Perghh, keluar akhbar tu - blogger hiburan rembat artikel wartawan! Nampaknya, isu ini yang sebenarnya dah lama berlaku dalam dunia blog Malaysia sudah mula diketengahkan. Bukan sekali dua dah cerita mengenai blogger ambil jalan mudah ambil sumber tanpa kredit ini dipaparkan di selit-selit akhbar media arus perdana.
Isu blogger ambil artikel wartawan

Blogger Hiburan Rembat Artikel Wartawan

Harapnya janganlah jadi perang antara wartawan dengan blogger. Sebenarnya kerjasama boleh sahaja terjalin antara blogger dengan wartawan, serius boleh, sepertimana saya pernah bekerjasama dengan wartawan yang juga seorang blogger - Mazidul Akmal Sidek dan juga pengacara jelita - Rina Salleh.

Blogger Malaysia Masih Cetek Pengetahuan

Apa yang berlaku adalah blogger Malaysia masih lagi cetek pengetahuan mengenai etika dan cara betul berblog, semuanya terpengaruh kerana mahu jana pendapatan menerusi trafik blog. Ya, saya memang tidak menyangkal bahawa trafik blog itu penting, tetapi biarlah dilakukan dengan cara yang disenangi semua orang.

Elakkan ambil kesempatan hasil dari kerja orang lain yang penat jerih mendapatkan cerita. Paling tidak, sila karang entri sendiri dan berikan kredit yang sepatutnya. Anda sebagai blogger tentu akan rasa marah kalau entri dicuri, dan entri yang dicuri itu pula meletup dan berikan kelebihan pada blogger yang mencuri itu. Anda nganga .... yang mencuri itu gumbira ...

Dan lagi, diburukkan pula andai cerita dan kisah yang diambil itu diputar-belitkan. Jadi adu domba la pulak, uhhh apa ni .... kita tulis blog, tulislah benda-benda baik dan elok, sebab ia merupakan 'bukti' apa yang kita sampaikan kepada pengunjung.

Nak tempah saham ke neraka ke? Fikir-fikirkanlah. Kita manusia hidup esok lusa tak tentu hala lagi, jangan semakkan diri dan himpunkan aura tidak elok dalam diri.

Kredit: Kak Ina KL

p.s: Saya sendiri mengaku saya seorang blogger sepenuh masa yang masih lagi belajar cara berblog dengan betul.

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. penat wartawan tu tulis, blogger tu cedok camtu je..nak trafik sangat lah tu.

    ReplyDelete
  2. akhbar keluarkan rasa tidak puashati mereka pada kertas, begitu juga blogger keluarkan pada blog masing2.
    ada ketikanya wartawan juga lupa etika mereka buat kerja mudah dari google curi gambar blogger, pernah terjadi pada kak kujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kak kujie je, ramai lagi .... saya pernah tulis mengenainya sebelum ini.

      Delete
  3. hahah.. jadi blogger bende bende macam ni kena terima lah.. biasa la bende copy paste bro.. hahahah cd pun boleh kena cetak rompak..
    ni lah jadi kalau nk kejar trafik bukan sebb ikhlas.. hahah

    Tetikus.net

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy Paste biar kena cara, bukan tak boleh. Dan kalau boleh, jgn samakan blogger dengan lanun cetak rompak, sbb lanun cetak rompak ni banyaknya gangster ...

      Delete
  4. assalamualaikum hh...macam-macam skg ni masing2 berebut n mengata antara satu sama lain...tentu ada jln penyelesaiannya yg boleh kita lakukan daripada menyalahkan semua pihak...

    ReplyDelete
  5. tengoklah.. sampai bila nak copy paste..

    ReplyDelete
  6. Bkn susah pun nk letak kredit,bkn kena bayar pun kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasalnya .... mereka ni liat betul nak letakkan kredit.

      Delete
  7. Hamba pun mengambil sumber dari blog lain juga, tapi perlulah minta kebenaran, jika di benarkan, berilah backlink yang membawa terus ke pautan web yang asal sebagai kredit, artikal blog hamba pun pernah di cedok bulat2 tanpa kredit di berikan...

    ReplyDelete
  8. Hadoiii, macam-macam perangai manusia..-.-"

    ReplyDelete
  9. uikk.. seriau dengonya.. hope teman tak pernah lupa letak kredit pada berita2 yang diambil dan di copy.. hu3.. (risau terlepas pandang)

    ReplyDelete
  10. macam2 karenah manusia ni... nak popular dgn cara yg cepat tanpa mengira dosa pahala.. moga saya terhindar dari gejala mcmni.

    ReplyDelete
  11. pernah berlaku.. muja share job utk dye.. then bagi link entri yg muja dh huat utk panduan.. bila baca entri dia tu.. memula ayat dia tukar sikit sikit.. last last tu betuk sebijik ayat muja.. sedeyh giler.. trus determine tanak kongsi pape dah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement