Kaut Untung Blog Entri Sama
Hmm kaedah nak dapat duit online menerusi blog tu .. memang betul. Ada banyak blog, leh letak banyak iklan dari platform pengiklanan. Campur-campur earnings daripada blog-blog tu, busuk-busuk pun leh bayar bil internet .. ye tak?Tapi sayanglah, cara macam ini hanya akan buatkan dunia blog Malaysia dicemari dengan blog-blog sampah. Maaf kata, ini bukan isu baru ... malah sekitar tahun 2010 dulu, dah hangat diperkatakan mengenai blog-blog sampah ini. Semak je. Yang jadi kecewa adalah pengunjung blog. Mana tidaknya, nak baca entri ... tapi baca benda sama yang pernah mereka baca dari blog lain. Yang nampak catchy mungkin sebab tajuk entri tersebut yang disensasikan.
Blog sampah. Ya, memang agak keras. Tapi itulah hakikatnya. Seorang blogger boleh ada sehingga 5-10 blog yang semuanya blog guna pendekatan sama - copy dan paste. Mudah. Nama blog lain, penulis sama, entri salin bulat-bulat. Boleh kata effortless. Tak pernah dengar mereka mengeluh pun sebab tak ada idea nak tulis entri ...
Orang lain buat entri hasil idea dan fikir sendiri, berhempas pulas usaha nak naikkan blog. Andai kata budaya ini berterusan, ramai yang mahu blog mereka diketahui ramai tak dapat nak buat dah .. langsung kecewa, lalu tutup blog. Ramai kawan-kawan blogger yang dah tutup blog ... saya tahu dan saya nampak.
Sebab nak kaut untung, nak buat income menerusi blog punya pasal, ada buat jalan mudah. Kasihan rakan blogger yang ada passion tinggi nak menulis blog kerana minat sebenar.
Macamana nak dapat respect, macamana orang nak tabik dengan kita, jika kita tak layak untuk mendapatkannya. Maka, elakkan dari menghasilkan blog yang dihasilkan sebab nak untung sorang-sorang ni .... elakkan jadi penyumbang kepada lambakan blog sampah yang ada dalam dunia blog Malaysia.
p.s: Saya dulu penulis blog sampah, serius cakap ... tapi bertahun berblog tak hasilkan apa-apa, jika ada pun kejap je .. lepas tu? Hmm .... jangan buat kesilapan yang telah saya buat ...
Sangat setuju bang. Saya perasan benda ni. Masa awal2 berjinak sekitar 2008/2009 dulu, isi blog di Malaysia lebih berilmu. Penulis berilmu, pengomen berilmu, pembaca bertambah ilmu. Sekarang, gayanya seakan duk share status FB sahaja. Maaf cakap, yang komen pun disebabkan nak "pertalian" kunjung-mengunjung tak putus, memaksa diri untuk komen juga walau sepatah "good". Bagus memastikan perhubungan antara bloggers erat..tapi bagi saya, saya cukup hargai dan sangat mengharapkan komen y membina bukan yang membunga saja. Thanks sebab approve komen ni.
ReplyDeleteBerkemungkinan mereka ini hanya sekadar ingin mengikut untuk berblog..hanya terikut-ikut sahaja..tanpa mempunyai matlamat tersendiri semasa menghasilkan blog..dari www.tepakku.com
ReplyDeleteInilah yang mahu diperbetulkan, jangan terikut-ikut. Nanti masalah yang wujud dewasa ini akan menular dalam dunia blog.
Deletefenomena ni saya dah nampak pada 1 blogger yang mula meningkat naik dengan membuka banyak blog tapi kandungan entri bukan saja banyak entri copy paste tp kebanyakkan sama jer dalam setiap blog dia. biarpun dia memilih konsep blog informasi.. tapi rasanya berblog dengan ikhlas. keikhlasan dia menyampaikan informasi tu dah tak nampak biarpun infomasi dia pada saya kadang2 berguna cuma tu la.. kalau niat & cara tu baik.. 1 blog tu dah cukup untuk sampaikan informasi tak perlu bukan 5 - 10 blog semata2 nak meraih pendapatan lebih tp isi setiap blog sama je. yup setuju dengan gelaran blog sampah
ReplyDeletetabik spring dengan entry ini..
ReplyDeleteNak buat blog banyak - banyak lah haha
ReplyDeletesaya ada terbaca juga beberapa entri yang memang sama 1 artikel ..copy paste 100%..ish ish ish...
ReplyDeletebetul3..
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteBanyak kali jumpa sedemikian rupa
ptt la sy penah bce 2-3 blog ayat yg same..xpenah terpikir kemungkinan penulis nye same..sy cume pikir maybe copy paste org lain punye...erm sy berblog dh lame...sjak zaman study tp lebih kpd personal blog..time tu setting "private"...cume thn ni baru open to public... =)
ReplyDeleteminat tulis blog...tp pengisian lbh kpd hal2 diri sndiri yg sy fikir mungkin satu ari nnt ade pengajaran yg sy bole kutip dr sejarah idup sndiri..or skdar kenang2an di mse akan datang =)
Assalammualaikum...bro HH,
ReplyDeleteBlog copy paste nie.. mmg tak pernah berkesudahan...
mselim3
setuju dengan entri ini, copy paste satu hal, satu lagi saya juga kurang gemar dengan penggunaan bahasa atau ayat "merapu" yang kita susah nak baca apa lagi nak sebut.cthnya jew,skunk dan macam-macam lagilah..
ReplyDeletesaya tak kisah jika blog tu perkongsian peribadi... dapat juga bertambah kenalan... tapi bila blog informasi boleh dikatakan hampir semua isi yang sama..... copy paste.... pada pendapat saya lebih baik jika kita ulas isi blog rujukan dan cuba beri pendapat menggunakan ayat sendiri... lebih genuine orang kata... sekadar pendapat saya... =)
ReplyDeleteblog informasi memang ada yang copy paste, kesian jika tidak di beri kredit asal.. tetapi pada saya jika pada saya tidak memberi kesan kepada blog saya kira ok walaupun dia hanya mencuri gambar ataupun maklumat..
ReplyDeletekalau nak ckp pasal copy paste..memang penomena blog skerang..
ReplyDeletekadang 2...langsung tiada yg di edir..full2 di copy
myb dia setakat nak dpt income berdasarkan perkongsian ilmu yang di share dr blog lain..huhu
setuju sangat dengan entri ni. Ramai orang yang berblog tapi copy dan paste artikel orang bila tak ada idea nak tulis. Lebih parah lagi tak berikan kredit pulak tu....memang sampah!
ReplyDeletebelajar dari kesilapan..ada blogger tertentu suka copy paste berita @ informasi yang sama jalan ceritanya abgi meraih populariti.,...
ReplyDeletewalaupun visitors ramai tetapi blog macam tu tak ada sentuhan peribadi, pengiklan akan mengelak blog seperti itu...
ReplyDeletejadi, fikirlah keuntungan jangka panjang
blog2 informasi la selalu sangat ada entri copy paste ni...ayat memang sebiji2 salin bulat2...dan lagi satu blog macam tu memang penuh iklan...nak kaut untung ke apa?
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.