Ada seorang kenalan bertanya kepada saya, "Apakah ciri sebuah blog yang top?". Sukar juga saya nak jawab. Kemudian, saya mula perahkan idea lalu terhasillah entri ini yang menampilkan 3 ciri yang perlu ada bagi sebuah top blog. Apakah ciri-ciri blog yang top itu? Ok ... baca dengan minda yang sedar dan segar ye.

Sebelum itu, perlu saya ingatkan bahawa apa yang akan ditampilkan dalam ciri sebuah top blog perlu ada ini merupakan pendapat dan amatan saya sahaja. Saya bukan seorang blogger profesional yang layak beri rating atau pencirian. Pengalaman berblog saya semenjak 2008 dijadikan sandaran dalam pemberian cirian top blog ini. Jika salah, maafkan saya. Jika silap, tegur dan komen sebaiknya. Boleh bukan?
Ciri Top Blog Malaysia yang Perlu Ada

3 Ciri Top Blog Perlu Ada

Apakah 3 ciri top blog perlu ada?

Blog Kemas Teratur

Pertamanya, sebuah top blog perlu kemas dan teratur. Ia perlu kelihatan tersusun kemas dan mudah untuk pengunjung menyusuri setiap inti kisah, cerita, berita dan perkongsian bermanfaat. Di selok dan belok mana sekalipun dalam top blog ini akan ada benda yang layak untuk dibaca dan dikongsikan. Kemas dan tidak menyesatkan pengunjung serta pembaca. Kemas dari segi susun letak. Kemas di header blog, sidebar blog, dan juga footer blog.
Top Blog Perlu Kemas Teratur
Sekali pengunjung masuk, terus rasa selesa dengan keadaan sedia ada. Tak memeningkan dan tidak menyakitkan mata. Ini cirian pertama yang perlu ada dalam sebuah top blog iaitu kemas serta teratur.

Blog Trafik Mantap

Keduanya, sebuah top blog mesti sebuah blog yang punyai trafik yang mantap. Mantap di sini bermaksud ia secara konsisten mempunyai trafik yang tinggi. Bukan jenis blog yang trafiknya turun naik, kejap menjunam, kejap mencanak. Sebuah top blog perlu mempunyai keupayaan mengekalkan trafik tinggi dalam satu jangkamasa atau tempoh. Ia menunjukkan bahawa apa yang dikongsi di dalam blog adalah sesuatu yang semua orang dan senantiasa akan dibaca.
Top Blog Perlu Trafik Mantap Konsisten
Top blog bukan bergantung kepada cerita dan kisah sensasi bermusim semata, tetapi menjadi rujukan dan sumber cerita, kisah, ilmu, informasi buat semua.

Blog Jana Pendapatan

Ketiganya, setelah dua adunan ciri tadi, sebuah top blog perlu dan mesti sebuah blog yang boleh menjana pendapatan kepada penulis dan pemilik blog tersebut. Hanya dengan ini, ia menjadi manifesto keunggulan blog tersebut sebagai top blog. Ia menunjukkan blog itu ada kredibiliti, keyakinan, keupayaan yang banyak blog tidak ada.

Blog yang menjana income dan mampu menyara penulisnya setiap bulan adalah sebuah blog yang cukup hebat dan tidak terkalah. Top blog adalah blog yang bukan sahaja beri manfaat kepada orang lain, tetapi juga kepada pemilik.
Top Blog Perlu Jana Income
Ia juga bukti bahawa ada organisasi, orang perseorangan, jenama tertentu yang merupakan pengiklan sanggup memberikan wang kepada blog tersebut. Bukan mudah untuk mereka ini membayar sebuah blog dengan ribuan ringgit hanya untuk menulis mengenai jenama atau produk mereka. Inilah cirian ketiga top blog mesti ada - iaitu blog yang menjana pendapatan.

Ok. Jika blog anda ada ketiga ciri tersebut ... maka tepuk bahu anda sekarang, syabas dan tahniah ... anda sudah menjadi blogger top blog Malaysia.

Jika belum, usahalah ke arah itu. Dan jika tidak mahu, berilah laluan kepada mereka yang mahu ... :)

Semoga bermanfaat.


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. waaa... byk masyuk dr jomniaga... tahniah HH

    ReplyDelete
  2. perlu banyak belajar lagi dengan HH terima kasih atas perkongsiannya..

    ReplyDelete
  3. tang trafik dgn pendapatan tu masih belum tercapai lagi

    ReplyDelete
  4. Sesuatu yg sgt baik utk dijadikan peringatan & renungan HH.. t kasih.. :)

    ReplyDelete
  5. Great. Bro HH adalah bukti nyata empunya top blog tersebut. Tahniah

    ReplyDelete
  6. fuuuhhh.. tips dr otaii ni. bmanfaat ntuk blogger2 mcm Zara yg baru2 bjinak ni.. thnks ! ^^

    ReplyDelete
  7. masih terlalu jauh untuk mendapatkan top blog..

    ReplyDelete
  8. blog ni memang top lah jugak.. income dari affiliates tu yang mengujakan bro haha :-D

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum...bro HH,

    blog ini adalah antara top blogger mselim3...

    mselim3

    ReplyDelete
  10. info yang amat berguna tuan HH

    ReplyDelete
  11. amboi terliur pendapatan affiliasi itu belum lagi dari adsense mesti lebih besar lagi

    ReplyDelete
  12. jauh lagi langkah ku utk ke tahap tuan..adududu

    ReplyDelete
  13. tips bermanfaat , dpt tambah ilmu baru.., terima kasih HH :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement