Jangan Perlekeh Penulis Blog
Saya bukan sebenarnya layak nak berkata lebih mengenai isu ada pihak yang perlekehkan kerja-kerja dilakukan oleh blogger. Blogger ada cara kerja mereka sendiri. Mungkin nampak macam tak serius, tidak seperti media cetak yang kejar sana sini untuk mendapatkan berita sensasi. Blogger selalunya akan menulis atas pengalaman dan amatan mereka. Jika itu yang mereka rasa, maka itulah yang akan ditulis.Beza Penulisan Seorang Blogger
Ada yang tidak faham bagaimana sesebuah blog itu beri impak tersendiri. Ada pengunjung yang suka membaca apa yang dikatakan oleh seorang blogger daripada membaca bersumberkan media arus perdana. Antara sebab nyata ialah kerana blogger tiada editor yang akan pancung atau kerat ayat-ayat yang ditulis. Jadi, apa yang ditulis di media cetak atau media arus perdana mungkin sudah ditapis kerana mahu menjaga nama.Tapi tidak pada blogger. Kebanyakkan blogger menulis dengan memberikan pendapat ikhlas dan jujur. Jika buruk, maka buruklah. Jika baik, maka baiklah. Tak ada yang nak cover line atau nak ampu sesiapa. Maka, penulisan blogger dianggap boleh dipakai tatkala ini.
Blogger adalah manusia biasa. Penulisan seorang blogger ada rasa, ada emosi, ada bait halus dan mendalam. Mungkin ada blogger yang bait bahasanya kasar, tapi kalau ditenung maksud yang ada, boleh buat jiwa yang meronta jadi kaku seketika.
Silap dan salah seorang blogger adalah kesilapan dirinya. Boleh meminta maaf dan boleh dimaafkan.
Blog satu hak individu - iaitu blogger. Kalau ada yang tidak kena, maka blogger itu boleh bertanggungjawab. Itu sebab ada pengunjung yang hari-hari singgah di blog sama - lebih banyak jika dibandingkan dengan portal berita untuk tajuk yang serupa.
Jika pengunjung rasa entri seperti tidak betul, ada ruangan komen yang boleh dititipkan rasa dan kata. Boleh luahkan pendapat tanpa rasa curiga. Dan blogger yang selalunya bersikap terbuka, akan membenarkan ulasan dan komen yang boleh berikan impak positif dan buat pengunjung lain berfikir dengan minda terbuka.
Penulis blog bukan semua boleh dipercayai, tetapi semua penulis blog akan menulis mengenai apa yang mereka percaya.
Belek katalog cantik di beranda
Ada gelas di atas meja
Penulis blog cuma insan biasa
Menulis atas ikhlas dan jujur kata
Beli burger sedap rasanya
Burger Ana menjilat jari
Perlekeh blogger kerana nama
Tiada guna bersengketa hati
p.s: Maaf andai ada yang tersinggung hati.
Ye, sokong sungguh2 dengan apa yg sifu kita kata. Dan yang paling setuju, bukan semua blogger boleh dipercayai tapi blogger akan menulis apa yg mereka percaya. Yeah!
ReplyDeleteCuma mengharapkan kita tak mengaibkan pihak lain.. biar pahala tu berkembang, jangan dosa yg kita cari
hehe klu tak suka jangan baca..
ReplyDeletesuka pantun tu,.....
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteTerima kasih Tuan HasrulHassan membela blogger. Salam Maulidurrasul
yup setuju sgt xsemua bloger sama okey
ReplyDeleteSetuju....tapi sepanjang pengalaman dalam industri blogger ni, bila jumpa kawan media, bagaikan rasa diri seorang blogger lebih KING dari media huhuhuh...
ReplyDeleteTerharu...;(
ReplyDeleteEntri yang terbaik. Kadang kala ada juga yang berpendapat blogger ni menulis kerana nama. Tapi kebanyakan mereka tidak tahu yang blogger kebanyakan mereka yang gemar menulis dan mencintai penulisan. Seorang blogger yang baik boleh membukan si pembaca merasa mereka berada di dalam sesuatu situasi. "Menulis bukan kerana nama"
ReplyDelete???
ReplyDeleteGua lapar burger pepagi ini....
ReplyDeletewww.broframestone.com
betul tu abg HH. bkn snang sbenarnya nak menulis ni. pendapat kita dan org lain xsemestinya sama. tp mane tahu penulisan kita boleh ubah jiwa seseorang . Insyallah =) tulisan yg jujur
ReplyDeleteMenulis nie pun satu cabang seni gak..perlukan idea dan kena kreatif untuk menarik pembaca..bukan sekadar "omong kosong"..
ReplyDeleteX semua org faham dunia blogger..
ReplyDeleteBetul .. tak semua orang faham ..
Deletesaya sokong tuan HH..
ReplyDeletesetuju.. apa yang ditulis adalah dari apa yang berlaku.. :)
ReplyDeleteBetul tu. Adakala jangan menulis ikut rasa, takut kelak binasa. =)
ReplyDeleteZH Blogger
blogger yang ikhlas dan jujur takde hidden profile..heheh
ReplyDeletesetujuuu
ReplyDeletesetuju
ReplyDeleteblogger tu ada nilai...
ReplyDeletesangat setuju :D kita kan menulis dari hati :D
ReplyDeleteSgt setuju dgn saudara HH.. blogger lebih telus dlm menyampaikan pendapat dari kebanyakan media2 lain..
ReplyDeletesokong entri ini, jangan perlekeh kami nih... walaupun mama tahu, ada je perlekehkan mama... ermmm
ReplyDeletesokong sangat. hebat atau tak jangan perlekehkan. sebab kebanyakannya telus dan tulus. hmmm hopefully yang cetek itu kena buang. biar tak ada perbalahan nanti. :)
ReplyDeleteBetul tu.. Blogger menulis ikhlas dari hati.. Hanya blogger sahaja yang faham kerja blogger...
ReplyDeleteSalam Bro
ReplyDeleteMacam ada kena mengena dgn program RTAM je.....
Ini entri am, sbb bukan pertama kali berlaku. Ada berlaku sebelum ini, dan tidak semestinya hadiri event, melalui email pun ada gak.
Deletesetuju sangat2.. sedih bila orang perlekehkan kita ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.