Ada banyak cara untuk anda dapat duit dengan menulis. Jika anda baca Buat Duit Dengan Menulis ... tentu anda dah tahu banyak cara boleh jana income dengan hobi menulis ni. Dan salah satu yang ingin saya kongsikan kepada anda ialah menulis entri atau artikel di VirtualMalaysia.com.

Tulis Dapat Duit Di VirtualMalaysia.com #VMY2014

Cara dapat duit online dengan menulis entri #VMY2014
Menerusi VirtualMalaysia.com, anda akan dibayar untuk hasil penulisan anda. Tetapi penulisan anda perlulah berkaitan dengan pelancongan. Lebih-lebih lagi di tahun 2014 ini apabila negara telah umumkan bahawa ia merupakan Tahun Melawat Malaysia (#VMY2014).
tulis dapat duit VirtualMalaysia.com #VMY2014
Berapa bayaran yang anda boleh terima? Anda boleh dapatkan sehingga RM200 untuk satu artikel atau entri yang dikongsikan. Haa .. menarik kan?

Tips Tulis Entri #VMY2014 Dapat Duit

Untuk membolehkan anda menjadi penyumbang dan dapatkan income menerusi penulisan berkaitan pelancongan dan #VMY2014 ... ada beberapa perkara yang perlu anda semak dulu.
  • Pertama - Anda mestilah seorang yang suka melancong dan mengembara
  • Kedua - Pengalaman yang anda tulis dan kongsikan mestilah original dan bukan ciplak mana-mana penulisan luar
  • Ketiga - Anda perlu ada gambar sendiri dari kamera sendiri; tidak boleh ambil gambar orang lain dan olah entri sendiri.
  • Keempat - Penulisan perlu lebih daripada 300 patah perkataan
  • Kelima - Gambar mesti ada dalam setiap entri, paling kurang 5 gambar sendiri berkaitan tempat pelancongan tersebut

Bagi mereka yang mungkin tiada idea menulis, anda boleh gunakan cara esei bergambar, hanya 150 patah perkataan tetapi perlu ada antara 10-20 gambar sendiri.

Atau mungkin tiada gambar, anda boleh guna video dengan deskripsi video perlu lebih 50 patah perkataan.

Cubalah.

Jika berminat, anda boleh semak di sini - Virtual Malaysia Contributor

Oh ya, penulisan digalakkan dalam Bahasa Inggeris. Ini memandangkan laman web ini adalah untuk rujukan pelancong luar, jadi entri yang berbahasa inggeris dialukan sangat, namun ... kalau tak boleh menulis bahasa inggeris dengan baik, boleh sahaja hantar ...

Kerja online macam ini juga ada disediakan menerusi Jobdirumah ... dah daftar? Belum? Daftar di sini (klik) untuk peluang buat duit online yang lain.


14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas infonya HH..

    ReplyDelete
  2. Peluang untuk menambah pendapatan sebagai contributor. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam
    Selamat mencuba, Kami dah berjaya .....
    kini nak ajak tuan Hasrul Hassan pula.

    Pengalaman kami menjadi blogger memang menguntungkan,sehinggakan kami menumpukan sepenuh masa.
    Syarat syarat menjadi blogger :-
    1.Rajin menulis
    2.Rajin buat reseacrh
    3.Jangan mencuri ( hormati hak orang lain)

    Blog yang popular tak semestinya berkualiti
    TETAPI blog yang berkualiti mendatangkan hasil yang berbaloi.
    Penulis mesti mencipta NAMA....kalau menulis tanpa ada nama,
    jangan jadi blogger dan jgn jadiahli perniagaan...
    "AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA" slogan yang tak sesuai
    bagi blogger yang ingin menjana PENDAPATAN....so jgn Hipokrit...
    Nabi SAW pun suruh kita cari NAMA YANG TERBAIK .....

    ReplyDelete
  4. thanks untuk makluman ni :)) menarik

    ReplyDelete
  5. Gua suka melancong dan melencong. Malangnya, tiap kali melancong, xde orang nak ambil gambar

    Dan.....

    Malas nak tulis dalam blog...

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  6. thanks for the info.. teringin jugak nak mencuba :))

    ReplyDelete
  7. salam kenal semua :-)


    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    ReplyDelete
  8. Wah boleh start join ni, tapi nak dalam bahasa inggeris yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa inggeris boleh,bahasa melayu pun boleh, kalau ada sebarang pertanyaan boleh email sy fakhrul@virtualmalaysia.com or kt vm fb https://www.facebook.com/1virtualmalaysia , atau boleh add sy di personal fb sy https://www.facebook.com/fakhrul.islam.39 :D

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement