Mencari SEO Mudah untuk blogspot? SEO (Search Engine Optimization) - Optimasi untuk enjin carian; membolehkan entri-entri dalam blog anda berada di dalam enjin carian. Sebenarnya, sebagai seorang blogger yang mahu apa yang dikongsi tersebar luas; perlu sekali menggunakan pendekatan SEO ini dalam membuat dan menulis entri.

SEO Mudah Buat Blogger Blogspot

Ada beberapa cara mudah untuk anda sebagai seorang blogger blogspot menggunakan cirian SEO ini. Paling mudah ialah dengan mendapatkan template blogspot yang telah tersedia ciri-ciri ini. Anda hanya perlu tweak sedikit atau melakukan ubahsuaian kecil bagi memantapkan lagi blog dengan SEO.
Tips SEO Mudah Blogspot

Cari Template SEO

Bagaimana nak cari template blogspot sebegini? Cara saya ialah dengan Google perkataan ini - Free Blogspot Template SEO atau Template blogspot SEO. In Sha Allah, anda akan jumpa beberapa template yang bersesuai yang sudah lengkap dengan ciri SEO ini.

Tulis Entri SEO

Keduanya ialah menulis entri yang ada ciri-ciri SEO. SEO ini berkaitan dengan kata kunci atau keywords. Kata kunci ini selalunya adalah perkataan atau ayat yang sering disebut atau ditulis dalam blog; dan untuk lebih baik mesti ada kaitan dengan URL blog atau tajuk blog anda.

Contohnya, saya menulis mengenai panduan dan tips blogging. Jadi dalam setiap entri di awal perenggan pertama akan saya selitkan perkataan tersebut, atau mungkin URL berkaitan dengan panduan dan tips blogging. Dalam entri tersebut, saya ulang perkataan yang sama, samada dalam tajuk kecil (h2/h3 tag). Namun, pengulangan perkataan yang sama kadangkala boleh membuatkan entri anda diangap sebagai Spam Keywords, jadi untuk elak, variasikan kata kunci tersebut.

Contoh nak variasikan kata kunci adalah dengan memperbanyakkan kata imbuhan atau kata terbitan daripada kata kunci tadi. Atau boleh mencari perkataan sama makna dengan kata kunci tersebut. Contoh, saya tulis entri dengan tajuk - Tips Meningkatkan Pageviews Blog .... kata kunci saya ialah tingkatkan pageviews ... boleh divariasikan menjadi petua naikkan trafik, panduan pageviews meningkat dan seumpamanya.

Ini adalah dua cara mudah yang saya fikir ramai blogger blogspot Malaysia boleh lakukan. Ada banyak lagi panduan dan tips SEO blogspot; anda boleh godek sendiri dalam blog ini.

Saya harap informasi serta tips ini dapat bantu lebih ramai blogger terapkan ciri-ciri SEO dan membolehkan entri masuk dalam enjin carian dan berikan manfaat buat semua.


26 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya percaya panduan ini sangat berguna untuk kami sebagai blogger yang kekal baru

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...bro HH.

    perkongsian yang menarik dan boleh dipraktikkan...

    mselim3

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Terima kasih, semoga beri manfaat pada mereka yang praktiikan... in Sha Allah.

      Padam
  4. Paling senang kan cari template SEO jer..kan?

    BalasPadam
  5. hope dijadikan panduan untuk semua bloggers......

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Belajar perlahan-lahan, sekejap2 nanti saya keluarkan ulangkaji buat semua

      Padam
  7. Salam blogger HH, teman nak cuba tukar template tapi tak reti cara nak tukarkan.. lepas dah copy free seo template tu nak buat camne lak yea?

    BalasPadam
  8. terima kasih atas tips yang dikongsikan. sangat bermanfaat untuk saya yang sangat naif tentang SEO ni..hehe~

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas entri yang amat berguna ni. Akan diusahakan.

    BalasPadam
  10. thanks for sharing..hopefully membantu utk blogger baru cam saya..tqvm

    BalasPadam
  11. assalamu'alaykum.
    saya tak faham dan tak reti nk tukar template utk blog saya

    ummumardhiah81.blogspot.com

    saya dh try download template yg mjdi pilihan, then apa langkah seterusnya?
    tolong saya mcmna nk buat SEO blog?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, selepas dah download .. anda kena muatkan atau upload ke blog anda... ada butang upload ...

      Padam
  12. Free Blogspot Template SEO dah saya gunakan, hanya belum terlalu bisa memvariasikan kata kunci di dalam artikel. Masih harus terus belajar...

    BalasPadam
  13. serius ini lah sebenarnya keyword penting utk blogging... berbanding bayo beriban2 pastu xbuat apa-apa :P :P

    BalasPadam
  14. Tips yang sangat bagus, rasanya pakai Wordpress pun boleh juga kan?

    BalasPadam
  15. T.kasih diatas maklumat yang sangat berguna ini, dan saya dh semak blog saya ....sedey sungguh. Hanya 25% sahaja...
    Banyak yg saya tak faham ...H1,H2, meta tag, frame, Iframe...
    Kalau tuan boleh terangkan saya amat berbesar hati....moga tuan dimurahkan rezeki

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement