Saya dan rakan-rakan media yang turut serta dalam pelancaran Pakej Tourail ini telah diberikan kesempatan merasai pengalaman selama 3 hari dua malam di Homestay Gopeng, dan telah diberikan keluarga angkat sebagai salah satu tarikan dalam pakej ini.
Ketibaan kami di awal pagi, atau lebih tepat lagi jam 1.00 pagi disambut penuh mesra oleh penduduk Kg. Sungai Itek, Gopeng yang menjadi 'tuan rumah' kepada lebih 40 orang peserta. Disambut dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W; kami yang hadir dengan sedikit kelesuan terus jadi segar bugar dan excited untuk bertemu dengan bakal keluarga angkat masing-masing.
Majlis penyerahan anak angkat dan keluarga angkat berjalan dengan baik sekali. Walaupun ringkas, tetapi majlis tetap meriah.
Saya bersama dua rakan lagi, iaitu saudara Amri (seorang sukarelawan Tourism Malaysia dan pakar Rafting Jeram Gopeng) dan Nawawi (peserta dari Negeri Sembilan) telah diserahkan secara sukarela kepada Encik Mustakim, seorang pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Daerah Kinta.
Saya dan dua rakan lagi memang bertuah, kerana Encik Mustakim bukan sahaja berpengalaman dalam selok belok hal hutan, tetapi berpengetahuan luas dalam sejarah Perak terutama dalam sejarah kewujudan masyarakat Melayu Rawa (Rao) yang merupakan penduduk terbanyak di kawasan Gopeng dan Kampar, Perak.
Disebabkan oleh itulah, kami bertiga menghabiskan masa sehingga jam 3 pagi untuk merasa kagum akan segala pengalaman dan pengetahuan unik yang diceritakan oleh Encik Mustakim. Belum pun sehari, kami sudah menimba satu pengalaman dan pengetahuan yang cukup berharga.
'Homestay' milik Encik Mustakim, rumah angkat saya ni... |
Bab itu, nantikan entri seterusnya daripada saya.
Untuk info mengenai pakej Rail Tourism ini, anda boleh layari laman web Rail Tourism Association Malaysia (RTAM)
mcm best jer
ReplyDeleteleh tahan homestay kluarga angkat bro tu.. cozy !
ReplyDeleteContest SEO Car Stickers Malaysia
Haaa itulah yang menariknya ..hehehehe
Deletepernah join sekali je program anak angkat dekat Kedah masa belajar haritu. mmg best (y)
ReplyDeleteseronok berpeluang ada keluarga angkat :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.