Saya orang luar Putrajaya, tetapi saya rakyat Malaysia. Bagi saya, Putrajaya satu kebanggaan negara. Saya tidak mahu mempolitikkan isu berkaitan tetapi mahu meluahkan pendapat dan rasa sahaja. Isu mengenai Putrajaya akan ada Hard Rock Cafe menambat perhatian saya. Dan entri ini adalah respon yang tidak seberapa.

Saya tidak setuju.

Saya sebagai orang kampung yang melihat Putrajaya satu keajaiban tidak mahu imejnya dinodai oleh perkara ini. Hard Rock Cafe tidak sesuai di Putrajaya yang penuh dengan ciri senibina Islam dan menjadi antara mercu tanda negara malah dunia. Sangat tidak sesuai sebuah cafe yang terkenal dengan pergaulan bebas, hidangan arak dan hiburan lewat malam diwujudkan di pusat pentadbiran negara. Jangan samakan Putrajaya dengan Kuala Lumpur yang dibuka oleh seorang Kapitan Cina - Yap Ah Loy ...

Bukan saya seorang rasanya yang tidak setuju. Malah ramai lagi. Tak kiralah mereka itu dari pihak pembangkang mahupun dari pihak penyokong kerajaan sendiri.

Putrajaya Mesti Bersih Arak Pergaulan Bebas

Putrajaya sebuah bandaraya Islam. Dengan adanya premis seperti Hard Rock Cafe, ia seolah sinis menyindir dan membuatkan imej Putrajaya tercalar. Dan jangan terkejut, dengan hanya satu premis seperti ini, akan terjadi perkara negatif yang melibatkan sosial dan komuniti di Putrajaya. Belajar dari pengalaman lampau apabila kita letak satu titik hitam dalam lampiran putih, ia pasti akan merebak dan mencelakan.
Logo Hard Rock Cafe - hasrulhassan.com

Ada juga yang menyokong pembukaan Hard Rock Cafe ini. Jangan tak percaya, malah ada blogger Melayu Islam yang menulis mengenainya. Kata mereka, Hard Rock Cafe tak akan mencacatkan Putrajaya yang berimej Islamik dalam senibinanya. Kata mereka lagi ... ia hanyalah sebuah Cafe. Dan jika arak dijual letakkan sign yang kata Muslim Not Allowed to Take Alcohol.

Kurang bijak di situ. Kalau seorang Muslim, tentu dah maklum bahawa musuh utama umat ialah Syaitan dan Iblis. Ini musuh nyata. Letaklah sign apa pun, kalau dah kena bisik, mesti ada yang tumpas. Cegah lebih baik dari mengubat. Bila dah jadi satu barah nanti, susah dah nak pulih.

Sekali lagi, saya menyatakan bahawa Putrajaya mesti bersih daripada sumber yang boleh mencacatkan imejnya, dan mesti bersih daripada arak dan pergaulan bebas. Jika yang ada sekarang ini pun sudah cukup bawa masalah sosial, mengapa perlu letakkan minyak pada api kecil yang boleh dipadamkan?
Logo Perbadanan Putrajaya
Logo Perbadanan Putrajaya berciri Islamik
Harapnya Pihak Perbadanan Putrajaya ambil kira pandangan rakyat yang sayangkan Putrajaya. Jika tidak pedulikan coretan saya ini tidak mengapa, saya akur sebab saya hanya orang luar yang hanya singgah sekali sekali di Putrajaya tu. Tetapi, fikir-fikirlah dari sudut bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia, dan Islam adalah nadi pembangunan ummah.

... dan sebelum entri ini diterbitkan, kenyataan di bawah telah keluar di Utusan Online:


PUTRAJAYA 6 Jan. - Perbadanan Putrajaya tidak akan mempertimbangkan sebarang permohonan untuk membuka cawangan rangkaian kafe dan pusat hiburan Hard Rock Cafe di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu, kata Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau keadaan trafik di Purajaya hari ini, beliau menegaskan, sekiranya terdapat permohonan selepas ini, pihaknya akan mengembalikannya kepada pemohon. - UTUSAN ONLINE

Sumber: Sah Tiada Hard Rock Cafe © Utusan Melayu (M) Bhd 


Alhamdulillah. Pasti ramai yang lega dan tersenyum .... seperti saya.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. syukur sekali tak jadi. Dekat sangat dengan opis saya tempat cadangannya tu

    BalasPadam
  2. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    BalasPadam
  3. Syukur kalau tiada pembukaan Cafe Keras Batu itu . Dengar kata seorang sahabat duduk di Putrajaya ,bukan cafe yang diperlukan .Mereka perlukan bangunan KAFA untuk murid-murid belajar kerana bangunan yang ada tidak mampu lagi menampung ramai pelajar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement