Cuma, ramai yang tidak tahu teknik untuk menulis komen di entri berkaitan (di blog lain) menggunakan kata kunci yang disasarkan bagi tujuan pembinaan backlinks ini.
Cara Bina Backlinks Dengan Kata Kunci Menerusi Komen
Mengapa penting bina backlinks?
Pertama sekali adalah untuk membolehkan enjin carian menganggap bahawa entri kita dengan kata kunci tertentu merupakan entri berkualiti dan selayaknya berada di tempat pertama atau halaman pertama enjin carian.
Sebagai contoh, kita ada entri mengenai Muslim Niaga Platform Dropship Produk Islamik. Kata kunci yang ingin anda jadikan sebagai rujukan ialah Muslim Niaga. Maka, anda perlu mencari atau mendapatkan entri-entri, artikel, rujukan yang menjurus kepada kata kunci serupa.
Cara untuk tulis komen dengan kata kunci Muslim Niaga contohnya adalah seperti ini:
Muslim Niaga ini memang baguslah untuk usahawan online. Mudah dan selamat. Saya ada bercerita di -link entri anda- ....
Link entri itu pula mesti berformat begini:
Dan komen ini akan nampak seperti ini:
Muslim Niaga ini memang baguslah untuk usahawan online. Mudah dan selamat. Saya ada bercerita di Muslim Niaga Dropship Produk Islamik....
Kekangan Tertentu
Ada sedikit kekangan menggunakan teknik ini.Pertamanya, cara ini hanya akan beri impak jika dan hanya jika anda meninggalkan komen di blog yang memberikan status dofollow pada komen yang ditinggalkan. Dan untuk blog blogspot, sistem komen secara automatik adalah nofollow, jadi tinggalkan komen seperti cara yang saya katakan tadi hanyalah satu kerja yang sia-sia.
Keduanya, bukan semua sistem komen yang ada di blog orang lain dengan kata kunci serupa akan berikan backlinks yang dikehendaki, ada yang akan detect sebagai SPAM yang memungkinkan entri anda diberikan penalti dan terus disenarai-hitam berada di enjin carian untuk kata kunci tersebut.
Ketiga, bukan semua kotak komen blogspot benarkan anda menulis komen seperti di atas.
Cuba tengok juga apa yang saya tulis di sini - Cara Tinggalkan Link pada Blogspot
Komen yang ditinggalkan juga melihat kepada Google PR sesebuah blog itu. Jika anda meninggalkan komen dengan kata kunci pada blog yang ada PR yang baik, yang juga guna kata kunci yang sama; maka kemungkinan tinggi entri anda juga akan dapat tempias yang baik.
Oleh itu, lebih sesuai mencari blog yang mengizinkan komen diberikan dofollow link dengan kata kunci tertentu, yang selalunya ada pada blog yang tidak menggunakan sistem komen blogspot tradisional (default).
Apa yang saya kongsikan ini adalah menerusi pengalaman saya yang tak seberapa, ada blogger yang mungkin mempunyai pendapat berbeza, dan saya sangat ingin mengetahui pendapat tersebut. Sila komen jika anda punyai idea lain yang lebih baik. In Sha Allah, akan lebih bermanfaat bersama.
macam ni macam ni...
ReplyDeleteContest SEO Muslim Niaga
salam singgah ptg
ReplyDeletesory x leh nak komen banyak bz day
ingo berguna ni abg HH :)
ReplyDeleteTerima kasih FArisya ...
DeleteKat blog ni jadi tak?
ReplyDeleteThanks HH. Kita ada juga menulis tentang kepentingan komen dan backlink kualiti di : Penting Untuk Blog.
ReplyDeletep/s; Try untuk mendapatasikan tutorial kat atas. Yang Blog dofolow tu baru tau tentang kelemahan Blogspot punya kotak komen. Tq ya!!
terima kasih kerana kongsi benda yang sama ...
Deleteterima kasih diatas tips ini. insyaAllah, boleh cuba nanti.. :)
ReplyDeletethanks for sharing... :-)
ReplyDeletesedang dalam kelas Irfan Khairi sambil tu google terjumpa pula tajuk yang sama sedang di pelajari huhu memang berbaloi
ReplyDeleteTerima kasih info memang amat membantu assignment sy kali ini
www.brageniebra.com
Alhamdulillah .. terima kasih kembali ...
DeleteMuslim Niaga konsep dropship yang menarik yang mengikut syariat. Semoga dapat sambutan dari pencinta business online. SEO Muslim Niaga
ReplyDeleteTesting jap
ReplyDeleteSibuk Mencari Dalah Orang Blog ieta....
yeay... jadi... tapi Salah jadi Dalah. typo jer ngan h.phone nih. hihi
DeleteTerbaiklah tuan HasrulHassan, banyak saya belajar dari artikel di blog ini tuan dan terima kasih banyak-banyak tuan. Saya juga baru nak cuba cara ini di blog saya ni untuk artikel yang tak seberapa ni tuan Rujukan Pakar SEO Malaysia Blog WordPress Dot ComRujukan Pakar SEO Malaysia Blog WordPress Dot Com....
ReplyDeletekalau taip pasal SEO je, mesti blog tuan masuk first page google. baguslah. tentang backlinks
ReplyDeleteBenar? Macam tak percaya pulak, sedangkan ramai je Pakar SEO Malaysia yang ada ... lebih hebat daripada saya
Deleteterbaiklah baru tahu..terima ksih
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.