikasi 2 hala akan terhasil

    ReplyDelete
  4. nice sharing semoga boleh dipraktikkan.....

    ReplyDelete
  5. Bagus tips ni, sedang mempraktikkannya. Terima kasih sifu.
    Eh, eh... blog sifu ni sentiasa ada pembaharuan dan warna yg ceria lah... Suka sy lihat. BTW, camana nak buat page tab statik mcm dlm blog sifu ni ya? Puas sy google tp takde rezqi terjumpa lagi. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Sharing yg bermanfaat, bro HH. Thanks.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement