Nampaknya ramai blogger yang dah lama dalam dunia blog sedang memperkatakan mengenai Google Pagerank. Almaklumlah, pihak Google baru sahaja kemaskini nilai pagerank laman web dan blog. Saya sendiri terlepas mengetahui perkara ini lebih awal. Apakah kedudukan Google Pagerank (PR) blog anda? Semakin naik? Semakin turun? Apa kesan kepada blog dengan perubahan nilai PR ini?

Blog saya masih tidak berubah nilai Google Pagerank, masih lagi di takuk lama.
Google Pagerank - Kesan Kepada Blog

Google Pagerank - Kesan Kepada Blog

Saya nampak banyak blog yang dulunya tidak ada PR, kini dah mendapat PR yang baik. Ada yang dapat PR1, ramai yang dapat PR2 dan tak terkecuali ada juga blog yang dah naik sehingga PR3. Tahniah buat mereka.

Nilai PR yang tinggi amat bagus, kerana ia menunjukkan bahawa blog anda ada kualiti. PR yang baik menunjukkan blog secara keseluruhan kurang entri copy-paste; tiada cedok sumber sana-sini dan ada corak persembahan yang unik dan tersendiri - yang dapat dikenal pasti oleh robot enjin carian terutama Google.

Bagaimana Perbaiki Google Pagerank?

Dalam memperbaiki PR ini, saya dapat simpulkan bahawa blog tersebut perlu dikendalikan oleh seorang blogger yang rajin. Iaitu rajin kemaskini blog dengan entri-entri berkualiti selain membina backlinks yang sesuai dengan tema dan niche blog. Kebanyakkan blog-blog biasa yang berjaya naik PR ini adalah daripada penulis blog yang rajin blogwalking dan komen di blog-blog lain, terutama di blog-blog yang sudahpun mempunyai PR yang cukup bagus.

Blog yang punyai PR yang baik akan membolehkan ia diberikan laluan mudah untuk disenaraikan di enjin carian. Malah, kalau berkaitan niche tertentu, ia akan berada di tempat pertama, kedua atau ketiga di laman pertama enjin carian.

Blogger yang mempunyai blog PR tinggi dianggap mempunyai kredibiliti dan dihormati.

Blogger yang mempunyai blog PR tinggi adalah blog mesti lawat dan mesti komen.

Blogger yang menjadi penulis kepada blog PR tinggi adalah blogger yang tahu apa yang ditulis dan diterbitkan.

Jika mahu kesan-kesan PR ini kepada anda, maka anda perlu jadi blogger yang rajin, serta perlu dan mesti menghasilkan blog yang punyai kualiti entri terbaik dan bukan main cedok sana sini.

Oh ya, anda perlu ingat ... blog PR tinggi tidak semestinya mempunyai ranking trafik yang tinggi. Jangan terkeliru pula ...

Syabas buat rakan blogger yang berjaya dapat PR dan memperbaiki PR blog masing-masing.

Kalau anda nak tahu kesan Google Pagerank ke atas SERP (Search Engine Result Page) boleh baca entri rakan blogger ini - www.khairulasrol.com


20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah, dah naik jugak.. nak terus perbaiki penulisan yg ada.. terima kasih utk ilmu ni Tuan HH,
    sblm ni tak pernah kisah pun pasal PR ni.

    BalasPadam
  2. Sy terkejut sb PR saya naik... trafik sy takla tinggi mana pun.

    BalasPadam
  3. saya punya PR 1....ada peningkatan....nice sharing mengenai info ini HH....

    BalasPadam
  4. Oh ye ke... Dapat lg ilmu baru pasal PR. Thankz bro

    BalasPadam
  5. N baru je cek PR.. Malu-malu meow pula nak naik.. huhu

    kene usaha lagi..

    BalasPadam
  6. tak pernah check pun sebelum ini.. tadi tengok ada PR1. alhamdulillah..
    terima kasih atas info ini.

    BalasPadam
  7. Akhirnya baru dapat PR1.. Baru start blog tahun ni. =p..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah... PR blog sy pun naik walaupun trafik tak tinggi.. :)

    BalasPadam
  9. alhamdudillah tuan. berkat selalu mengikuti dan menghayati apa yang tuan tulis, blog dah naik dari 0 ke PR3. Terima kasih tuan.

    BalasPadam
  10. baru tahu. check tadi PR 0 walaupun trafik tinggi

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum..bro HH,

    pr blog penting tp ranking alexa pun penting pape kedua2 kena seimbangkan. wasatiah... tp terima kasih bebanyak kerana byk curah ilmu kat sini. Budi tuan x dapat mselim3 membalasNya. Pasal pr blog nie mselim3 baca 3 kali baru faham betul2 .
    Mselim3 tgh usaha cara nak naikkan pr blog.

    Menurut pengamatan mselim3, pr cepat naik :
    1 - entry adalah original tanpa ada copy mana2 sumber. Ini kerana google nie tahu entry ori.. google pun nak tgk cara blogger mengarang...hehehe
    2- Setiap entry kena pastikan ada bg link kepada pr blog yg lebih tinggi. contohnya : kereta proton kena kasik laluan kat BMW. Ini secara tidak langsung akan menaikkan pr blog kita. pemberian link kepada blog lain mesti mempunyai niche yang sama.

    pape pun ilmu blogging mmg sentiasa berubah ikut semasa.

    mselim3

    pls: bro HH correct if wrong,,,, insan masih menuntut ilmu...

    BalasPadam
  12. thanks bro HH untuk backlink tu. tahniah naik pagerank 3 ye. blog berautoriti macam bro HH mesti dapat kelebihan daripada encik google. tahniah!

    BalasPadam
  13. Syukur PR adam pun naik jugak ^^V
    New Entri updated : "Kau Bercuti kat mana ? "

    BalasPadam
  14. Saya dapat PR1 untuk modal 2014 ,jadilah

    BalasPadam
  15. Terima kasih kena berkongsi ilmu yg bermanfaat khasnya blogger baru mcm sy :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement