Lelaki. Disebut sahaja akan terbayang akan kekuatan, kekacakan dan kemachoan. Jarang bila disebut lelaki akan terbayang warna pink, gincu, gaun ataupun handbag. Lelaki memang dizahirkan begitu - yakni kuat dan bertenaga. Malah, dilihat sebagai calon pemimpin berkaliber dan berkarisma. Itu adalah first impression buat lelaki.

Lelaki Zaman Sekarang Dah Lembik?

Tetapi, lelaki zaman sekarang tak macam lelaki zaman dahulu. Dulu, lelaki boleh tebang pokok dengan kapak batang sebesar pemeluk, tapi sekarang dah jarang nampak lelaki segagah ini. Buktinya, dah banyak produk ubat kuat buat lelaki dihasilkan. Mengapa ini berlaku? Adakah kerana lelaki sekarang dah lembik dan tidak punyai kekuatan seperti lelaki zaman Hang Tuah dan Hang Jebat?

Apa yang saya nampak, lelaki zaman sekarang macam saya dah tak amalkan perkara-perkara yang disarankan oleh para ilmuwan dan ulamak silam. Malah, dalam hadis dan Quran pun banyak petua mengenai kesihatan dan kekuatan lelaki yang sudah tidak diamalkan.

Daripada kita dok berbelanja ntah apa-apa beli produk ubat kuat itu ini, apakata ikuti petua yang telah diberikan oleh Imam Syafie - ulamak tersohor dunia Islam yang diangkat sebagai salah satu daripada mazhab yang empat.
Tips Untuk Kuatkan Tenaga Bagi Lelaki

Empat Perkara Menguatkan Badan

  1. Makan daging
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Berpakaian dari kapas
Bab makan daging, pastinya perlu makan daging yang halal dan segar. Elakkan makan daging yang dah lama - dalam disimpan dengan menggunakan ais. Kalau mahu simpan daging, salaikan ia untuk tahan lama.

Haruman mestilah haruman yang halal dan tidak beralkohol. Dunia Islam ada wangian yang hebat dan tersendiri unik. Malah, ia menjadi antara pencetus revolusi haruman seluruh dunia. Haruman bukan setakat memberikan kesegaran pada tubuh, tapi ia membolehkan diri kelihatan bersih dan penuh keyakinan.

Kerap mandi biarlah menggunakan air yang sejuk dingin. Elakkan mandi air panas yang sebenarnya membuatkan tubuh badan jadi lemah. Kata anak saya, cikgu dia pesan ... nak kuatkan jantung kena mandi dengan air sejuk, itu sebab anak saya boleh mandi air sejuk di kedinginan Bukit Fraser. Dan kekerapan mandi dikaitkan juga dengan kekerapan kita ambil wudhuk. Malah, ada pendapat yang mengatakan mandi perlu 5 kali sehari bagi memastikan tubuh sentiasa segar dan bersih.

Pakai pakaian daripada kapas bukan mitos yang sengaja dibuat-buat. Pakaian dari kapas menyelesakan tubuh badan. Peluh dapat diserap, dan tubuh akan sendirinya lega dengan sejuk peluh yang 'terlekat' di pakaian kapas. Pakaian kapas menjadi pakaian utama di negara-negara Arab yang kita tahu memang beriklim panas; jadi tentu banyak kelebihannya.
Tips kuatkan tubuh badan menurut Imam Shafie

Jika anda lelaki, cuba ikuti panduan dan tips untuk kuatkan tenaga dan tubuh badan ini. Ini bukan petua sebarangan, ini petua daripada orang yang pakai dalam halnya. Walaupun Iman Syafie tak tunjukkan bukti saintifik, tetapi apa yang dikongsikan ini sebenarnya merupakan sunah yang telah diamalkan sejak berzaman lamanya.


13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualaikum... bro HH,

    perkongsian yang menarik.. thanks bro..

    mselim3

    ReplyDelete
  2. mandi dengan air sejuk memang bagus...tak paham kenapa orang suka mandi dengan air panas...

    ReplyDelete
  3. hmm.... tidak berani nak komen banyak,

    ReplyDelete
  4. semoga anak2 lelaki kita jadi lebih baik

    ReplyDelete
  5. makan daging pun salah satunya..ohho..gitu

    ReplyDelete
  6. Lepas ni kena selalu mandi dan bila nak solat pakai wangian. Mudah nak amalkan cara ni. Iman Syafie antara ulamak terhebat. Memang semua ini banyak bercirikan sunnah yang di ajarkan oleh baginda Nabi SAW. Kena amalakan perkara ini insyallah akan dapat manfaat kan. Terima kasih Bro HH atas tips ini.

    ReplyDelete
  7. daging selalu gak makan... cuma wangian je tak pernah pakai... tp masih kuat eheheheh sbb pakai dodoren kot ekekek

    ReplyDelete
  8. Panduan yang disenaraikan baik juga untuk pelajar dalam menguatkan ingatan terhadap mata pelajaran yang memerlukan kepada hafalan (kekuatan minda).

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement