Peniaga Online Menipu Pelanggan
Ramai yang merungut bahawa terdapat peniaga online ini yang menipu pelanggan-pelanggan. Memang tidak disangkal, malah dalam laman-laman online yang terkenal seperti Mudah.my, Lelong.com.my dan sebagainya memang ada 'ahli-ahli berdaftar' yang buat onar seperti itu. Produk dah dibayar, tapi tak sampai-sampai.Itu kes paling buruk, kes-kes kecil lain seperti barang dijanji tidak sampai pada waktu sepatutnya, barang sampai kurang kualiti, produk diberi tidak seperti diiklankan dan macam-macam lagi juga turut berlaku. Bukan satu dua kes, banyak sebenarnya.
Barang Online Selalunya Murah
Jadi, entri kali ini, saya nak kongsikan tips untuk beli barang mudah secara online. Murah? Ye, murah sebab saya tahu ramai yang suka beli barang online sebab ianya memberikan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran biasa yang kita nampak.Contohnya, macam Iron Steam yang isteri saya beli seperti gambar di bawah ini. Jenama Phillips. Harganya adalah separuh dari harga jualan biasa. Dan harga jualan biasa bagi produk sama ialah lebih daripada RM1500 seunit! Dah la tu, beli dari luar negara pula tu, dan boleh dibayar secara ansuran. Berbaloi tak?
Tips Beli Barang Murah Secara Online
Tips Beli dari Blog Niaga atau Blogshop
- Jika mahu membeli dari blog niaga atau blogshop, pastikan anda dah blogwalking ke blog-blog tersebut untuk membuat perbandingan harga bagi produk yang sama.
- Pastikan blog-blog niaga itu ada pendaftaran syarikat, alamat, email mahupun nombor telefon untuk dihubungi. Ini bagi membolehkan anda dilindungi dengan undang-undang terhadap sebarang penipuan.
- Lihat tarikh post setiap entri berkaitan produk. Jangan beli produk yang diterbitkan pada tarikh yang dah berkurun lama.
- Bookmark blog tersebut di pelayar internet anda untuk rujukan kemudian hari. Ini juga bantu anda untuk mendapatkan produk dengan lebih murah dan buat perbandingan dengan lebih baik.
- Hubungi pemilik blog niaga tersebut untuk bina keyakinan dan kepercayaan. Cara ini juga akan bantu anda untuk dapatkan harga diskaun dari blog tersebut.
- Jika pemilik blog ada Facebook peribadi atau Google Profile, add sebagai rakan.
- Langgan newsletter blog niaga tersebut untuk terus mendapatkan entri terbaru mengenai produk yang dijual. Selalunya harga awal produk adalah lebih murah.
Tips Beli dari Facebook
- Beli dari Facebook yang anda lihat ramai yang LIKE dan ada butiran mengenai pemilik atau peniaga tersebut.
- Lihat post-post dalam Facebook tersebut, kadangkala ada post yang boleh anda dapatkan harga produk dengan harga jimat.
- Jika ada kontest atau giveaway, turut serta dengan aktif. Ini membina hubungan antara anda dengan pemilik Facebook tersebut.
- Seperti juga blog, anda perlu pergi ke beberapa page Facebook lain untuk bandingkan harga produk.
- Catitkan alamat, email atau nombor telefon pemilik atau peniaga Facebook tersebut.
- Lihat butiran setiap gambar produk yang disediakan, jika ada diberikan, berikan keutamaan, jangan beli daripada peniaga Facebook yang tidak berikan butiran produk seperti harga, cara bayaran, cara pos dan sebagainya.
Tips Beli Barang Murah Secara Online secara Am
Secara amnya pula, untuk membeli secara online, anda perlu kenalpasti siapa yang menjual. Adakah dia seorang penjual yang dihormati dan diyakini? Lihat pada komen-komen atau review yang ditinggalkan (jika ada).Saya harap tips ini dapat membantu membeli apa yang ada inginkan secara online, serta mengelakkan dari kena tipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Oh ya, lagi satu .. belilah produk hasil recommendation daripada mereka yang sudah membeli atau yang ada buat review mengenainya. :)
saya jrang bli on9, sbb lebih suke tengok brg dpn mata
ReplyDeletebeli barang online memang murah dari kedai..yang penting survey bgs2 dulu.. :)
ReplyDeleteSaya beli online brg yg belum jual di kawasan saya...yang pastinya ia berbaloi
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya beli online untuk produk yang susah nak dapat di pasaran sahaja. Ataupun, barang yang tak begitu mahal. Kalau berlaku penipuan pun, tak rasa ralat sangat walaupun semua orang tak nak kena tipu.
Serius, tips dalam entri ni sangat membantu.
beli barang online memang berbaloi kalau kena cara..tambah2 time hujung tahun ni mmg banyak sale dan promosi...
ReplyDeletetak suka shopping online... lebih suka pegang, lihat dan cuba.. (tipikal sgt... hehe.. ) tapi ada juga brg yg dibeli secara online... cuma tak selalu...
ReplyDeletecn selalu beli barang online, blogshop best untuk barang baby adalah fabulousmom, regular customer dekat situ...hehe
ReplyDeletegood tips..:)
ReplyDeleteboleh search nama/emel penjual di google.. senang nak detect kalau ada bad review dari pembeli..
ReplyDeletetips yg berguna..tq :-)
ReplyDeleteWife saya pun biasa beli brg online tapi dia akan baca review dan comment dari buyer. Ada jugak yg dia beli direct dari overseas like Korea dan Singapore. Alhamdulillah barang sampai dengan selamat
ReplyDeleteSaya hanya bli barang online dari syarikat-syarikat berdaftar seperti lazada dan beberapa kedai di lelong.com.my yang ada physical store. Setakat ni alhamdulillah baik.
ReplyDeleteBeli online ni memudahkan...cuma so far kita lebih prefer real buying..tengok try and beli kalau puas hati...
ReplyDeleteAda yang COD .. :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemuja pernah kena tipu masa nak beli hp dulu.. serik giler.. ratusan kot.. sobssss
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.