Terang jelas tak mengapa blog perlu pilih pembacanya? Saya fikir tak perlu kot nak ulas lelebih pasal benda tu. Anda boleh fikir sendiri, dan buat kesimpulan akan kebenarannya.
Sekarang, mari lihat apakah tips yang boleh anda praktikkan untuk memilih pembaca blog.
Pilih Pembaca Blog Melalui Tajuk Entri
Anda perlu menulis entri yang berkaitan dengan pembaca, misalnya anda mahu menarik minat pembaca blog anda tersendiri dari kalangan ibu bapa, maka buat entri-entri berkaitan dengan keibubapaan dan kekeluargaan. Tajuk entri sangat penting di sini, letakkan pilihan pembaca anda terus dalam tajuk entri, contoh - 3 Tips Buat Ibubapa Dapat Anak Cerdik atau Bercuti Santai Ibubapa dan Anak.Jika anda mahu pembaca remaja membaca blog anda dan menarik mereka menjadi pembaca setia, maka buatlah entri-entri berkaitan remaja. Seperti saya katakan tadi, terus masukkan kata kunci 'remaja' itu dalam tajuk entri anda. Contohnya - Tips Untuk Menjadi Remaja Solehah atau Bagaimana Kulit Muka Remaja Halus?
Dengan terus meletakkan sasaran pembaca di tajuk entri, anda akan menarik golongan yang diperkatakan itu, lalu terus mereka mungkin akan menjadi pembaca setia blog anda. Dengan syarat, anda mesti banyakkan entri-entri seumpamanya.
Ala .. macam anda nak beli majalah kat kedai; anda tentu akan tengok majalah yang ada kaitan dengan diri dan minat anda kan? Jika anda seorang remaja, anda akan cari majalah yang ada papar cover diri seorang remaja kacak dan cun, kemudian anda lihat 'menu' hadapan yang ada ... seperti tips untuk remaja, fesyen untuk remaja, kisah cinta dan sebagainya. Dan anda lihat, tajuk-tajuk rencana itu pasti akan selitkan kata kunci untuk menarik perhatian mata anda membacanya.
Pilih pembaca blog anda dengan tips meletakkan kata kunci atau pilihan pembaca anda di tajuk entri. Satu tip yang saya fikir sangat mudah untuk anda praktikkan.
Good idea! Thanks!
BalasPadamBoleh pelbagai entri...
BalasPadamTak pernah terfikir pulak... but, so true.... :)
BalasPadamSy akan cuba mantapkan entri & penulisan dgn tips ini. Thx HH!
BalasPadamBetul kena ada sasaran setakat ini kalau ada tips pasal anak saya buat entri
BalasPadamTuan, macamana dengan blog yang temanya pelbagai? Apakah perlu juga memberi pengkhususan pembaca dalam setiap entri?
BalasPadamthanks HH :D
BalasPadamT kasih diatas perkongsian tips HH.. :)
BalasPadamterima kasih tuan. tips yang berguna!
BalasPadamnice tip...saya banyak buat tip mengenai tentera dan perajurit muda....
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.