Wanita Copywriter Mati Kerja 30 Jam!
Wanita berkaca mata ini bukan figura terkenal, tetapi kematiannya telah menjadi bualan hangat di laman sosial. Mengapa tidaknya, dia sangat komited dengan kerja sehingga sanggup berjaga hanya untuk memastikan kerjanya disiapkan. Dia dikatakan banyak menghabiskan masa di pejabatnya, yang merupakan sebuah agensi pengiklanan.Berdasarkan status di akaun Twitter milik Mita Diran; dia dipercayai menjadikan minuman tenaga untuk terus kekal berjaga. Oleh kerana terlalu banyak mengambil minuman ini, jantungnya telah berhenti berfungsi. Bapanya berkata, Mita Diran telah bekerja selama 3 hari dan ditemui pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pusat Pertamina. Manakala menurut rakan-rakan Mita, wanita itu sering mengambil minuman tenaga Kratingdaeng yang lebih dikenali di Malaysia sebagai Red Bull.
Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, didapati jantung Mita gagal berfungsi yang dikaitkan dengan pengambilan minuman bertenaga serta kafein yang berlebihan.
Jadi rakan-rakan semua, elakkan dari perkara seperti ini berlaku pada anda. Saya tahu ramai sekarang yang semakin kuat bekerja untuk mendapat pendapatan lebih. Tapi, kalau dah bekerja tanpa henti, tanpa rehat, tanpa tidur secukupnya ... lama kelamaan ia bakal membawa padah. Berpada-padalah.
Sumber: Akhbar Kosmo 22 Disember 2013
Setiap pekerjaan yang dilakukan ada hadnya. Kita perlu tidor, beriadah dan berehat yang secukupnya.
ReplyDeleteBetul. Aduh kalau boleh jgn lah over kan haih.
ReplyDeleteberpada pada lah ;)
ish..terlalu obeses ni..30jam tanpa rehat & tidur tak dapat nak bayangkan..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.