Servis Nissan di Bandar Perda Bukit Mertajam
Memiliki kenderaan bermakna anda ada tanggungjawab khusus kepada kenderaan anda. Anda mesti memastikan kondisinya sentiasa dalam keadaan terbaik. Bukan apa, jika ada masalah kelak, yang bakal pening kepala adalah anda sendiri, ye tak?Sempat juga buat draf untuk blog saya |
Menyesal sekarang kejap je, jangan menyesal kemudian yang boleh buat jadi tak tentu hala.
Saya punyai kereta jenis Nissan. Dan saya memang menggunakan pusat servis Nissan yang berdaftar. TCEAS Nissan di PERDA adalah destinasi saya apabila mahu melakukan servis berkala. Buat masa ini, belum pernah terlepas, cuma had je sudah terlebih daripada sepatutnya. Saya pergi ke TCEAS Nissan supaya saya dapat barang ganti berkualiti dan original, serta memastikan khdimat servis dijalankan oleh mereka yang benar-benar pakar mengenainya.
Anak saya dok layan TV skrin besar yang ada di ruang rehat |
TCEAS Nissan di PERDA memang bagus. Dalam ruang rehat, ada Wifi dan ada minuman percuma. Malah ada TV skrin leper dengan rangkaian Astro tersedia. Minuman percuma ada pelbagai, ada Milo, ada Nescafe, ada teh tarik. Ada sejuk, ada panas. Dan kalau masa-masa tertentu pula, ada biskut dan makanan ringan disediakan.
Apa yang dibuat oleh mereka adalah untuk memastikan pelanggan yang dah pernah datang, akan datang lagi. Disediakan semua keselesaan ... pelanggan seronok ... terus pikat untuk buat servis lagi.
Maka, kalau anda berblog, anda perlu juga lakukan seperti apa yang TCEAS Nissan ni buat. :) Itupun jika mahu mereka yang singgah di blog anda untuk datang lagi..... lagi .. dan lagi..
saya hantar kereta di pusat servis perseorangan jer, kalau di pusat servis kenderaan tertentu nie cajnya tinggi sikit....
BalasPadamPusat servis nissan memang terbaik.. kalau di pusat servis Batu Pahat ni.. siap ada sediakan charger utk kita charge hp atau smatrphone sementara menunggu kereta diservis.
BalasPadamPusat servis nissan memang terbaik.. kalau di pusat servis Batu Pahat ni.. siap ada sediakan charger utk kita charge hp atau smatrphone sementara menunggu kereta diservis.
BalasPadamcadangan pusat servis yang bagus..boleh cuba nanti..terima kasih...dari..www.tepakku.com
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.