Al kisahnya meter sudah terlebih 25,000 KM; sebelum jadi apa-apa yang tidak diingini, maka saya perlu melakukan servis berkala pada kenderaan. Saya merupakan pelanggan setia di Pusat Servis Nissan Bandar PERDA, Bukit Mertajam ni. Alhamdulillah, servis di sini bagus dan saya suka. Ada sebab lain kenapa saya suka melakukan servis kenderaan di sini ... baca entri ini sehingga habis untuk tahu mengenainya.

Servis Nissan di Bandar Perda Bukit Mertajam

Memiliki kenderaan bermakna anda ada tanggungjawab khusus kepada kenderaan anda. Anda mesti memastikan kondisinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Bukan apa, jika ada masalah kelak, yang bakal pening kepala adalah anda sendiri, ye tak?
Servis kereta di TCEAS Nissan di Perda
Sempat juga buat draf untuk blog saya
Badan pun ada masa perlu rehat. Apatah lagi sebuah kenderaan buatan manusia. Lagipun kenderaan seperti kereta yang diguna hampir setiap hari. Sebelum kereta tak semena-mena masuk ke bengkel kereta, lebih baik buat pencegahan perlu. Fikir, dari berhabis beribu kerana enjin dah lepuh, timing belt putus, bateri kong, enjin rosak dan macam-macam lagi, biarlah beratus dikeluarkan bagi memastikan enjin kereta, pengendalian dan segala mengenai kereta berada di dalam tip top, ye tak?

Menyesal sekarang kejap je, jangan menyesal kemudian yang boleh buat jadi tak tentu hala.

Saya punyai kereta jenis Nissan. Dan saya memang menggunakan pusat servis Nissan yang berdaftar. TCEAS Nissan di PERDA adalah destinasi saya apabila mahu melakukan servis berkala. Buat masa ini, belum pernah terlepas, cuma had je sudah terlebih daripada sepatutnya. Saya pergi ke TCEAS Nissan supaya saya dapat barang ganti berkualiti dan original, serta memastikan khdimat servis dijalankan oleh mereka yang benar-benar pakar mengenainya.
Servis kereta di TCEAS Nissan di Perda
Anak saya dok layan TV skrin besar yang ada di ruang rehat

TCEAS Nissan di PERDA memang bagus. Dalam ruang rehat, ada Wifi dan ada minuman percuma. Malah ada TV skrin leper dengan rangkaian Astro tersedia. Minuman percuma ada pelbagai, ada Milo, ada Nescafe, ada teh tarik. Ada sejuk, ada panas. Dan kalau masa-masa tertentu pula, ada biskut dan makanan ringan disediakan.

Apa yang dibuat oleh mereka adalah untuk memastikan pelanggan yang dah pernah datang, akan datang lagi. Disediakan semua keselesaan ... pelanggan seronok ... terus pikat untuk buat servis lagi.

Maka, kalau anda berblog, anda perlu juga lakukan seperti apa yang TCEAS Nissan ni buat. :) Itupun jika mahu mereka yang singgah di blog anda untuk datang lagi..... lagi .. dan lagi..


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya hantar kereta di pusat servis perseorangan jer, kalau di pusat servis kenderaan tertentu nie cajnya tinggi sikit....

    BalasPadam
  2. Pusat servis nissan memang terbaik.. kalau di pusat servis Batu Pahat ni.. siap ada sediakan charger utk kita charge hp atau smatrphone sementara menunggu kereta diservis.

    BalasPadam
  3. Pusat servis nissan memang terbaik.. kalau di pusat servis Batu Pahat ni.. siap ada sediakan charger utk kita charge hp atau smatrphone sementara menunggu kereta diservis.

    BalasPadam
  4. cadangan pusat servis yang bagus..boleh cuba nanti..terima kasih...dari..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement