Hmm... memang ada macam-macam cara nak tipu untuk dapatkan income menerusi 8Share dan ChurpChurp ini. Saya sendiri dah dedahkan beberapa teknik dan taktik. Dan ya, saya dah uji semua pendekatan tersebut. Memang berjaya dapat income yang cepat.
Tapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Jika didapati anda melakukan penipuan ini, jangan terkejut seandainya anda akan berhadapan masalah untuk keluarkan duit anda dari tabungan akaun ChurpChurp anda. Tatkala itu, kalau anda nak komplen pun tak guna, sebab memang sah anda tak baca terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Tipu Klik ChurpChurp Masih Berlaku
Ok. Antara cara penipuan ini dilakukan adalah dengan beberapa teknik di bawah ini.Menerusi Kontes, Peraduan atau Giveaway
- Peserta kena klik sesuatu link yang diberikan. Dan link tersebut merupakan link kepada iklan ChurpChurp. Dan ianya merupakan link kosong yang ditulis seperti ini - "Sila Klik Link1, Link2 ...."
Menerusi Banner Dalam Blog
- Banner tu letak gambar gadis cun meleleh dengan ayat mengiurkan, walhal apabila klik banner tersebut, terus ke iklan ChurpChurp. Imej pada banner tidak sedikitpun menggambarkan iklan ChurpChurp yang dipromosikan.
Menerusi Link Iklan Dalam Blog
- Ada yang menggunakan cara ini bagi mengelirukan pembaca blog. Mereka tulis ... "Dapatkan Kaedah Jana Pendapatan RM100 Sehari" tetapi bila klik pautan teks berkenaan, terus dibawa ke iklan ChurpChurp.
Menerusi Butang Close
- Apabila nak masuk ke blog tertentu, ada paparan yang halang, selalunya merupakan popup untuk Like Facebook, tetapi kini ditukar menjadi iklan ChurpChurp. Kalau iklan betul, memang tiada masalah; yang jadi masalahnya ialah, samada kita klik atau tidak, dan jika kita klik butang close, ia tetap akan bawa ke iklan ChurpChurp.
Menerusi Klik Mana-Mana Link dalam Blog
- Cara ini memang ada digunakan. Selalunya para pakar yang tahu mengenai script akan menggunakan cara ini iaitu apabila kita klik mana-mana pautan atau link dalam blog, ia akan membuka satu lagi laman iaitu laman iklan ChurpChurp.
Menerusi Banner PopUP ala Samseng Facebook
- Sama juga dengan cara butang close tadi, tapi kali ini ia akan memaksa pengunjung untuk klik iklan ChurpChurp sebelum dapat masuk baca entri blog.
Jujur saya kata, semua cara di atas pernah saya guna, dan saya memang tahu rahsia dan kaedah yang digunakan. Mengapa saya beritahu anda semua ini? Mengapa saya tidak gunakan untuk kepentingan saya?
Saya dah uji, dan saya dah lihat hasilnya. Memang cara-cara penipuan di atas berjaya menambah income menerusi ChurpChurp mahupun 8Share; tetapi itulah .. dah namanya menipu .. hari ni keluar duit, esok lusa nak lagi dan lagi dan lagi ..sehingga kita lupa bahawa apa yang kita dapat menerusi cara ini adalah tidak berkat.
Jadi, jangan ikut .... lebih-lebih lagi jangan ikut pendekatan yang saya sebutkan di atas tadi. Ia bukan berikan manfaat tetapi sebenarnya mudarat yang anda sendiri tak nampak. Jika dah nampak, oklah ... sila hentikan. Jika belum .... hmmm ... tepuk dada tanyalah iman anda.
p.s: Jika anda perasan, sekarang klik iklan dari blog untuk ChurpChurp dah kurang. Lebih banyak diperlukan untuk ahli promot di Twitter sahaja. Hanya klik iklan di Twitter sahaja akan berikan anda nilai RM untuk klik iklan.
Semoga mereka yang melakukan fraud click ini berhenti.
ReplyDeleteOh patut la tempoh hari masuk churp2 tgk macam pelik je sebab hanya share dekat twitter sahaja...
ReplyDeletewww.broframestone.com
Menipu tak berkat.
ReplyDeletetak pernah tau dan tak pernah buat pon...tak baikla macam tu...kawan2 singgah nak baca entry kita, kita kenekan mereka pula...huhuhu
ReplyDeletehmmm..buat apa cari duit cara tipu ni kan
ReplyDeletetak pernah memaksa untuk klik mana2 iklan di blog. Just promosi iklan dan offer saje hehe. Nak klik mesti ikhlas ... bukan sebagai pra-syarat utama.
ReplyDeleteX pernah ade pun churp2 ni, tp slalu juga kene paksa tekan member punya haha
ReplyDeleteJom Terjah : Bunuh Filem Melayu!
Alhamdulillah. Nasib baik ada orang yang menegur golongan-golongan macam ni...:)
ReplyDeleteramai yg masuk dalam GA..maaf..mmg saya xjoin GA mcm tu.. huhu..
ReplyDeleteIda pon join churp2 ni, share kat facebook. xde nak buat mnipu2 ni. kalau x nnti duit pon hasil menipu.
ReplyDeletethnks ats perkongsian..agaknya ramai yg xtau ^^
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.