Penipuan sana sini, dah jadi lumrah pula nampak gayanya. Sesuatu yang negatif melarat ibarat satu wabak tanpa ubat. Tak cukup menipu kat luar, menipu pula dalam talian. Saya biasa kena tipu, dan saya pernah juga buat kerja menipu (masa bengap dan kurang waras). Semua kerana mahu untung segera. Ini saya kongsi mengenai satu kisah, iaitu kisah seorang blogger terkenal kena tipu peniaga online.... siapakah blogger terkenal tersebut?

Blogger Terkenal Ditipu Online Shop Facebook

Blogger yang cukup dikenali ramai ni kalau disebut namanya .. pasti akan ingat entri-entri yang menggemukkan badan .... :) tapi serius, blogger ini tahu apa yang dia tulis, dan dia pakar dengan apa yang dia tulis... itu sebab orang suka apa yang dia tulis, dan dia pula sering menjadi carian penggemar-penggemar yang tidak kisah soal banyaknya makan!
Online Shop Fb tipu blogger terkenal

Blogger terkenal ini beli barang secara online bernilai RM100, bukan menerusi blog tetapi menerusi Facebook. Sebulan berlalu, barang yang dipesan tak dapat-dapat, tak sampai-sampai. Lalu, blogger ini pun pergilah mencari sumber peniaga online tu. Ada alamat dia dapat menerusi WhatsApp.

Dapat ke tidak?

Alamat betul cuma tuan punya yang duduk alamat tu yang tak betul - Mamat Bangla, dan bukan tuan punya kedai online Facebook yang dipercayai oleh blogger terkenal cantik manis ini.
Blogger Terkenal Kena Tipu Online Shop

Saya tak nak gulaikan cerita ini lebih-lebih, saya rasa elok anda semua baca di sini --- http://goo.gl/XIulpW (klik)

Dengan anda klik pautan yang saya berikan itu, anda juga akan tahu siapakah blogger terkenal yang dimaksudkan itu. Tolong simpati ehh .. :) walaupun RM100 .. tetapi nilai dosa menipu sama je walaupun ia RM1000, RM10 ..... menganiaya orang je tu.

Buat mereka yang ada buat bisnes online, tolong jangan buta mata baca entri ini. Ini kisah dan tauladan. Jika sekali dah buat tahik .. sampai ke bila orang akan ingat baunyaaaa .....

Tips Beli Belah Online

Untuk anda yang nak membeli secara online, ini ada beberapa tips ringkas untuk shopping online.
  • Kenal pasti siapa yang menjual
  • Dapatkan alamat, email serta nombor telefon
  • Interaksilah dengan penjual
  • Kenal pasti produk dijual
  • Lihat terma yang ada
  • Lihat cara penghantaran produk
  • Ketahui kod bar penghantaran pos produk anda
  • Lebih baik beli dari mereka yang daftar dengan SSM.

Ok ye. Jangan ditipu lagi ... in Sha Allah.



24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya tak berapa nak percaya dengan online shopping ni, masih bershopping tapi masih agak payah nak beli juga...kadang2 lebih kepada cuci2 mata jer...dan cuba cari di luar...

    ReplyDelete
  2. Merekalah yang merosakkan bisnis online....tengah marah ini...!!

    ReplyDelete
  3. sb tu ade gak yg masih was was ngan bisnis online

    Contest SEO Muslim Niaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ikut tips yang saya bagi tu ... mudah je. Isteri dan saya sendiri dah beli online, alhamdulillah, ikut tips tu .. semua akan ok.

      Delete
  4. isk2.. menipu sana sini, mengambil kesempatan sana sini

    ReplyDelete
  5. Mesti sakit hati bila kena tipu.. Sebab itu kiera jarang beli online.. Takut dan was-was .. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi barang online ni satu je best .. dia murahhhhhh sangat!

      Delete
  6. mmg dah bnyak kaki penipu dalam FB nie..
    mmg kesian kalau ada rakan yg kena,
    setakat ni alhadulillah diri sendiri x kena lagi.
    kena pandai pilih dan selidik dulu :)

    ReplyDelete
  7. menakutkan ..seba baik x diapa2kan mat bangla tu

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, orang macam ni membuatkan orang lain pandang negatif pada peniaga online..orang macam saya lah yang terkena tempias..sedangkan kita ikhlas nak berniaga..huhu

    ReplyDelete
  9. Kena jaga-jaga bila beli barang online macam ni kan. Terima kasih perkongsian tips ini bro HH.

    ReplyDelete
  10. sy dh bce psl blogger tu.hehe.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    Hal tipu menipu dalam perniagaan sama ada atas talian atau luar talian, bukan sahaja berlaku antara pelanggan dengan penjual malah turut berlaku antara peniaga dengan pembekal dan pembekal dengan pemborong (masalah berangkai).

    Secara tidak langsung atau langsung.. ia boleh menjejaskan "suasana damai" perniagaan online / offline...terutamanya mereka yang baru nak bermula dan "belum ada nama" lagi dikalangan pelanggan (pasaran)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya mereka yang berniaga online ni kena ada guru .. nilah pasal berniaga main ikut dannnnn je

      Delete
  12. saya dari dulu lagi tak berani nak buat pembelian secara online nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya antara orang yang sering beli online, lens kamera pun saya beli online ..

      Delete
  13. seumur hidup ssaya baru skli ni je bli online. tu pun hubby bebel2 smpa barang smpai ke tngn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri saya dah beribu ringgit beli online, alhamdullilah .. produk semua dapat dan puas hati. Dia beli dari facebook ... beli barang dari oversea lagi.

      Delete
  14. klu dorang ade website sndiri lg senang nak track..bleh scan domain dorang berdaftar atas nm sape..nk cth bleh semak kt website aku ni..
    http://whois.ezadnet.my/scan.php?domain=ezadblog.my

    ReplyDelete
  15. Kasi pangkah itu orang....menyusahkan jer...

    ReplyDelete
  16. Tadi baru kawan saya minta suruh tolong ajar beli barang online...nasib baik saya ada pengalaman serba sedikit, nampaknya Sifu dah tambah ilmu ramai orang. Tahniah atas pahala yang berterusan. In sya Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement