Saya lihat ramai blogger terutama wanita berhenti berblog setelah berumahtangga. Ada kebaikan dan keburukan. Itu pilihan dan hak mereka. Saya pasti ada alasan mereka tidak lagi berblog dan menutup blog mereka yang sudah terkenal itu. Masing-masing ada pandangan dan pendapat, dan saya hormati atas pendirian kukuh itu.
Dulu Blog Mereka Dikenali Tetapi Kini Terkubur
Inilah dunia blog Malaysia. Kejap naik, kejap turun. Kejap dikenali lepas tu ... tuan punya blog dan blog pun tak tahu apa cerita. Ini bukan kisah satu, kisah dua, malah dah lebih berdozen yang begitu.Jadi, itulah, seperti pernah saya katakan, populariti dikecap hanya seketika, esok lusa tiada siapa yang tahu. Jika dulu, usaha sana sini untuk menaikkan nama blog tetapi last-last ... dibiarkan sepi dan akhirnya keluar 'Blog not found'. Sayang bukan?
Ada yang cuba nak naik, tetapi tak berjaya. Mereka tutup blog.
Ada yang dah dapat naik, dan mula dikenali tetapi .... mereka juga akhirnya tutup blog.
Segalanya tanpa diduga dan tanpa dirancang.
Maka, buat rakan-rakan blogger, tetapkan sasaran untuk tahun mendatang. Apa sebenarnya yang anda mahukan menerusi blog anda - populariti? anugerah? capai pendapatan online sendiri? mahu memberikan sesuatu kepada dunia?
Hilang lama, baru mengganti. Blogger baru bercambah mekar setiap hari. Persoalannya ialah samada mereka akan terus kekal, atau menjadi seperti rakan blogger yang saya katakan tadi.
Mahu menjadi blogger hebat? Cuba contohi Kak Kujie. Walaupun sudah boleh dianggap pangkat nenek, dia merupakan antara blogger yang terbaik - sentiasa kongsikan sesuatu yang menarik dan bermanfaat, dan terus terusan menabur jasa dan membuat budi sebagai seorang blogger sejati!
betul tu..patah semangat,kekangan masa..semuanya ada...
ReplyDeletecara bahagi masa nak berblogging tu penting...kalau tak kena gaya...memang selamat tinggal la dunia blog...
ReplyDeleteNak mula jadi blogger tu agak senang,tapi nak mengekalkan aktiviti terus berblogging tu yang payah.
ReplyDeleteminat berblogging sahaja yang memboleh blogger itu bertahan..
ReplyDeletesayangnya kalau blog dah dikenali di ttp pula...
ReplyDeletedianggap nenek ehh..apa pun berblog x mengenal usia..all the best semua :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.