Saya akan kongsikan tips pantas lagi segera untuk seorang blogger terutama yang baru dalam dunia blog Malaysia buat duit dengan menulis. Anda boleh tulis macam-macam perkara di dalam blog, tetapi penulisan bagaimana yang akan memberikan income atau pendapatan?
Ok, sebelum apa yang anda tulis itu menghasilkan duit, lihat 5 tips yang akan saya kongsikan ini.
5 Tips Pantas Blogger Buat Duit Menulis
Tips #1 - Bahasa Jelas dan Difahami Semua
Bahasa yang anda gunakan untuk menulis mestilah difahami oleh semua. Semua di sini bermaksud bukan sahaja pengunjung dan pembaca blog anda, tetapi juga robot enjin carian (SEO). Gunakan bahasa yang bukan seperti ini - yg, mmdang, dsb, ko, xtvt, itew, kiter ...Tips #2 - Biar Jari Menulis Santai
Tulis sahaja apa maklumat dan informasi yang anda mahu kongsikan. Lupakan soal kesalahan ejaan pada awalnya. Selepas selesai menulis, barulah anda edit atau perbetulkan mana yang perlu. Biar jari-jemari anda lancar menulis mengikut hati dan akal anda untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.Tips #3 - Cari Guru Menulis
Anda perlu tahu cara menulis yang boleh hasilkan income. Anda perlu tahu menggunakan ayat-ayat pemikat yang boleh membuatkan pengunjung memberikan wang mereka kepada anda. Ada banyak cara dan ayat menulis, dan ia berbeza teknik dan kaedah. Cara menulis iklan tidak sama dengan cara anda menulis advertorial. Cara menulis ayat di blog tidak sama dengan cara memikat pengunjung menerusi Facebook. Perlu ada guru.Tips #4 - Wujudkan Geng Penulis
Penting kalau anda mahu menghasilkan sebuah penulisan yang berikan kebaikan dan kelebihan pada semua yang menulis perkara yang serupa. Katakan anda menulis mengenai Jobdirumah.com; anda saling rujuk dengan blogger lain yang juga tulis perkara yang sama. Kongsi kejayaan mereka, dan kongsikan penulisan mereka. Apabila ada geng penulis yang menulis perkara yang sama, mudahlah untuk anda menghasilkan sesuatu penulisan yang boleh datangkan duit dengan blog.Tips #5 - Pilih Cara Menulis Dalam Blog
Dalam blog, ada banyak cara untuk menulis dapat duit. Anda boleh menulis sebaris kata atau ayat iklan samada diletakkan di dalam entri biasa, atau di sidebar blog anda. Anda boleh juga menulis advertorial di dalam blog anda, seperti pernah saya katakan dahulu, buat advertorial percuma untuk lihat kekuatan penulisan anda. Anda juga boleh menulis menggunakan teknik SEO Merah Jambu yang telah bantu blogger +Encik Titan jana income menerusi affiliate. Sebagai blogger juga, anda boleh kongsikan entri blog anda dan menulis ayat hasilkan duit menerusi Facebook.... itulah 5 tips pantas untuk blogger buat duit dengan menulis. Tips ini adalah olahan saya sendiri berdasarkan sebuah ebook Rahsia Penulis oleh Aqif Azizan.
assalamualaikum hh...satu info yg baik utk semua blogger...:)
ReplyDeletesalam. thanks for the tips..
ReplyDeleteTips yang tip top, well done TQ
ReplyDeleteTerima kasih banyak-banyak
Deleteterima kasih atas perkongsiannya. Kena lebih usaha untuk masa depan yg cerah :D
ReplyDeletePerkongsian yang baik
ReplyDeleteterima kasih sifu.. hehe
ReplyDeleteso tempting :)
ReplyDeleteBelum cuba belum tahu...
ReplyDeleteTq bro, mudah mudahan berTambah keberkatan rezeki
ReplyDeleteMudahnya menjana wang jika bijak kan?
ReplyDeleteizinkan saya share ini info.boleh?
ReplyDeleteMemang untuk dikongsikan, anda boleh ambil artikel ini tanpa perlu izin saya pun .. hanya berterima kasih pada ALLAH S.W.T yang detikkan hati anda untuk jumpa entri ini. Jazakallah.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.