Bangun seawal jam 6:30 pagi, mereka bertiga dah bersiap sedia dengan beg sekolah dan pakaian sekolah. Walaupun pakaian bukan pakaian baru, tapi mereka tetap bersemangat nak jumpa kawan lama dan baru.
Sarapan dua beradik sebelum pergi ke sekolah |
Zikri, 6 tahun di Prasekolah Sek. Keb. Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Penang |
Anak saya nombor dua, ke sekolah tadika 6 tahun sama sekolah dengan abangnya. Sebelum ini dah 2 tahun bertadika di Tadika Perpaduan, jadi bila masuk tadika atau prasekolah di Sekolah Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, memang ok sahaja. Walaupun ada kala nampak ada perubahan wajah pelik, tapi alhamdulillah, Zikri anak saya nombor dua ni cekal dan kekal bersemangat sehingga habis kelas jam 12 tengahari.
Maira mendaftar hari pertama Tadika Islam Perak Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak |
Maira, anak perempuan saya yang mulanya berat nak masuk ke kelas, akhirnya dapat sesuaikan diri dengan baik. Malah, kami (saya dan isteri) tiada masalah tinggalkan dia di kelas walaupun ia merupakan pengalaman pertama berjumpa kawan-kawan baru di sekolah. Kami sepakat masukkan Maira 4 tahun ke Tadika Islam (Kerajaan Negeri Perak) disebabkan anak saya ni agak lincah dan sudah ada cerdik akal dalam beberapa perkara.
Anak Sekolah Dapat RM100 15 Januari 2014
Nasib baik tak perlu tunggu lama, jadi masih ada kesempatan untuk melunaskan bayaran persekolahan anak-anak terutama yuran. Yuran sekolah Tadika Zikri tahun ini kena bayar RM110, dan Maira di Tadika Islam dalam RM200.
Walaupun pendidikan perlu dibayar dewasa ini, tetapi subsidi dan bantuan dari kerajaan masih ada untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
Sekolah penting. Pendidikan perlu. Jangan abaikan walau sesempit mana keadaan ekonomi kita.
p.s: Tips pakaian sekolah - kalau ada rakan-rakan sepejabat atau jiran yang anak sekolah serupa, beli sahaja daripada mereka. Jimat dan tak perlu susah payah mencari dah.
Alhamdulillah..semoga bantuan yg diberikan,dpt membantu golongan2 yg tidak berkemampuan...
ReplyDeletesyukur
ReplyDeletealhamdulillah..seronok tgk budak2 masuk sekolah.. :)
ReplyDeleteHmm memang seronok tgk keletah dan gelagat anak2 kecil ni.
DeleteAlhamdulillah.. bab pakaian tu, ada betulnya. Saya dulu pun jarang dapat baju baru.
ReplyDeletealhamdulliah..dpt meringankan beban kan
ReplyDeleteIn Sha Allah, ramai yang menunggu RM100 ini.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.