Apa guna menulis panduan blogger andai blogger sendiri tak praktikkan, apatah lagi kepada tuan punya blog itu sendiri? Penting andai saya menulis mengenai sesuatu tips, apatah lagi mengenai panduan menulis blog untuk blogger, saya akan praktikkan.

Ada blogger yang skeptikal yang meragui akan kredibiliti seseorang penulis blog yang kongsi petua, panduan dan tips tertentu. Seperti contohnya, saya menulis blog ini untuk dijadikan panduan buat blogger blogspot Malaysia, tak guna saya berdekah andai apa yang saya tulis tidak dibuktikan terlebih dahulu.

Panduan Blogger Tak Berguna

Saya lebih suka menguji apa sahaja yang saya ingin kongsikan, samada widget, tips, tutorial ... apa sahaja ilmu pengetahuan yang saya dapat sebelum saya kongsikan kepada yang lain. Kerana apa? Supaya saya dapat meyakini anda bahawa apa yang saya kongsikan ini terbukti dan bukan cakap kosong yang saya buat semata nak tarik trafik.
Panduan Blogger Tak Berguna

Banyak tips dan panduan telah saya terbitkan, lebih daripada 3000 entri berkaitan ilmu dan panduan blogging yang melibatkan platfom blogspot. Dan kesemuanya ini telah menjadikan blog ini seperti adanya sekarang - berada dalam ranking Alexa antara terbaik di Malaysia, bantu beberapa rakan blogger menjadi blogger berjaya - samada trafik, menaikkan pengikut, menjana pendapatan dan sebagainya. Dan pernah berada antara top 3 MSMW2013 blog pendidikan pilihan di Malaysia.

Saya Bukan Sifu atau Pakar

Saya bukanlah pakar atau sifu blogger. Tetapi, saya cuba berikan apa yang saya tahu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman cetek saya. Kalau tidak, apa guna ada ilmu jika tidak praktik dan kongsi kepada orang lain? Allah S.W.T sendiri anjurkan penyebaran ilmu yang baik.

Menjadikan anda seorang blogger terbaik adalah misi saya tahun 2014. Misi 2013 telah banyak saya capai, antaranya berjaya mendapat komisen lebih RM500 dalam program affiliate, berjaya menyewa tapak iklan dalam blog sehingga RM500, berjaya membuat cashout di ChurpChurp dan 8Share lebih daripada RM300; berjaya capai pageviews 5 juta sebelum akhir tahun, berjaya menang contest lumayan (menang ipad mini) dan banyak lagi.

Ingat misi saya tahun hadapan, menjadi anda blogger berjaya. Tak kiralah apa jua kejayaan anda, walau kecil mahupun besar, sudah cukup menggembirakan dan buktikan apa yang telah saya lakukan selama ini ada berbaloinya terhadap blogger Malaysia. In Sha Allah.

Dan sebagai penutup, terima kasih kepada mereka yang telah berikan saya sokongan dalam dunia blog ini.

Assalammualaikum..bro HH, adalah blogger otai yg kaya dengan ilmu2 yang tersendiri... unik dan ada keistimewaannya. santai ... - mselim3 

OhBlogger ada dalam senarai bloglist Sharifdez. Selalu teruja dengan penulisan Bro HasrulHassan. Banyak ilmu selalu dikongsi. - sharifdez.blogspot.com

masa mula-mula join benda blogging nih, memang xdak blog lain dah saya jadikan rujukan, dari dulu sampai ler sekarang. boleh tengok entri 100 hari dan 365 hari saya berblogging. tahniah HH.. pencapaian hebat nih! - www.cikguhailmi.com

Tahniah MH, love reading this blog coz lots of information for newbies + noob blogger haha. Moga diperbanyakkan lagi perkongsian bermanfaat di masa akan datang :) - Kyle

Jujurnya saya selalu je jadi silent reader kat sini, godek2 entri lama tuan. Mencari kekuatan ilmu yg ada kat sini utk dijadikan rujukan utk terus perbaiki kekurangan blog yg ada. Anak murid mesti kena ada cikgu sbb setiap langkah tu pasti akan ada benda baru yg kita jumpa. Dan pastinya proses pembelajaran takkan pernah terhenti. Dan lagi satu.. dalam setiap entri2 tuan HH, takde satu pun ayat yg bangga diri atau megah serta riak. Semuanya low profile.. kita yg membaca pun rasa yeah sini lah tempatnyya.. - babyaimacomel.blogspot.com/

Blog ini antara blog rujukan saya yang terawal untuk belajar tentang trafik ke blog. Banyak maklumat baru dan mengguna Bahasa Malaysia standard. Saya pun masih belajar untuk improve ranking alexa ini. Tahniah tuan. - nashfesyen.blogspot.com

... dan ramai lagi yang tak dapat saya balas sokongan dan penghormatan ... terharu dan menguatkan azam.


p.s: Blog ini telah berjaya hasil bantuan dan ilmu oleh ramai rakan blogger hebat, dan saya ingin jadi sebahagian dari mereka yang banyak bantu blogger lain. Moga impian ini dicapai.




10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Harap terus memberi sokongan kepada saya sebagai blogger yang baru. Tq atas sokongan OH selama ini.

    BalasPadam
  2. Tahniah blog rujukan no1 di malaysia..

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian ilmunya. moga Allah murahkan rezeki bro HH n dipermudahkan urusan olehNya. yumida selalu refer sini utk panduan blog. semenangnya banyak membantu. beroleh pengalaman drpd perkongsian pengalaman bro HH sendiri.

    BalasPadam
  4. Assalam
    Antara blog yang penuh dengan info dan panduan berblog. Semoga Tuan HH terus maju jaya. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang melimpah ruah di sini dari Tuan HH.

    BalasPadam
  5. Teman jarang komen sini, tapi cukuplah teman bagi tau yg teman cuma sekadar silent reader.. xpe kan HH?

    BalasPadam
  6. senang dan mudah didampingi antara kelebihan blog hh menjadi perhatian

    BalasPadam
  7. tahniah bro. mogo misi tahun dpn akan berjaya. :)

    BalasPadam
  8. blog HH merupakan blog yang penuh ilmu dab dapat digarapkan kat dalam blog saya......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement