Pengalaman beli belah online di Zalora - Hari tu saya dah beritahu mengenai kelebihan membeli belah di Zalora Malaysia, tapi saya tak beritahu satu perkara yang amat penting apabila beli belah online ini - iaitu ketepatan barang tiba setelah membuat pembelian. Haaa.... ini adalah satu kelebihan yang ada pada Zalora. Kalau anda beli hari ini, esok dah tiba di hadapan rumah - walaupun ikut terma 3-5 hari barang sampai.

Ok, baca entri saya yang lepas mengenai Zalora, mengenai pengalaman saya tersalah guna kod baucer yang akhirnya menyebabkan saya .... hmm dapat kod baru. Walaupun ianya merupakan kesilapan saya dalam berurusniaga, tetapi nampaknya pihak Zalora faham dan 'menghadiahkan' saya kod baucer baru untuk digunakan.

Pengalaman Beli Belah - Tips Silap Beli di Zalora

Apa yang perlu dibuat apabila tersilap membeli sesuatu di Zalora Malaysia? Pertama sekali anda perlu ambil kod reference pembelian atau order anda. Isikan borang Customer Servis berkaitan pembelian, nyatakan reference pembelian anda, dan in Sha Allah, masalah anda akan selesai dalam masa 24 jam! Inilah dedikasi yang ada pada Zalora Malaysia - menjaga kebajikan setiap pembeli yang berurusan di portal membeli belah mereka.

Zalora - Hanya Sehari Order Sampai

Pantas. Cekap. Dengan menggunakan perkhidmatan penghantara segera GDex, belian yang telah saya lakukan di Zalora Malaysia tiba dalam masa sehari sahaja! Saya tak tipu punya ... dan bukan nak bodek, tetapi kalau servis dah terbaik, tentulah saya nak kongsikan dengan anda semua, ye tak?



Saya buat order pembelian 2 barang daripada Zalora Malaysia pada pagi 15 Januari 2014, lepas dah puas hati dengan pembelian, saya pun check out dan bayar .... ada kurang dari baucer, jadi saya bayar guna Paypal saya ... tup tap ... saya dapat email dari Zalora mengatakan barang sudahpun keluar gudang pada petangnya .... dan kalau tengok pada kotak Zalora yang saya terima, nyata tertera jam 4:57 petang pada 15 Januari 2014.

Dan pada 16 hb, saya pun sengaja nak tengok betapa pantas perkhidmatan Zalora ini, atau benarkah barang saya dah keluar gudang Zalora, saya pun periksa di GDex online. Erkkk ... barang saya sudah pun sampai ke Parit Buntar ... wahh teruja saya.

Alhamdulillah, barang sampai dalam keadaan terbaik.

Dan dek kerana ini, isteri saya dah suruh saya usyar barang untuk hadiah harijadi dia ...

Terima kasih Zalora Malaysia.


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagus gak Zalora ni ek? Tak pernah try lagi ni..

    ReplyDelete
  2. lama dah tak bershopping di Zalora... he he he

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum HH, sheila pun dapat barang Zalora sehari lepas purchase. sangat puas hati lah! sheila beli kasut pakai voucher je. hehe. Zalora the best >_________<

    ReplyDelete
  4. bro...lu entry macam nie memang tempting laa..aku tak pernah shopping online..rasa nak try gak ngan zalora tapi masih berfikir-fikir lagi..tapi bila baca entry makin kuat rasa nak try..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. pernah orde dari zalaora ni itupun dapat kupon percuma.

    ReplyDelete
  6. kalau salah beli, contoh macam saiz salah, boleh ke refund?

    ReplyDelete
  7. utk pengguna first time, pkai lahh voucher ni, dpat diskaun 15%, ZBAP1PT

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement