Anak, jika anda seorang ibu atau bapa, tentu seronok melihat anak anda membesar dengan baik. Selain sihat tubuh badan, menjadi bijak dan cergas; ada perkara lain yang para ibu bapa ingin lihat pada anak-anak, iaitu memiliki adab yang baik dan kaya dengan sopan santun serta nilai-nilai murni.

Nilai-nilai murni ini perlu diterapkan dalam kehidupan anak-anak sewaktu mereka sedang belajar untuk mengenali dunia. Jadikan satu amalan dan pembelajaran berterusan buat anak-anak yang sedang membesar ini mengetahui cara serta adab yang betul dalam hidup.

25 Adab Penting Buat Si Anak Kecil

Di sini, saya kongsikan 25 adab yang perlu diajar kepada anak-anak kita, insyaAllah nanti mereka akan menjadi manusia yang tinggi pekerti dan nilai murni dalam kehidupan.
25 adab penting untuk anak

25 Adab Buat Si Anak Kecil

Adab 1
Apabila ingin meminta pertolongan, dahulukannya dengan perkataan “tolong.”

Adab 2
Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan “terima kasih.”

Adab 3
Jangan menyampuk dalam perbualan orang lain kecuali apabila benar-benar perlu. Ajar si manja agar memberi respons sejurus anda selesai bercakap mengenai sesuatu perkara dengannya.

Adab 4
Sekiranya si manja memerlukan perhatian anda secara serta-merta, latih si manja untuk mengucapkan “maafkan saya...” Ucapan maaf ini adalah sebaik-baik interaksi penuh adab yang boleh dipraktikkan khususnya bila si manja ingin mencelah di dalam sesuatu perbualan.

Adab 5
Latih si manja untuk bertanya. Lebih-lebih lagi jika wujud perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Adab 6
Orang lain tidak berminat untuk mengetahui perkara yang kita tidak gemari. Jadi, latih dirinya untuk berkongsi tentang sesuatu ‘pandangan negatif’ yang ada dalam dirinya hanya dengan individu terdekat sahaja.

Adab 7
Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain. Kecualilah komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada individu terbabit.

Adab 8
Apabila orang lain bertanya khabar anda, jawab dan susuli dengan pertanyaan tentang khabarnya pula.

Adab 9
Bila berkunjung ke rumah orang lain, jangan lokek dengan ucapan terima kasih berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah yang meraikan kehadiran tetamunya.

Adab 10
Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

Adab 11
Apabila membuat panggilan telefon, jangan lupa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Kemudian barulah bercakap dengan orang yang ingin dihubungi.

Adab 12
Menghargai dan ucap “terima kasih” apabila menerima sebarang pemberian.

Adab 13
Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diresapi dalam minda kanak-kanak.

Adab 14
Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

Adab 15
Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

Adab 16
Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti yang positif seperti gotong-royong atau mendengar ceramah. Tingkah laku ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil ini.

Adab 17
Jika terjumpa atau berselisih dengan seseorang yang dikenali, ucapkan ‘Assalamualaikum’ atau ‘hai’.

Adab 18
Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di hadapan khalayak ramai.

Adab 19
Apabila membuka dan ingin melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

Adab 20
Apabila melihat ahli keluarga, jiran atau individu yang dikenali sedang melakukan sesuatu kerja, ringankan mulut untuk bertanya “ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Jika mereka jawab “ya,” bantulah mereka. Si manja akan mempelajari sesuatu yang baharu.

Tips didik anak - 25 adab penting
Adab 21
Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan kepadanya tanpa membebel atau merungut.

Adab 22
Apabila seseorang menghulurkan bantuan, jangan lupa ucapkan “terima kasih.” Tegaskan kepada si manja bahawa ucapan terima kasih itu boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa-masa akan datang.

Adab 23
Gunakan perkakas makanan dengan betul. Terangkan kepada anak anda satu persatu tentang perkakas makanan yang kerap digunakannya supaya si manja dapat membiasakan diri apabila berada di luar rumah.

Adab 24
Sentiasa bawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu sebarang kekotoran yang ada bila perlu.

Adab 25
Jangan biasakan diri mencapai sesuatu barang di atas meja. Sebaiknya bertanya dan minta bantuan untuk barang itu dihulurkan kepada anda.

Sumber: Majalah Pa dan Ma


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement