Hinakah seseorang itu seandainya dia seorang banduan?
Ini adalah persepsi salah yang kebanyakkan masyarakat kita terapkan. Saya boleh katakan, adakala bekas banduan itu lebih elok adabnya, lebih elok peribadinya, lebih hebat tuturnya, lebih tahu akan dosa dan pahala dari ramai kita yang tidak pernah sekali jejak dan masuk tirai besi.
Saya ada kenalan yang pernah masuk penjara. Malah, saya pernah berada duduk bersila di sebelah seorang bekas banduan yang pernah meringkuk selama belasan tahun dalam penjara di dalam sebuah masjid di Pulau Pinang. Ketika itu, aku sedang mengikuti seorang rakan belajar yang mengajak untuk keluar tiga hari bersama jemaah Tabligh.
Lelaki itu, sudah disisihkan oleh keluarga. Lalu, dia ambil keputusan untuk ikuti jemaah Tabligh. Dia biasa berpuasa 3 bulan berturut-turut, dan ketika saya bertanyakan kepadanya mengenai masa depan, dia berkata dia sedang mencuba untuk menjadi seorang tahfiz walaupun dirinya sudah lewat usia. Banyak kerut di dahinya yang tampak lebam hitam, pakaiannya nampak lusuh tetapi bersih. Tutur katanya agak perlahan dan lembut tetapi butirannya jelas.
Itu pengalaman peribadi saya. Ada banyak cerita lain lagi, tapi seperti kata saya di awal tadi, selagi pemikiran dan tanggapan kita terhadap bekas banduan tidak dibetulkan, saya cerita lapan juta kali pun takkan ada terkesan.
Halaqah di Penjara Kajang - Kredit: Shakiddo |
Dulu, kita fikir ini - Masuk penjara adalah untuk orang jahat. Tetapi, sekarang kena fikir - Masuk penjara adalah untuk orang perbetulkan kesilapan dan kesalahan.
Penjara di Malaysia ini bukan sekadar berfungsi sebagai perlaksana hukuman, tetapi ia juga adalah satu institusi yang membimbing dalam memupuk kesedaran, keinsafan serta memperkasa modal insan agar dapat kembali di atas jalan yang benar seterusnya memanfaatkan pengetahuan yang ada untuk kebaikan diri banduan apabila dibebaskan. - Khir Khalid
Belajar lagi mengenai kisah bekas banduan dan penjara sejahtera ..... di sini (klik). Buat ingatan diri sekali lagi, dan buat semua yang membaca, kita manusia ... esok lusa pasti mati; sampai bila kita mahu berprasangka buruk? Ntah-ntah nanti, apabila kita disemadikan, yang akan berada di saf depan sholat jenazah, dan yang akan bantu jenazah kita masuk ke kubur, adalah mereka yang sebelum ini pernah ke penjara ....
p.s: Kalau jadi kat orang lain, memang kita akan pandang jelik ... tetapi jika berlaku pada diri sendiri bagaimana?
yang perlu kita ketengahkan adalah.. perananan kita sebagai masyarakat dalam penerimaan mereka yang telah insaf keluar dari penjara.. untuk menjalani kehidupan normal.. agar mereka tak kembali membuat kesalahan lampau.. :)
ReplyDeletekdg2 yg dipenjarakan ni betul2 bersalah ke? tp syg dah dicop sebagai pesalah.. yg betul2 bersalah dan benar2 ingin bertaubat juga terus dipersalahkan dan dicop banduan.. sedangkan masyarakat sekelilinglah yg seharusnya memberi galakan dan sokongan agar mereka tidak terjebak lagi dgn jenayah.. tak mustahil akibat tekanan dihina dan disisihkan mereka kembali terjebak lagi.. jadi di sini siapa yg harus dipersalahkan??
ReplyDeleteKebanyakan bekas banduan boleh dikatakan semua dah insaf lepas keluar daripada penjara.. Tapi penerimaan masyarakat terhadap bekas banduan masih amat mengecewakan, yang menjadi salah satu faktor bekas banduan kembali terjerumus ke dunia jenayah.. Sepatutnya masyarakat terima la dgn baik bekas banduan..
ReplyDeleteKat dalam penjara memang banyak pengajaran dan didikan yg diorang dah terima.. Memang ada bekas banduan yang jauh lebih baik daripada kita semua.. Cuma kena betulkan minda masyarakat supaya bekas banduan ni bila dia dibebaskan dia masih boleh bergaul dan diterima dalam masyarakat.. dgn cara tu dapat elak dia kembali ke kancah jenayah..
banduan, x semestinya dia jahat. x semestinya dia x boleh tobat. x semestinya dia jahat selamanya :)
ReplyDeleteassalamualaikum.
ReplyDeletemanusia boleh berubah jadi baik atau jahat atau 50/50. manusia sebenarnya boleh terjebak dengan masalah begini.
bila dipenjara baru terasa insaf, dan terus berfikir
"adakah aku diterima ibu bapaku?"
"adakah aku diterima sahabat handaiku?"
"adakah masyarakat sekeliling berpandang serong kepadaku?"
Banduan pun manusia, bukan haiwan bukan tumbuhan. berilah dia peluang untuk berubah.
insya-Allah, dia rasa lebih bersemangat untuk berubah :)
Bukan semua banduan jahat. Kadang-kadang sebab terpaksa mereka jadi macam tu. Kita rasa kita yang baik ini. Bantulah mereka untuk jadi baik macam yang kita fikir. Jangan selalu pandang hina kepada seseorang. Kita tak tahu nilai kita pada pandanagn Allah, baik atau sebaliknya.
ReplyDeletejika benar2 salah dan bertaubat kita ahli masyarakat perlu support. tidak ada manusia yang lahir ke dunia ini minta jadi jahat
ReplyDeletePenjara adalah hukuman didunia yang belum pasti keadilannya, Hukum Allah SWT jua yang maha adil. Oleh itu tiada hak untuk kita menghina banduan kerana Allah SWT itu lebih mengetahui...
ReplyDeleteKita yg sebaik2 manusia yg tidak pernah dilabelkan sebagai penghuni penjara sepatutnya lebih bijak menilai dgn hati dan budi. Penghuni telah menerima hukuman mereka dgn cara pemulihan ilmu agama yg cukup dan menghadiri bengkel2 kemahiran sert akademi utk membantu masa depan penghuni selepas tamat hukum...
ReplyDeleteBerikan peluang utk memperbetulkan kesilapan demi keluarganya kebaikan kita semua
Subhanallah walhamdulillah... peranan msykt dlm memberi peluang kedua selepas mereka bebas adalah satu peranan yg amat besar yg perlu digalas oleh setiap dari kita dengan hati yg terbuka agar kita mereka tidak terjerumus kembali ke arah yg salah. Semoga seluruh kita juga beroleh keberkatan & dpt mencapai kehidupan mskt yg sejahtera.. aamiin. T kasih saudara HH.. bnyk perkongsian saudara yg sgt bermanfaat buat saya.. amat saya hargai.. :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsikan pengalaman Khir ....
Deletetak semua tapi perli diambil serius. Galakkan dia serta motivasikan dia untuk lebih berjaya
ReplyDeleteYang penting adalah pengakhiran, tak kira sebaik atau seteruk mana pun kehidupannya sebelum itu...
ReplyDeleteBetul tu Wafi, apa yang penting ialah apa yang dilakukan untuk pengakhiran hidup di dunia
DeleteSemua ini berkait rapat dengan mentaliti masyarakat malaysia amnya. Kebanyakkan org lebih suka berfikiran negatif drpd yang positif.
ReplyDeletebagi saya seorang banduan atau bekas banduan telah menerima balasan terhadap jenayah yang mereka lakukan? jadi mengapa kita sebagai masyarakat harus mengasingkan mereka daripada menjalani kehidupan secara normal?bagi saya mereka juga patut diberi peluang kedua untuk membina kehidupan yang lebih baik...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Ayah saya merupakan bekas banduan dan telah pergi menghadap Ilahi ketika dia berada di penjara Kajang dan sempat dibawa ke hospital Kajang kerana sesak nafas akibat penyakit Tibi yg dihidapinya tetapi polis menangkap nya kerana dikatakan mengambil dadah sedangkan dia tak bersalah. Malah, semasa ustaz memandikan jenazah nya di hospital Tuhan telah tunjukkan kekuasaannya di mana ustaz tersebut menceritakan dia tidak pernah memandikan jenazah banduan penjara semudah ini dah wajah nya seperti bercahaya dan semasa pengkebumiannya segala lancar dan dipermudahkan orang sendiri tidak percaya bahawa itu ayah saya kerana wajahnya sangat putih bersih berbanding apa yg saya lihat ketika kali terakhir melawatnya di penjara sebelum raya tahun lepas. Tetapi sampai sekarang saya dan keluar tidak dapat memaafkan pihak polis akibat kejadian ini. Ayah saya tidak dijaga dgn betul ketika di dalam penjara sedangkan dia sakit tenat. Badannya sgt kurus ketika kali terakhir saya melawat. Semasa saya mendapat panggilan telefon mengenai pemergiannya dari pihak polis, saya tak tahu macam mana Nak beritahu mak, adik yang tengah belajar di matrik dan cara macam mana Saya Nak ambil adik di sekolah serta utk memberitahu berita ini. Saya sendiri terpaksa telefon adik di matrik pulau pinang utk memberitahu berita ini kerana mak saya dah tak bermaya lepas saya beritahu. Saya sebagai ank sulung kena kuat utk adik2. Adik saya yg pertama seminggu tidak mahu mkn minum dan duduk saja dlm blik selepas pemergian ayah sehingga kami terpaksa menelefon pihak kolejnya utk memberitahu keadaan adik saya. Sampai satu tahap kami terpaksa bawanya ke Darul syifa utk berubat kan dia. Alhamdulillah selepas pergi berubat adik nampak lebih baik. Setahun dah berlalu tapi kami masih merindukan bapak. Kali terakhir saya berjumpa nya dia pernah cakap yg dia Nak peluk saya dan adik2 lepas dia dpt keluar tapi semua tu tinggal kenangan. Itu kali pertama dan terakhir saya tgk dia menangis minta maaf pada kami. Dia seperti tahu yg dia akn tinggalkan kami. Tapi tuhan tu maha adil, ayah pergi cara yang sangat mulia pagi Jumaat pkul 4 pagi. Dia selalu cakap Dkt mak yg dia Nak meninggal hari Jumaat dan tuhan makbulkan doa dia. Kami sangat rindukan dia. Untuk pengetahuan sepatutnya lepas raya tahun lepas saya dan mak nk jumpa dia sbb nk bagi tahu yg dia boleh keluar bulan 8 tetapi tak sempat dan sampai sekarang kami terkilan. Semasa di hospital juga kami tidak dpt melawat dia kerana kami diberitahu lambat org pihak penjara bahawa ayah dimasukkan ke hospital. Sampai sekarang saya sgt2 terkilan. Bila sekarang saya lihat polis bawa banduan dlm lori polis, saya terus menitis air mata teringat ayah yg sengsara hidupnya dm penjara. Saya rasa sgt teruk sebagai ank kerana tidak dpt berikan dia rawatan yg cukup ketika dia sakit di dlm penjara. Apa yg saya tahu dia ditempatkan bersama banduan lain yg mempunyai masalah kesihatan yg kritikal seperti HIV. wallahualam apa yg terjadi Dkt ayah tuhan saja yg dpt membalas kepada pihak yg bertanggungjawab terhadap ayah saya. Pergi nya ayah pada hari yg mulia serta cara yg mulia. Kami sgt rindukan dia. Saya smpai sekarang tak boleh lupa wajah adik dgn mak bila saya beritahu ayah dah tak ada.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.