Ok. Persoalan sekarang, apakah yang sebenar yang diperlukan oleh Putrajaya. Yelah, memandangkan lokasi bangunan tu ada tempat kosong kan .. jadi eloklah disewakan atau disediakan kemudahan yang lebih bermanfaat bagi penduduk Putrajaya.
Mari lihat apa yang tiada di Putrajaya.
Apa yang Putrajaya Perlukan?
Workshop kereta? Kata adik ipar saya, di Presint 15 ada banyak pusat servis, ada Proton, Perodua, Toyota.
Perpustakaan? Ben Ashaari dalam entrinya ini - Pusat Ilmiah Putrajaya Satu Impian menyatakan hasrat akan perlunya sebuah perpustakaan yang serba lengkap dan moden serta aktif. Saya dah baca entri tersebut dan buatkan saya kagum dengan apa yang ada di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Mungkin Putrajaya perlukan tempat ilmiah seperti ini untuk muda mudi, remaja malah warga Putrajaya yang lain.
Kredit: Ben Ashaari |
Tempat sukan dan riadah? Hmm banyak dah rasanya. Sampai ada yang tidak berjaya dan digunakan sepenuhnya. Taman awam pun banyak di Putrajaya.
Zoo? Hmm patut ada ke di kawasan Putrajaya? Zoo mungkin tak sesuai kot. Tak tahulah pada anda.
Muzium? Yang ini saya tak pasti ada ke tak di Putrajaya. Tapi istana ada. Mungkin satu hari nanti apabila nak bina istana baru, yang ada sekarang akan jadi Muzium pula. Keperluan muzium sebenarnya ada kalau kita tengok bahawa Malaysia sebenarnya banyak warisan dan khazanah yang perlu diketahui oleh orang kebanyakan. Mungkin sebuah Muzium Islam atau Muzium Sejarah Kerajaan Melayu.
Tempat memancing yang percuma untuk kaki pancing. Hehehehe..jangan marah ya. Banyak kes warga Putrajaya kena tangkap dan denda sebab memancing di tasik-tasik terlarang. Kalau yang ada, kena bayar ... jadi kaki pancing mungkin perlukan tempat seperti ini. Dan lagi, boleh jadi kawasan untuk keluarga bersantai dan berpiknik di hujung minggu sambil si bapa tongkat dagu tunggu ikan makan umpan.
- Tempat memancing di Putrajaya yang boleh anda cuba - Klik (dipromosikan oleh seorang pemancing wanita terkenal di Malaysia yang juga seorang blogger)
Tempat shopping? Rasanya apa yang ada sudah cukup. Banyak sangat kang .. pembaziran boleh berlaku tanpa sedar .. hehehe.... jangan marah ye kaum Hawa.
Tempat makan di Putrajaya pun saya nampak ada berlambak. Saya datang ke Putrajaya, pasti akan berlainan tempat makan, cuma yang jadi bezanya ialah harga. Kalau ada tempat makan yang murah-murah macam gerai-gerai setempat pun ok.
- Saya dan famili suka makan kat sini (klik) kalau lepak di Presint 19
Putrajaya Perlu Jadi Bandaraya Manfaat Warganya
Secara kesimpulannya, Putrajaya perlu menjadi sebuah bandar yang memberikan manfaat khusus kepada warganya dan rakyat Malaysia amnya. Ia mesti tampil sebagai ikon sebuah bandar pentadbiran sebuah negara Islam, perlu menjadi sebuah bandaraya ekonomi yang tidak menekan, menjadikan ilmu dan Islam dalam teras pembangunan.Belajar kan sejarah dunia? Lihat nama-nama tamadun hebat dan bagaimana ianya diingati dalam lipatan sejarah. Jika kita belajar, maka kita akan tahu.
p.s: Saya suka sejarah dan geografi ... walaupun tak pernah score, tapi buku sejarah antara buku suka baca. Peta ... selalu dapat menerusi National Geographic. ...
rasa kat putrajaya paling banyak pembaziran eletrik dah la bangla ja yang ada
BalasPadamDulu, semasa saya terlibat dengan kajian trafik di Malaysia, saya dimaklumkan bahawa sistem lampu jalan di Putrajaya adalah sistem peka aktiviti, jika ada kenderaan baru ada lampu.
Padambetul.. bazir letrik... actually kat putrajaya jer dah ada 3 library awam tau, kat pusat kejiranan, tak ramai pun yg datang... tayah bazir buat library besar camni, cukup sekadar yang ada :)
Padamikon keislaman...
BalasPadamstesen minyak shell~~~hihihihi...\
BalasPadamtempat memancing percuma tu, sangat2 setuju. baguih tu! cuma masalah kebersihan je yang kena dititikberatkan. maklum la sikap rakyat malaysia ni macamana kan...
BalasPadamHmm masalah kebersihan ni ... masih lagi di tahap yang tak berapa bagus
PadamPutrajaya...habis hutan-hutan yang ada kat situ:p
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.