Majlis Walimah Tarikh Bertindan
Situasi serba salah akan berlaku jika; saudara mara sebelah saya ada majlis sama dengan saudara mara sebelah isteri. Kalau ikutkan pangkat dalam kekeluargaan, memanglah kena lebihkan pada saya sebagai suami. Tetapi, atas dasar seorang suami yang melihat hubungan keduanya perlu dijaga, maka mesti usaha lakukan sesuatu agar hati dua pihak tidak terguris.'Anak Buah' Mendirikan Rumahtangga, Jauh di Terengganu Maka Hadir Majlis Sebelah Perempuan di Perak
Lagi-lagi zaman sekarang yang sangat mudah fitnah berleluasa, kalau silap caturan, mungkin sampai terbibitkan dendam kesumat. Oh tanak jadi begitu.
Tips Pilih Hadir Majlis Walimah
Jadi, selalunya andai ada majlis 'berprofil' tinggi terbabit, saya dan isteri akan lihat .... walimah itu babitkan siapa. Jika pertaliannya agak jauh, maka bolehlah diletakkan dalam senarai terkebawah. Andai pangkat keluarga yang buat walimah tu lebih tinggi, maka jadilah ia walimah yang perlu hadir.Contohnya, cucu saudara bernikah sebelah saya, dibandingkan dengan sepupu sebelah isteri - maka saya akan jadikan hadir majlis perkahwinan sebelah sepupu sebagai keutamaan.
Contoh lain, jika anak saudara sebelah isteri bernikah, dibandingkan dengan anak saudara sebelah saya bernikah ... maka perlu lakukan pembahagian, isteri pergi rumah sepupunya, dan saya pergi sebelah sepupu saya. Atau paling tidak berbahagikan masa - pergi masa nikah atau pergi semasa majlis kenduri.
Itu cara saya, agar memastikan majlis walimah tarikh bertindan tidak membawa kepada masam muka dan hasad dengki.
Anda pula bagaimana? Ada tips lain?
Tips itu antara yang terbaik...
ReplyDeletekalau area dekat2, CN akan pergi jer semua walaupun 5 jemputan, tapi kalau jauh, mungkin akan ikut priority ...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.