Bukan mudah apabila anda dok berikan tips dan petua tetapi tiada bukti nyata bahawa ianya menjadi. Maka, perlu bagi saya mendapatkan bukti tersebut agar anda dapat praktikkan menerusi blog anda dan menerima trafik seperti yang saya dakwa itu.
Ada tanya, kenapa blog saya ini trafik mencanak itu tidak konsisten?
Air laut pun ada pasang surut. Jadi, begitulah dengan trafik di blog. Buat masa ini, jika mahu trafik tinggi secara konsisten, hanya satu je saya nampak ... iaitu entri anda mesti sensasi sentiasa. Jika dulu, saya banyak cerita pasal kisah selebriti dan entri-entri panas ... trafik memang konsisten tinggi.
Ok, mari kita lihat sedikit perbandingan.
Trafik Januari 2013 Google Analytics
Pada tempoh sama tahun 2013, trafik blog nampak tak jauh beza. Boleh saya katakan secara purata, jumlah pageviews sekitar 5,000 setiap hari dengan rekod tertinggi adalah sebanyak 10,00 hits sehari.Trafik Januari 2014 Google Analytics
59873 UV Januari 2014
Jauh berbeza dengan trafik tempoh sama tahun 2014 ini. Sekitar 1500-2000 trafik dicatatkan secara purata setiap hari, tetapi berjaya dapat sehingga hampir 20K yang dicatatkan pada 23 Januari 2014. Jumlah pengunjung unik(UV) juga bertambah dari 54,971 menjadi 59,873UV.Walaupun UV tinggi tetapi pageviews tidak bertambah kerana ada pengunjung pertama kali tidak nampak berminat nak baca entri-entri lain. Berbeza dengan tempoh sama tahun 2013, walaupun UV kecil tetapi pengunjung ini merupakan pengunjung setia yang sering datang kembali dan baca entri-entri lain yang berkaitan.
Apa yang boleh disimpulkan?
- Pertama sekali ialah blog ini mampu untuk tarik pengunjung baru - samada menerusi perkongsian di Facebook, SEO dan medium lain.
- Keduanya ialah blog ini juga mampu untuk menjadikan pengunjung baru kekal menjadi pembaca konsisten jika bersandarkan trafik Januari 2013.
- Ketiganya ialah jumlah pageviews yang tinggi tidak semestinya hadir daripada pengunjung unik atau SEO semata, tetapi ianya datang dari pengunjung berulangan atau pembaca setia.
- Teknik dan petua yang saya telah kongsikan di blog ini nampaknya berhasil, dan bukan sekadar perkongsian kosong yang kebanyakkan orang agak pandang-pandang dengan sinis.
Mengapa pada 23 Januari 2014 trafik meningkat sehingga capai hampir 20K hits?
Ini adalah kerana ada satu entri sedang hot diperkatakan, dengan kaedah SEO serta teknik viral di Facebook, entri tersebut telah berjaya menjana trafik yang sebegitu tinggi, sehingga jumlah LIKE mencapai hampir 2 ribu ketika entri ini ditulis.
20 Ribu Likes dan 40 Ribu Trafik Sehari
Untuk pengetahuan, pada November 2013, ada entri saya capai hits sehingga 40K dengan teknik viral Facebook hanya kerana ia mendapat lebih daripada 20 ribu Likes!Pencapaian Januari 2014 mendapatkan pageviews yang agak baik adalah hasil teknik yang saya dapat semasa kongsikan satu entri di November 2013 dan juga pendekatan SEO yang digunakan untuk entri tersebut. Kata kunci penting begitu juga engagement dengan pemilik akaun laman sosial.
Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk anda percaya bahawa segalanya mungkin buat anda, walaupun anda baru ada blog kurang dari 6 bulan. Blog anda boleh capai trafik sebegini seandainya anda tahu teknik, cara, kaedah dan petua yang betul untuk melakukannya.
Saya bukan mahu dabik dada apa-apa, kerana di dalam dunia blog apa pun boleh berlaku. Esok anda naik, lusa mungkin jatuh... ini adalah kerana ada sahaja blogger hebat yang muncul hasil usaha mereka menggeledah ilmu blogging dan mempraktikkannya sehingga berjaya.
In Sha Allah ... anda juga boleh begitu. Percayalah!
tips yang berguna ni hehe
ReplyDeletepehh jeles la bro hehe, unik visitor dalam 59k ke atas tu, saya cuma dapat dalam 25k ke atas je, banyak kena belajar lagi ni
ReplyDeleteNasib je tu .. hahaha
Deletetahniah
ReplyDeleteTerima kasih kak ina .. :)
Deletewahhhh.. terbaiks angat ni.. dah lama mia tak check google analytics ni...
ReplyDeleteKena gak kerap periksa .. mana tahu kot2 ada benda2 mengarut ...hahaha
DeleteTahniah HH.. t kasih diatas perkongsian & nasihat.. :)
ReplyDeleteterbaikkk... :) tahniah..
ReplyDeleteSaya pernah juga daoat macamtu tp memang tak sangka gak sebab buat entri tu saja2 suka je. Tau2 pv melambak2. Takde SEO pun, masa tu tak reti SEO. Memang tak sangka. Satu perkara, tulisan yang dijiwai memang menghasilkan perkara yang diluar jangkaan. Saya setuju dgn perkara ke 3 tu. Thanks sifu atas perkongsian.
ReplyDeleteSalah satu seni onpage SEO ialah menulis sbb kita suka nak tulis mengenai perkara itu ... :)
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.