Dunia oh dunia. Saya bukanlah seorang yang layak nak komen pasal diri orang lain, tetapi apabila anda dah jadi seorang bapa, ada anak dan umur pun sudah semakin lanjut, anda akan lihat banyak perkara yang nampak remeh pada orang lain, tetapi sebenarnya ia satu perkara besar untuk dilihat. Semasa diri tak berapa cantik, malah dikata hodoh, punyalah tutup dan balut kemas-kemas, tapi bila dah cantik, dibuka segala bagi satu dunia melihat.

Hodoh Tutup Cantik Buka

Yes, it's your rights. Tapi fikir-fikirlah hari tua dan hari mati. Tak segan ke?

Pelik bagi pandangan sayalah. Semasa tubuh badan tak berapa nak molek, baju berlapis-lapis. Tapi bila sudah ada curve, sudah ada bentuk, sudah gebu ... sudah nampak urat hijau, dibuka pula untuk tatapan semua. Aiseh ... dah hilang keistimewaan diri bila dibuka sedemikian rupa.
Hodoh Tutup Cantik Buka

Hadiah Dibalut dengan Hadiah Dibuka

Suka dapat hadiah tak? Adakah anda suka bila anda dapat hadiah yang telah pun dibuka dari pembalutnya? Sukakah anda dapat hadiah yang telah dibelek orang lain?

Pergi jalan ke kedai elektrik, adakah anda nak beli peti ais display set atau beli peti ais yang masih berbalut dengan kotak?

Agak-agak anda, adakah pasangan anda akan suka bila ada seseorang asing tetiba menegur anda ... dan berkata; "Wow ... cantik body u ... sedap ni ...."? Apa agaknya perasaan di dalam hati pasangan anda itu bila ayat-ayat sebegitu diluahkan di depan dia?

Jika anda sayangkan diri anda yang cantik, molek, gebu, ada potongan seksi ... maka tutup-tutuplah dari ditonton ramai orang. Nak buka boleh, bukan tak boleh, tapi bukalah untuk yang berhak sahaja ... ini ... kat orang lain bukan main dedah, kat pasangan sah (suami/siteri) sendiri .... nak tengok lurah pun susah....

Ini bukan entri melucah atau mencarut, tetapi ini realiti kepada pasangan moden yang nampak kecantikan itu dari sudut dunia semata.

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. adat manusia abang HH, dalam sedar tak sedar dahagakan pujian... susah macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila mindset kita tu hanya untuk manusia ...

      Delete
  2. Betul tu. Barang yang bernilai macam emas dan berlian di tutup dengan baik dan di simpan. Tetapi batu yang tak ada nilai dibiarkan begitu sahaja. Tutuplah aurat dengan sempurna.

    ReplyDelete
  3. sebab ramai yg sangka klu buka baru org nmpk apa yg istimewa padahal yg tertutup lagi jauh istimewa :)

    ReplyDelete
  4. ishh .. mmg xsuke org mengata psl body kite. xkisah memuji ataupun mksud tersirat =)

    ReplyDelete
  5. orang sekarang suka dapat pujian dari orang lain.....

    ReplyDelete
  6. Betul tu bro, bila dah kurus hilang auratnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement